03

3 1 0
                                    

.
.
.

Chapter 3: Hamba dan pencuri pt. 03

.
.
.

Fiona memandang ke sebuah mansion yang megah berdiri ditengah bandar. Kesemua lampu di mansion itu telah tertutup, memandangkan jam telah melepasi angka 12.

"Benarkah ini tempatnya, wahai manusia?"

"Benar, master.." katanya. Cara bicara kedua beradik itu sangat pelik tetapi dia memilih mendiamkan diri. "Inilah tempat dimana mereka yang ditangkap terkurung.. ia berada tepat dibawah mansion ini.." sambungnya lagi.

Fiona memandang ke atas. Mata birunya bercahaya terang sebelum menghilangkan diri.

"Pergilah bersembunyi sementara kami kerja.."

Boom!

Satu lubang besar terbentuk di permukaan dinding bilik yang ditempati lordra itu. Fiona masuk ke dalam ruangan tersebut dengan kekuatannya. Dia menatap setiap hiasan mewah yang memenuhi bilik tersebut.

"Membazirnya.." kata Fion melalui telepati. Dia berdiri jauh dari Fiona dan dalam keadaan halimunan. Tugas dia hanya menyingkirkan mereka selepas Fiona menyelamatkan yang lain.

"Si- siapakah engkau? Cakap! Sebelum aku memanggil pengawal!"

Lordra itu mengigil ketakutan diatas katil. Dia menggunakan badan seorang kanak-kanak berusia tidak lebih dari 10 tahun sebagai penghadang.

"Rakus."

Fiona menggerakkan tongkatnya ke hadapan. Cahaya biru keungguan bersinar dari hujung tongkatnya.

"Sekejap! Tolong berhenti! Ak- aku insaf! Jangan bunuh aku!! Tolonglah!" Kata Lordra itu sebelum melontar badan kanak-kanak tersebut dan bersujud didepan kaki Fiona. Dia memeluk kaki Fiona sambil mencium kakinya.

"..."

"Pfft- ahahahahaha!" Fion ketawa terbahak-bahak hingga jatuh terlentang. Dia merasa lucu dengan keadaan di depannya. Fiona memandang adiknya dengan tatapan tajam.

"Sungguh mudah engkau meminta kemaafan. Sedangkan kaulah manusia paling busuk aku jumpa. Kau tidak layak hidup."

"Ampunkan aku, wahai tuanku. Aku.. aku janji akan berubah!" Katanya lagi dengan titisan air mata palsu. Badan besarnya mengigil, entah kerana dia berada dalam keadaan bogel atau dia benar-benar takut dengan kehadiran Fiona yang seperti pencabut nyawa.

Fiona mengendahkan lordra tua yang memeluk kakinya. Dia menuju ke arah kanak-kanak lelaki yang duduk tidak jauh dari mereka. Dia dapat melihat jelas keadaan mata yang tidak lagi memiliki cahayanya. Badan yang penuh dengan luka dan kesan merah.

Fiona duduk didepannya sedangkan Fion menjaga lordra tua itu. Gadis itu menatap raga tanpa jiwa itu dalam diam sebelum mata itu memandangnya.

"Ikuti aku.."

Mata itu menatap tangan yang Fiona hulurkan kepadanya.

"Ikuti aku dan kau akan bebas. Aku janji.." kata Fiona lagi. Dia perlahan-lahan memegang tangan kecil itu. "Ayuh.."

Fiona membungkus badan kecil itu dengan kain selimut mewah berwarna putih dan menariknya ke dalam pelukan. Fiona meletakkan dahinya ke dahi kanak-kanak itu. Satu cahaya biru lembut meliputinya.

Cahaya biru itu menyerap masuk ke dalam badan kanak-kanak itu. Kesan merah dan luka yang terdapat di raganya memudar perlahan-lahan. Mata kecil itu tersentak.

"Apa yang.. dah jadi?" katanya sambil menatap luka dibadan yang kian memudar. Mata tanpa cahayanya memandang Fiona dengan waspada. "Apa yang kau telah lakukan kepada badan aku!?"

"Aku merawatmu, budak."

Fiona kembali memeluk badan kecil itu dengan perlahan. Tidak ingin dia merasa ketakutan.

"Aku disini untuk menolongmu.. seksaan yang selama ini kau hadapi tidak akan berlaku lagi.." kata Fiona dan menyentuh pipi kanak-kanak itu.

Selang beberapa minit menidakkan keadaannya, mata tanpa cahaya itu bersinar kembali. Dia menatap Fiona tidak percaya.

"Be- betul ke?"

Fiona mengangguk, mengiyakan ucapannya. Kanak-kanak itu kelihatan masih ragu untuk memercayai kata-katanya.

"Arghhhh!"

Mata kanak-kanak itu melebar dan ingin melihat ke belakang gadis itu.Fiona dengan cepat menghadang penglihatannya sebelum menghilang di sebalik bayang.

Kini Fion mengambil alih tugas seterusnya.

"Teman aku main ya?"

.
.
.

Pemuda berkacamata pov,

Selepas kedua tuan baru aku menghilangkan diri, aku cepat-cepat menyembunyikan diri seperti yang diarahkan. Aku tak tau apa yang akan berlaku kemudian tetapi aku pasti sesuatu yang tak baik kepada lordra akan berlaku.

Lordra yang mentakbir bandar ini sangat kejam. Aku yakin ini adalah balasan untuknya kerana mentakbir dengan membabi buta dan langsung tidak menguruskan bandar yang menjadi amanatnya.

"Apa nama kau, wahai pemuda manusia?"

Aku terperanjat. Terkejut dengan kehadiran tuan aku yang entah bila dia muncul. Disisinya ada seorang kanak-kanak lelaki yang comel, tetapi tidak dengan matanya.

"Namaku Ezra.."

"Ikuti aku, Ezra." Katanya lagi dan berjalan ke arah yang berlainan. Aku terus mengekorinya sambil memerhati tingkah luar biasa dari kanak-kanak itu. Aku pasti, dialah salah satu hamba yang tuan aku selamatkan.

"Namanya Benjamin, mulai dari harini kau adalah penjaganya.." kata Tuan aku lagi sebelum mengangkat kanak-kanak itu dengan kuasanya dan memberinya kepadaku. Aku mendukung badan kecil itu dengan kaku, agak kehairanan dengan perintahnya.

"Jika itu yang master mahukan.. aku akan menjaganya.."

Kanak-kanak itu turut sama memandang aku. Dia memandangku dengan mata bulatnya, seolah meminta jawapan dari aku. Tapi maaflah, budak. Aku juga buntu sepertimu.

Pemuda berkacamata pov end.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Neverland (15+) [slow update]Where stories live. Discover now