BAB 1

585 30 0
                                    

Adara mengemas barang-barang yang dia nak bawa untuk pulang ke kampungnya. Lusa, keluarga dia akan mengadakan majlis kesyukuran sempena tamatnya zaman belajar Adara,dan kini dia tidak lagi memegang status "pelajar" itu. Dia baru saja tamat pengajian pada minggu lepas,universiti mereka mengadakan satu majlis khas untuk semua pelajar semester akhir.

Selesai mengemas , Adara berlalu ke bilik air untuk mencuci muka dan membersihkan diri. Selepas itu dia menuju ke katilnya dan badannya direbahkan ke atas katil empuknya.

"Fuhh leganya dapat baring." gumam Adara perlahan.

Matanya baru mahu tertutup , telefon bimbitnya bising memanggil dirinya menandakan ada orang call. Icon hijau dislide dan telefonnya didekatkan ke telinga.

"Helo siapa ni? kacau je orang nak tidur." Sedikit tinggi suara Adara sebab ada orang kacau dia nak tidur.

"weh rilek la, ni aku lah Lia. Kau asal nak marah sangat ni?" Amelia ialah sahabat baik Adara sejak sekolah rendah lagi, susah senang mereka mesti berdua. Senang cerita, diorang ni memang dah kenal lama.

"Kau la asal, call aku malam2 camni, aku nak tidur kau tau tak" Adara membalas dengan nada yang malas nak layan.

"Aku nak tanya pasal esok je, aku nak tumpang kau balik sekali, kereta aku rosak la weyy"

"okay." balas Adara tanpa nada.

"okay je?" Adara di sebalik phone dah buat muka menyampah.

"Habistu kau nak aku cakap ape? dah kau nk tumpang aku, aku ok je la" Adara dah menguap dah tu, suara pun antara dengar dengan tak dengar je.

"Aku ingat kau nak suruh aku bayar duit minyak ke, suruh aku yang drive kee"

"Hotak kau la, pasal duit minyak tu kalau kau nak bagi dengan ikhlas, aku terima je, tapi kalau nak suruh kau yang drive kereta aku, memang tak la, mati hidup balik pun aku tak sanggup suruh kau drive kereta aku, boleh tercabut jantung woo kau drive" Adara serious takkan izinkan Amelia drive kereta dia sebab cara Amelia drive tu macam pelumba kereta negara, boleh melompat keluar jantung dia.

"HAHAHAHAHHA okay2 , esok kau ambik aku dekat rumah aku tau, bye selamat tidur baby cinta sayangkuuu." Amelia memang macam ni, dia sweet. tak pernah sekali pun dia miss ayat last sekali tu kalau nak end call. Aku dah biasa dan aku okay aje

"Bye cinterr, kau lambat esok, aku tinggal kau, pandai-pandai lah kau balik." Amelia ketawa mendengarnya. Kuat. Terus aku end call sebab kalau tak, memang pekak la aku.

Adara letak phone di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil dia. Tutup lampu, terus dia lena dibuai mimpi yang tak berapa indah🤣.

Keesokkan harinya....

Adara cantik dengan blouse biru mudanya yang dikenakan dengan seluar hitam dan shawl putih. Mukanya ditempek sikit aje bedak sebab dia tak minat make up tebal. Dia pakai sunscreen dengan lipstick je. Berbeza dengan kawan baiknya Si Amelia sengal tu. Kawannya tu memang suka make up. Kalau nak tunggu dia siap, memang sejam la jawabnya.

Adara mengangkat beg bagasinya dan diletakkan dalam bonet kereta. Kemudian dia masuk ke dalam perut kereta kesayangannya yang diberi nama Louis. Louis ni ialah kereta yang berjenama BMW M4. Kereta ini ialah hasil dia bekerja sambil belajar dahulu. Walaupun kerja part time , tapi dia menabung. Duit untuk makan hanya duit yg diberikan oleh ibu bapanya. Gaji dari kerja dia simpan. Dan inilah hasilnya.

BMW milik Adara meluncur laju di jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BMW milik Adara meluncur laju di jalan raya. Tujuannya sekarang adalah pergi ke rumah Si Amelia lepastu baru gerak ke kampung.

Dari jauh Adara sudah nampak Amelia sedang melompat kecil sambil melambaikan tangan ke arahnya. Sebelah tangannya lagi memegang erat teddy bear yang diberi oleh Adara. Bibir Adara menguntum senyuman melihat gelagat sahabat baiknya.

Adara memarkirkan keretanya tepat sebelah Amelia. Terkejut beruk Amelia dibuatnya.

"Assalamualaikum sahabatku." Amelia menyapa ramah.

"Waalaikumsalam." Adara balas nada biasa.

"Awal jugak kau siap eh, selalunya aku sampai kau baru nak mandi" Usik Adara.

"Ish kau ni, tak baik fitnah" Amelia dah buat muncung itik dia tu.

"Alah mengusik sikit pun tak oleh" Terletus ketawa dua sahabat itu.

"Ey dah la, jom gerak nanti lambat pulak sampai, tak pasal kena bebel free dengan umi kau" Amelia menggeleng kepala mengingatkan umi sahabat baiknya itu.

2 jam kemudian....

BMW milik Adara menyusur masuk ke dalam kawasan parking rumah uminya. Uminya selepas diberitahu yang dia dah nak sampai, terus terpacak depan pintu rumah.

Pintu kereta ditutup dan Adara menuju ke arah uminya manakala Amelia hanya mengikut langkah kaki Adara.

Adara dan Amelia menyalam tangan tua milik Puan Hanisa. Puan Hanisa hanya tersenyum manis menyambut huluran tangan anak sulungnya dan sahabat baik anaknya.

"Assalamualaikum umi" Adara memberi salam kepada uminya yang sedang tersenyum manis.Hati dia rasa tak sedap. Umi dia susah nak senyum tapi harini tiba-tiba senyum sampai ke telinga.

"Mesti ada apa-apa ni" gumam Adara dalam hati.

"Assalamualaikum makcik, makcik sihat?" Amelia memang peramah orangnya, nak pula ibu sahabat baiknya. Dia anggap macam mak sendiri memangdangkan dia tak ada mak. Mak dia meninggal sebab lahirkan Amelia.

"Alhamdulillah sihat... meh masuk meh , kesian korang ye drive jauh" Puan Hanisa mempelawa anaknya dan sahabat anaknya masuk ke rumah mereka.

"Halah umi ,yang penat drive tu Ara je, minah ni memang lambert lagi la nak drive" bebel Adara sambil mengangkat beg bagasinya ke dalam rumah.

Amelia sengih macam kerang busuk bila Adara cakap pasal dia.Adara dah juling mata ke atas dah.Malas nak layan.

Adara melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik tidurnya.Dia letak beg bagasinya di tepi pintu dan terus lompat ke arah katil.Dia penat drive.

Kedengaran pintu dikuak perlahan dari luar.Adara membuka matanya sedikit untuk melihat siapakah gerangan yang menggangu waktunya berehat.

"Ara...kalau ye pun penat, mandi la dulu bersihkan badan, lepastu baru tidur" Ternyata uminya yang menganngu waktu rehatnya.

"Ye la umi" Adara bangun dari katil dan menuju ke beg bagasinya. Begnya diangkat dan diletakkan ke atas katil kemudian dibuka dan dia mengambil sehelai tuala berwarna pink belacan.

"Umi keluar la dulu, Ara nak mandi ni, jap lagi Ara turun tolong apa yang patut"

"Ha ye la, jangan mandi lama sangat, kang tinggi bil air siapa nak bayarkan" Puan Hanisa saja mengusik anak sulungnya itu.

Adara senyum sekali.Setelah uminya menutup pintu, dia berjalan longlai ke arah bilik air.Malas betul tu.

Selesai mandi,dia keluar dan memakai baju t-shirt lengan pendek berwarna putih dipadankan dengan seluar slack adidas berwarna hitam.Rambutnya digulung menggunakan tuala untuk dikeringkan.

Sebelum keluar bilik, dia capai telefonnya yang berada di atas katil.Lalu berlalu keluar menuju ke dapur.

Belongs To UsWhere stories live. Discover now