BHG.1: SENYUMAN PERTAMA

1 0 0
                                    

"Okay... dah siap... Dah cantik, Noor."

Noorul menggayakan tocang ekor kudanya di cermin. Di pusing kan badan ke kiri dan kanan, sambil senyum manis masih terukir di wajah.

"Terima kasih, ibu."

Puan Hayati mengusap kepala Noorul perlahan seraya menyusun semula sikat dan minyak rambut yang digunakan untuk menyisir rambut ikal, hitam lebat milik Noorul. Noorul sudah berjalan laju ke biliknya dan mencapai tudung sekolah warna putih yang tersangkut pada almari bajunya.

"Sarapan dulu, Noor!"

Laung Puan Hayati dari dalam bilik. Encik Kamil yang sudah segak bersama uniform kerja sedang memperkemaskan tali pinggangnya. Noorul sudah tiba di meja makan bersama pakaian seragam lengkap warna putih.

"Ma, sedapnya!"

Bau kuah telur sambal menusuk rongga hidungnya. Cekodok masih panas – panas sudah tersedia di meja makan. Aina yang sudah lengkap dengan pakaian seragam sekolahnya sudah tercongok di meja makan, mengunyah cekodok yang sudah dicicah dengan sambal telur.

Awal pagi lagi Puan Hayati, seorang suri rumah sepenuh masa sudah bangun untuk menyediakan sarapan pagi buat anak – anaknya. Bunyi kenderaan di seberang jalan sudah bertukar ganti, orang – orang mula bersiap – siap untuk ke tempat kerja mencari sesuap rezeki. Di kuarters kecil di daerah Petaling Jaya inilah bermulanya segala cerita.

Noorul, anak ke – empat daripada enam beradik. Kesemua anak – anak Puan Hayati dan Encik Kamil bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Ceria. Yang sulung, kedua, dan ketiga, Amira, Mikael dan Nuha sudah memasuki persekolahan menengah. Hanya Noorul dan Aina, yang masih bersekolah rendah. Manakala si bongsu, Mikayla masih berumur enam tahun.

Puan Hayati dan Encik Kamil masing – masing berumur 44 dan 45 tahun. Puan Hayati merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, manakala Encik Kamil seorang Pembantu Operasi di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Ceria.

Anak – anak Puan Hayati dan Encik Kamil sering dikenali sebagai ayam tambatan sekolah. Menyertai pelbagai pertandingan, tampil menyerlah setiap kali peperiksaan, memenangi pelbagai anugerah di peringkat sekolah hingga kebangsaan, dan pelbagai lagi.

Kehidupan mereka sekeluarga, sederhana. Namun cukup bahagia dengan keletah dan tingkah laku anak – anak yang bermacam ragam, menumbuhkan ketenangan dan ketenteraman.

Noorul, yang berada di darjah lima Battuta, seorang anak yang periang, ceria, sopan, malu – malu, dan sangat lembut hati. Noorul dan adik beradiknya gemar membaca sejak kecil. Destinasi mereka saban tahun tiap kali cuti sekolah, adalah kedai buku. Malah, Encik Kamil dan Puan Hayati sering memberikan hadiah buku – buku cerita yang menarik kepada anak – anak mereka. Mungkin itu juga... yang membentuk Noorul dan adik – beradiknya dalam hobi menulis. Sejak berumur 10 tahun, Noorul sudah mempunyai buku catatan peribadi sendiri. Di situlah tempat dia menconteng, menulis, melakar, menanam angan – angan serta impian... Menulis... adalah kecintaannya, nadinya, tempat dia menari, melompat, berserah, mewarna, dan tempat dia menadah doa – doa tulus.

Puan Hayati dan Encik Kamil turut menyediakan Pendidikan agama yang cukup buat anak – anaknya sejak kecil. Noorul dan adik – beradiknya sudah mula belajar memakai tudung sejak usia enam tahun. Mereka diajar mengaji Iqra' juga sejak usia kecil, menghafal bacaan – bacaan dalam solat, menghafaz surah – surah Juz Amma dan surah pilihan dalam Al -Quran.

Puan Hayati dan Encik Kamil merupakan ibu bapa yang sangat penyayang, Sentiasa berada di belakang anak – anak mereka tanpa mengira waktu, masa, keletihan, tenaga, susah payah. Mereka hanya mahukan Noorul dan adik-beradiknya mendapat sesuatu pengalaman bermakna dan lebih baik dalam kehidupan. Puan Hayati dan Encik Kamil... mereka tidak bersekolah tinggi, hanya sekadar Pendidikan peringkat SPM, malah tidak mempunyai kerjaya besar. Kehidupan terus bergerak, masa terus berjalan, orang – orang baharu yang hadir dalam hidup, perkahwinan anak – anak, kehadiran penyejuk mata, kesenangan dan kesusahan, dan... pasangan ini juga semakin menuju usia tua mereka...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Percaya Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now