Pyschopath

10 4 20
                                    

Disclaimer: tolong jangan tiru aksi di dalam kisah ini
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"Jangan kejar saya! Pergi!" Jerit lelaki yang sedang dikejar.

"Nak lari mana! Awak tak boleh lari dari saya HAHAHAHAHA" Jerit perempuan yang mengejar lelaki itu.

"Datang lah sini wahai cinta hatiku! Muah" katanya dan masih mengejar lelaki yang agak jauh darinya.

Navien, lelaki yang dikejar itu sedaya upaya mencari tempat bersembunyi. Dia terlihat satu lubang yang boleh muat dengan saiznya dan cuba bersembunyi di situ.

"Ke mana awak pergi? Awak kan janji akan bersama saya selamanya. Mana janji awak hah?!" Kata Qara yang mengejar Navien.

Navien menekup mulutnya agar tidak mengeluarkan satu bunyi. Dia cuba untuk tidak membuat bising agar Qara tidak dapat menangkapnya.

Qara, bekas kekasihnya yang ditinggalkannya untuk bersama perempuan yang lain. Sebelum mereka putus, mereka telahpun berjanji untuk tetap bersama sehingga ke jinjang pelamin. Tetapi semuanya musnah gara-gara orang ketiga, dan kini Qara tidak berpuas hati. Dia telahpun membunuh orang ketiga itu dan kini dia merancang untuk membunuh Navien.

"Keluar keluar di mana pun awak sembunyi! Awak tak akan dapat lari dari saya, sayangku!" Kata Qara. Dia ternampak serpihan kaca yang berterabur di lantai. Dia memetik satu serpihan yang agak tajam dan menjadikannya sebagai pisau.

"Tik tok tik tok jam berbunyi, awak tak akan dapat lari! Jangan risau, saya gores sikit je dekat muka, tangan, kaki dan mungkin dekat jantung! HAHAHAHAHAH" jerit Qara dengan nada yang mengerikan. Dia sudah tidak waras sekarang ini.

Navien berundur ke belakang sedikit dan dia tidak mengetahui bahawa di belakangnya terdapat banyak kotak dan kotak-kotak tersebut jatuh ke atas badannya.

"Aduh" rungut Navien yang telah tertimbus dengan kotak-kotak.

"Hah jumpa!" Qara berdiri di hadapan Navien sambil menghalakan serpihan kaca tadi ke muka Navien. Dia menggerakkan kaca itu ke seluruh muka Navien dan apabila dia sudah berpuas hati, dia cucuk serpihan kaca tadi ke muka Navien.

"Ini padahnya kerana kau menduakan aku" katanya dan mula menyucuk muka Navien.

"Arghhhhh!!" Navien mengarang kesakitan.

"Okay cut! Cukup untuk hari ini. Lakonan yang bagus dari kamu berdua" kata pengarah itu dan semua pun mengemas apa yang patut untuk scene seterusnya.

"Bagus lakonan kau" kata Jester, yang berlakon watak Navien.

"Lakonan kau pun bagus jugak" kata Flora, yang berlakon watak Qara.

"Jester dan Flora, ini scene seterusnya. 10 minit lagi kita akan sambung semula. Korang berdua boleh berehat sebentar" kata pengarah kepada mereka.

"Baik!" Kata mereka berdua. Mereka berdua bersembang sebelum babak seterusnya bermula. Makeup ditambah sedikit ke muka mereka dan ada beberapa warna merah melambangkan darah di muka Flora.

"Okay korang, scene seterusnya adalah di dalam air. Jadi bersedia ye" kata pengarah itu.

Jester dan Flora mengangguk dan mula bersiap sedia.

~~~
5 bulan mereka berlakon bersama dan akhirnya drama itu telahpun selesai. Kini drama itu telahpun di siarkan di televion.

Dan drama itu telahpun mendapat tempat pertama bagi drama terbaik dan pelakon terbaik pada tahun itu.

"Tahniah! Apa perasaan anda apabila dinobatkan sebagai pasangan pelakon terbaik tahun ini?" Tanya wartawan yang duduk bersama Jester dan Flora.

"Saya rasa terharu dan bangga dengan percapaian saya. Dan jugak saya berterima kasih dengan ahli keluarga yang selalu memberi sokongan, para peminat dan jugak para krew yang telah menjayakan drama kami kali ini" kata Jester panjang lebar dan Flora hanya mengangguk sambil mendengar apa yang dikatakan Jester.

"Korang berdua pernah menjadi pasangan kan di luar drama?" Tanya wartawan itu lagi.

Jester dan Flora memandang sesama sendiri. Senyuman kecil dihadiahkan oleh Flora kepada wartawan itu.

"Ye. Kitorang pernah jadi pasangan tapi itu dulu. Sekarang Jester dah ada yang baru dan saya masih lagi single" balas Flora kepada wartawan itu.

Wartawan itu hanya mengangguk dan senyum kepada Flora. Selepas itu mereka ditanya beberapa soalan mengenai drama mereka.

~~~
Satu tahun kemudian...

"Seorang pelakon bernama Jester Ziu telahpun dibunuh bersama teman wanitanya. Dipercayai bekas wanitanya, iaitu Flora Fauna membunuh mereka berdua kerana Flora masih mencintai Jester dan mereka dibunuh di Italy, tempat mereka bercuti. Flora masih lagi di dalam pencarian dan tiada seorang pun dapat menjejakinya" kata pemberita di dalam television itu.

Flora menutup television tersebut dan tertawa dengan sangat besar.

"HAHAHAHAHAH. Puas hati aku! Kau rasakan apa yang aku rasa penyondol! Siapa suruh kau curi Jester daripada aku? Layaklah korang berdua mati bersama" katanya dan dia bangun daripada duduk di sofa dan menuju ke dapur.

Dia mengambil seteguk air jus di dalam peti sejuk dan memutarkan lagu di dalam radio. Dia menari-nari ikut rentak lagu itu dan tertawa dengan puasnya.

Seminggu yang lalu..

Jester dan teman wanitanya, Fiana duduk santai di dalam rumah kediaman yang disewa mereka. Mereka melihat drama yang baru sahaja disiarkan, di mana Jester berada di dalam drama itu.

Tanpa mereka sedari, Flora yang sejak dulu mengikuti mereka, sedang duduk di belakang sofa. Dia mengeluarkan kain yang telah ditumpahkan klorofom untuk memengsankan mereka.

Mulut Jester dan Fiana ditutuo dan dunia mereka menjadi gelap. Apabila mereka sedar, mereka telahpun di ikat dan mulut mereka di gam agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Dah bangun? Baguslah. Aku nak kau saksikan apa yang akan aku lakukan" kata Flora kepada Jester.

Dia menghalakan pisau itu kepada Fiana dan menikam perutnya berkali-kali. Jester menjerit dengan kuat manakala Flora tertawa dengan sangat lantang.

"Ini akibatnya dia curi kau dari aku" kata Flora dan dia menuju ke arah Jester. Dia membuka gam yang menutup mulut Jester agar Jester dapat bercakap.

"Kau dah gila! Sebab inilah aku putus dengan kau. Fiana takde curi aku dari kau tahu tak!" Jerit Jester depan muka Flora.

Flora berasa sedih dan mula menangis. Tetapi tidak lama kemudian dia tertawa lagi dan kini sudah sedia untuk menikam Jester.

"Takde takde. Kau milik aku. Kalau aku tak dapat kau, takde siapa yang akan dapat. Sleep tight my sugerplum" kata Flora dan menikam tepat di jantungnya.

Setelah selesai dia mengambil darah mereka dan menulis sesuatu di lantai.

'Come and catch me if you can - Flora Fauna'

Setelah itu dia keluar daripada rumah tersebut dan mula lari dari pihak polis. Dia sempat bersembunyi dan kini pihak polis masih lagi mencarinya.

"Lega bila semua dah selesai. Sekarang nikmati hidup selagi bisa ya" katanya dan menari-nari di dalam apartment nya ini.

"I just kill my ex. Not the best idea. Kill his girlfriend next oh how'd i get here~" dia bernyanyi dan hujan pun mula turun dengan lebatnya.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Kill Bill inspiration

Abaikan lirik tu🌚

Metanoia Kde žijí příběhy. Začni objevovat