Bidadari 36

1.1K 31 10
                                    

"Sayang dah siap?.."Adam yang sudah lengkap berpakaian kemas memandang ke arah isterinya yang masih duduk termenung di hadapan meja solek.

"Sayang..."Adam menyentuh lembut bahu milik isterinya,Hanan memandang ke arah suaminya.

"Awak nak pergi kerja pergilah jelah.."

"Buat apa nak ajak saya sekali?!!.."jelingan tajam diberikan kepada Adam.Hanan mula bangun menjauhi suaminya.

"Jomlah sayang.."

"Lagipun hubby bosanlah duduk office tu seorang- seorang kalau ada sayang takdelah hubby bosan sangat.."

"Hubby janji harini sayang teman hubby pergi office.."

"Kalau sayang tak suka,hubby tak bawa dah sayang pergi office.."

"Hari ni je sayang..."

"Please..."Adam mengerdipkan matanya berkali-kali cubaan untuk memujuk isterinya.

"Awak ni budak kecik ke sampai nak pergi office pun berteman?.."

"Mengada macam budak kecik.."Hanan berlalu meninggalkan suaminya dan masuk ke dalam wardobe.

"Budak kecik ni juga yang bidadari saya sayang kan?.."jerit Adam sedikit kuat supaya isterinya mendengar apa yang dikatakan olehnya.

"Siapa yang cakap?.."

"Taknak saya sayang awak.."

"Buang masa je.."






















Sebaik sahaja Hanan turun daripada kereta,dia disambut oleh pekerja-pekerja suaminya.Tangannya berada kemas dalam gengaman suaminya walaupun sudah berkali-kali dia minta dilepaskan.

"Pandang hubby jangan pandang orang lain.."

"Sayang ada hubby jadi tak ada apa-apa pun sayang perlu risaukan.."

"Hubby akan sentiasa ada untuk sayang.."lembut sahaja Adam berkata dengan isterinya,cukup dia dan isterinya sahaja yang dengar.

Tangannya yang dalam keadaan menggigil terhenti apabila suaminya berjaya menenangkan dirinya. Mukanya disorokkan sedikit di bahagian lengan suaminya,mata-mata yang memandangnya tidak diendahkan.

Nafas dihembus lega sebaik sahaja sampai ke tingkat atas sekali yang menempatkan privacy office milik suaminya.Sepasang matanya terpegun melihat design privacy office milik suaminya yang ringkas dan kemas.Nak tahu apa yang paling menarik?

Benda yang paling menarik ialah semuanya bertemakan warna biru,tenang sahaja matanya melihat warna kegemaran.

"Cantik tak office hubby?.."

"Sayang boleh pusing satu office ni ikut suka hati sayang sebab kawasan ni kawasan larangan untuk pekerja.."

"Hanya hubby dengan Putera je boleh masuk.."

"Tapi sekarang sayang tak boleh pergi mana-mana lah.."

"Sebab sayang kena teman hubby buat kerja.."

"Jom masuk bilik kerja hubby.."

"Taknak!!.."

"Kalau sayang taknak teman hubby buat kerja.."

"Hubby taknak buat kerja office lah macam tu.."

"Kalau awak taknak buat kerja buat apa ajak saya pergi office awak?.."

"Awak saja je kan?.."

"Hubby cakap hubby taknak buat kerja office je.."

"Bukan taknak buat kerja lain..."Adam mula menapak dekat dengan Hanan selangkah demi selangkah..

"Dahtu awak nak buat kerja apa selain kerja office?.."Hanan yang melihat Adam mula mendekati ke arahnya makin menjauhi suaminya.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now