Jobs ››› 001

14 2 0
                                    

Bintang Condominiums
11.00 pagi

Pagi-pagi sudah kecoh kat kondo aku . Siapa lagi kalau bukan aku yang kecoh, aku still tak faham kenapa aku kena pecat sedangkan aku tak buat apa-apa.

Tak buat apa-apa konon. Channel satu pasal kau scam orang kat tinder. Channel dua, kau check in hotel bajet dengan perempuan mana tah. Channel tiga, kau kutuk manager kau.

Seakan batu besar menghempap diri sendiri walaupun bukan semua aku buat. Orang dalaman aku ni tak reti support empunya badan langsung. Come on lah, buat apa check in hotel bajet sedangkan duit berkepuk dalam bank.

TINGG !!

Mesej tak diketahui penghantar, aku buka untuk baca dengan raut wajah mendatar.

"APA?! AKAUN BANK AKU KENA BEKU?!"

"WHAT KIND OF BAD LUCK IS THIS?!"

Jatuh tersungkur, melutut, guling aku. Begitu saja hidup aku jatuh dan begitulah aku boleh menjadi seorang driver.

Hm walaupun aku kutuk macam-macam Encik Hashim a.k.a manager aku, dia tetap tolong aku cari kerja untuk sara hidup sementara menunggu akaun bank aku cair -_-#

Nanti aku dapat gaji, aku belikan dia rumah.

Rumah kucing hm.

*****

Mata aku setia melihat susuk tua Pakcik Razif pergi meninggalkan perkarangan rumah aku.

Macam mana aku nak pergi healing ehem kerja kalau takde driver? Aku pula tiada lesen. Pergi belajar bawa kereta pun boleh terbabas masuk semak sekolah mana tah.

Nak order grab? Babah tak bagi sebab risau keselamatan aku. Telefon berjenama Samsung dicapai untuk menelefon P.A Babah.

"Assalamualaikum Cik Syuhaidah. Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Wa'alaikumussalam. Encik Hamka da habis meeting?"

"Belum lagi. Kenapa cik ?"

Aku agak ragu-ragu nak tanya ni tapi bosan nanti kalau duduk kat rumah je. Perkara ni bukan emergency sangat pun tapi kena ada juga.

"Hm Encik Erik tahu sesiapa tak yang boleh jadi driver saya? Encik Erik tahulah Encik Hamka macam mana dengan saya. Saya nak pergi kerja pun susah ni"

"Ohh saya sudah sedia maklum mengenai Encik Razif. Alhamdulillah saya memang da jumpa orangnya tapi dia akan datang lusa. Boleh ke, Cik Syuhaidah?"

"Eh boleh-boleh. Tak jadi masalah"

Rasa bersyukur sangat. Allah betul-betul permudahkan urusan aku. Alhamdulillah. Cuma esok kena minta tolong Serena ambik aku.

TBC

Short chapter sahaja sebab nanti panjang2 takut mabuk lak korang hehe btw next chap kita reveal nama Jaehyun dalam ff ni ye <3

Drift Ke Hati Kamu : jaehyun nctWhere stories live. Discover now