BAB 6

322 23 2
                                    

Semua orang buat hal masing-masing.
Adara dengan adik-adik dia keluar jalan-jalan. And guess what? Dia tak nak bawak aku dohh.

"Nak pergi mana tuu?" tegur aku apabila melihat Ara dan adik-adiknya pakai lawa-lawa. Dengan handbagnya lagi.

"Nak dating , bersiblings-bonder orang kata hahahahaha" jawab Airis.

"Nak ikutt , bosan weh duduk rumah" rengekku. Ya memang bosan pun.

"Eh kau takpayah menyibuk. Kan Airis dah cakap kitorang nak bersiblings-bonder" jeling Adara sambil menjelir lidah kepadaku.

Mereka berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan aku seorang diri. Haih apa la nasib..

Aku sedang bersantai di atas sofa empuk rumah Adara. Bosan. Tangan pegang phone , mata tengok phone tapi fikiran melancung jauh. Tengok phone pun bosan ye.

Sedang aku ralit di dalam duniaku , tiba-tiba terasa seperti diperhatikan. Lantas aku bangun dari perbaringan dan melihat ke arah sofa yang satu lagi. Luth tengah baca buku. Yup depan aku.

"Sedap nasi goreng kau masak tadi" Luth bersuara. Tapi matanya masih membaca buku.

"Hah? Cakap dengan saya ke?" Aku bertanya sambil jari telunjuk menunjuk ke arah diri sendiri.

"Tak , aku cakap dekat sofa tu yang dia masak nasi goreng sedap" balas Luth dengan suara mendatar. Matanya jeling ke arahku.

"Hmm ok" aku malas nak layan. Dah dia cakap dengan sofa , buat apa aku nak masuk campur hal dia dengan sofa kan? Hahahah

"Sengal" suara Luth perlahan , tapi masih dapat didengari oleh aku.

"Aku cakap kau sengal Lia"

"Laa ye ke? ingatkan cakap dekat sofa" sengihku sehingga menampakkan gigiku yang cantik tersusun.

"Aku cakap dekat kau. Nasi goreng yang kau masak tadi sedap. Aku suka" ujar Luth. Mata hazelnya memandang mataku. Terkaku kejap aku. Ya Allah indanya ciptaan-Mu.

"Aku tau aku hensem , tak payah tenung lama-lama" sinis sekali suara dia ya. Cis.

Dia sambung baca buku. Aku jeling dia. Malas nak layan. Baik aku pergi keluar jalan-jalan lagi bagus. Me time gituu.

Aku bangun dari tempat duduk dan melangkah menuju ke bilik untuk bersiap. Pakai lawa-lawa sikit , mana la tahu terlanggar jodoh kerr hahahaha.

"Kau nak pergi mana?" tanya Luth tapi dia tak tengok aku.

"Keluar" balasku sepatah.

"Aku ikut" dia menoleh ke arahku.

"Tak payah sibuk. Sambung la borak dengan sofa tu" bantahku dengan mata dijulingkan ke atas.

"Dah , tak payah nak merepek. Aku ikut kau. Kat luar tu bahaya. Kau tu perempuan , bahaya keluar sorang-sorang" jawab Luth balik. Mata dia tenung anak mata aku. Tajam. Tacod kite.

"Ye la ye la , saya naik atas bersiap kejap" akhirnya aku mengiyakan saja. Sebenarnya suka sebab abe Luth nak teman dia Hohohoho. Crush teman keluar woo , ko ado? Hahhahaha.

5 minit kemudian..

Aku terdengar bunyi enjin kereta. Cepat-cepat aku turun. Aku nampak Luth dah berdiri kat sebelah kereta dia , sebelah tangan pegang phone , sebelah lagi masuk dalam poket seluar. Uiii lemah iman akuu dibuatnyaa.

"Saya dah siap" ujarku apabila aku keluar dari rumah.

"Hm jom" balas Luth tanpa menoleh ke arahku. Dia terus masuk dalam kereta.

Di dalam kereta , kami lebih selesa untuk berdiam diri. Luth hanya fokus dengan pemanduannya. Aku pula , sandarkan kepala dekat tingkap. Menikmati keindahan alam. Sebenarnya aku tak tahu dia nak bawa aku pergi mana. Eh tapi aku ada mulut. Asal aku tak tanya aje manusia sebelah aku ni? Haih.

Belongs To UsWhere stories live. Discover now