14 | Apa yang Jadi Pada Peah?

76 7 2
                                    

Usai memanaskan lauk yang tidak sempat dimakan siang tadi, Hafiza melangkah ke arah bilik tidur yang bertentangan dengan bilik tidurnya. Kini bilik itu secara rasminya dihuni oleh Sofea.

Tok! Tok!

Dua ketukan dibuat dan dia terus masuk tanpa menunggu keizinan empunya bilik. Masuk saja ke dalam bilik, pandangan Hafiza disambut dengan pemandangan bilik yang sangat berantakan.

"Macam tongkang pecah!" Cemuh Hafiza sambil mengalihkan beberapa helai baju yang terdampar di atas katil single itu. Sofea yang sedang bersila di lantai mendengus geram apabila jubah miliknya selamat mendarat di wajahnya.

"Ada yang kena smackdown ni karang," ujar Sofea dengan jelingan. Hafiza tidak mengendahkan kata-kata itu dan selamba merebahkan badan di atas katil.

Mujur saja rumah ini serba-serbi cukup dengar perabot. Tak perlu dia susah-susah sediakan katil untuk si Sofea.

Hafiza perlahan-lahan memejamkan matanya sambil menikmati angin dari putaran kipas. Kenapa ek duduk kat katil orang sedap dia lain macam? Rasa selesa aje. Rasa damai aje.

Tapi bila teringatkan tujuan asal dia ke bilik ini, matanya laju dicelikkan.

"Kau tak cerita lagi kenapa kau boleh sampai sini? Aku rasa aku bagitau sekali je pasal alamat aku. Kuat juga ek ingatan kau," soal Hafiza laju.

"Hello! Jangan pandang aku sebelah mata ok. Muka ni johan hafazan time Tadika dulu," balas Sofea sambil menyelitkan rambut di telinga. Hafiza mencebik.

"Kau tak ada modal lain ek, Peah? Bosan aku dengar," Hafiza tayang wajah bosan. Sejak berkawan dengan Sofea, benda itulah yang paling gadis itu banggakan sekali.

Sofea membuat wajah mengejek seraya melipat baju dan disusun dalam almari miliknya. Soalan Hafiza tadi dibiarkan seolah-olah angin lalu.

"Peah. Aku tanya ni. Kenapa kau tiba-tiba nak pindah sini. Sini luar bandar, Peah. Tak ada kerja yang sesuai dengan kau." Gadis bernama Sofea itu bekerja di salah satu syarikat pembinaan yang maju di Johor Bahru sana sebelum ini. Lantas, alasan apa yang membuatkan gadis itu rela melepaskan kerjaya yang diidamkan selama ini?

"Aku kena tendang dari ofis."

Membulat mata Hafiza apabila mendengar jawapan sahabatnya itu. Wajah Sofea bersahaja seolah-olah itu bukanlah hal besar.

"What? Wait, ofis tendang kau? Serius? Whyyy?" Soal Hafiza dengan terkejut.

Seorang Nur Sofea kena kick dari ofis? Serius?

Sejak zaman universiti lagi semua orang tahu yang kinerja Sofea tidak perlu dipertikaikan. Gadis itu sangat cekap membuat setiap pekerjaan yang diamanahkan padanya. Sebelum ini pun, Hafiza memang tahu yang Sofea banyak menguruskan projek-projek mega sehingga memberi keuntungan besar kepada syarikat.

Tapi sekarang...

"Niatnya aku nak sumbat diorang dalam penjara. Tapi, aku tak ada keberanian nak buat benda tu, so aku pun berhenti kerja."

Semakin membulat mata Hafiza mendengar jawapan Sofea.

"Ok no excuse. Kau kena cerita kat aku full story sekarang, Peah! Apa yang terjadi sampai kau nak libatkan pihak berkuasa ni?" balas Hafiza tidak sabar. Sofea mengeluh perlahan sebelum ingatannya berputar pada peristiwa yang terjadi beberapa bulan lepas.

***

"Ok, saya dah cek. Nanti tolong pass kan pada Nayla, ya. Minta dia recheck dan bodek lah dia sikit supaya dia approve terus," ucap Sofea sambil tergelak perlahan.

THE CHOSENWhere stories live. Discover now