Bersambung

194 15 15
                                    

Grrrrkkkk

Perut aku berbunyi. Aduh, kelaparan. Aku hanya memegang perut. Meletakkan pencil ke atas meja dan terus berdiri dari kerusi. Dah pukul berapa ni, aku makan pon belum.

Aku berjalan ke arah dapur, dalam peti ais bukan ada apa pon. Cuma air kosong ja. Aku mengeluh. Ni nak makan apa ni? Takkan nak bungkus lagi... mahal la makanan lately.

Lamunan aku dileraikan sebaik sahaja bunyi loceng dari luar rumah berbunyi. Kemudian bunyi suara memberi salam.

Aku dengan pasrah berjalan ke arah pintu hadapan. Membuka selak kunci dan menjengukkam kepala.

Kahar sedang berdiri di hadapan pintu pagar. Memegang sebuah mangkuk tingkat dengan erat. Aku berjalan ke arah pagar.

"Ya? Nak scam aku lagi ka?" Aku bertanya dia. Geram tu masih ada, nasib baik pagar tutup, kalau tak memang aku langgar dia betul-betul.

Kahar hanya memberikan senyuman dan menggeleng kepala. "Ni, mama aku ada masak lebih, dia suruh bagi keemkeem, sekali dengan kau sebab aku terlepas cakap yang aku scam kau." Dia memberitahu dengan panjang.

Aku tersenyum. Makanan free kot!!

"Terima kasih wei." Aku berkata dan mengambil mangkuk tingkat tersebut.

Kahar hanya mengangguk. Dia kemudia melihat ke arah halaman rumah aku yang tidak mempunyai kereta, hanyalah motor aku.

"Kau.. duduk sorang ka?"

Aku mengangguk. "Bukan aku yang bayar la tapi." Aku berkata. Kahar hanya mengangguk.

"Sapa bayarkan? Boyfriend?" Dia bertanya seperti ingin melawak. Aku cuma menggeleng. "Ayah, tapi ayah tak selalu balik rumah la." Aku berkata lagi.

Grrrrrrk

Perut ku berbunyi lagi.

Aduh depan mangsa langgar pulak tu. malu aku.

Kahar melihat aku dengan senyuman menyakat. "Uish kau tak makan setahun ke?" Kahar bertanya dengan senyuman menyakatnya.

"Kau nak sembang panjang lagi ka? Dah la aku tengok kau dari celah-celah pagar je ni."

Pagar tu tinggi, yang aku nampak tu dia di celah pagar, dia tak apa la tinggi jugak.

"Kau nak bagi aku masuk ke?" Dia bertanya lagi. Aku cuma mengeluh. Nak halau tapi kesian pulak, dah la aku langgar dia.

"Ha masuk ah tapi duduk dekat laman rumah ni ja, kang kena tangkap basah, kahwin free." Aku membebel sendiri sambil masuk ke dalam rumah untuk membuka pintu pagar automatik tu. aku masuk ke dapur untuk mengambil sudu dan garfu. Kemudian berjalan semula keluar ke rumah.

Kahar sedang duduk di kerusi batu di halaman rumah aku. Aku berjalan ke arah meja batu tersebut. Duduk di kerusi dan mula membuka mangkuk tingkat milik mama Kahar.

Nasi, ayam, gulai, telur. Memang makan besar aku harini.

Aku membaca doa dan mula makan. Kahar hanya melihat aku.

"Kau kenapa pandang-pandang?" Aku bertanya, acah-acah garang.

Kahar mengerut dahi. "Suka hati la mata aku."

Aku hanya diam, terus makan makanan yang di bawa Kahar. "Kau tu.. eyebag dalam sangat kau okay ke?" Dia bertanya aku. Kesah pulak dia pasal aku. Aduh. Kenapa eh walaupun baru jumpa rasa dah kenal lama?

Tapi kan

Kurang ajar betul, baru second time jumpa dah main eyebag.

"Takde la aku study."

SelangitWhere stories live. Discover now