Novice ››› 006

4 2 0
                                    

Butik Pop
9.30 pagi

"Terima kasih, puan. Datang lagi"

Aku ucap kepada pelanggan berumur dalam lingkungan 50-an. Aku rasa ni kali ke-10 dia datang dalam tempoh dua bulan ni. Makcik memang slayyy lah

*bunyi loceng pintu*

Mata semua pekerja tertumpu kepada seorang gadis yang baru masuk ke dalam butik. Tersengih-sengih kamu ye?

"Yes, apa yang boleh saya bantu?"

Dalam banyak pekerja butik ni, aku juga dia nak dekat. Dengan sengihan dia tak habis lekang dari bibir tu.

"Saya sebenarnya pekerja baru. Nama saya Julia Zulaiha Binti Kamarul"

"Yeahhh saya Syuhaidah Natasha Binti Hamka Yusuf"

So yeahh kami bersalaman. Memandangkan Dahlia sekarang tengah sibuk, aku sebagai co-ceo dia pfft ehem mengarahkan dia membantu Lili susun beg tangan di rak.

Tiba-tiba mata aku ternampak seseorang diluar butik beredar selepas aku melihatnya. Kenapa sangat mencurigakan?

Should I worry about it?

Nahhh maybe orang lalu lalang je. Segera aku mengira duit yang diperoleh setakat ni. Aku ni takut kalau duit short nanti tak memasal aku pulak kena bayar.

*****

Hampir pukul 6.00 petang, figura Jakeem memasuki butik dengan berkaca mata hitamnya.

Ek eleh nak sebarkan pesona dia lertu. Ya, aku ngaku dia handsome tapi kalau perangai macam lembu, baik balik pack barang masuk pusat serenti...

Eh bukan! Pusat pemulihan akhlak. Kasi betul sikit akhlaknya. Ni dengan majikan pun pakai Kau Aku aiyoo.

"Amboi cik abang. Kemain menabur serbuk berlian sana sini. Kan saya suruh tunggu dalam kereta"

"Well aku dapat rasa yang harini kau akan bawak balik barang berat"

TINGG!!

Terus aku teringat akan fail statistik butik walaupun tak berat tapi tangan aku da lenguh susun kotak kat stor tadi.

Well for your information, aku shareholder butik ni ehem. Btw mamat ni... tsk tsk tsk impressive saya dibuatnya.

"Wow! Bagus eh instinct awak. Ahh apa lagi angkatkanlah fail tu"

Aku menunjukkan fail tu kepada Jakeem. Dia menjenggilkan bebola matanya. Mahu je aku cucuk mata dia.

"Baik, ma'am"

Jakeem terus melangkah keluar untuk ke kereta. Aku da tergelak tengok dia begitu. Haihh nasib malanglah siapa dapat dia pfft.

"Kau ni sehari tak buli dia takleh eh?"

Soal Gina bersama Lili di sebelah. Memang tak dapat nak dielakkan dari buli dia.

"Best apa buli dia. Da dia hari-hari buli aku, tahulah pro bawak kereta aigoo"

"Ahh siapa dia, Syuhaidah?"

Tak silap aku, Julia ada kat rak baju hujung sana. Macam mana dia boleh terpacak sebelah Gina pula? Ajaib betul.

"Dia driver kepada Cik Syuhaidah Natasha. Nampak macam kenal en? Dia tu bekas pelumba Petronas"

Amboi Gina, bab bercerita bergosip nombor satu dalam butik ni. Aku gelak aje dengar dia bercerita.

"Korang ni taknak balik ke?"

Tiba-tiba Dahlia muncul tah dari mana. Hampir tercabut jantung aku oi. Baru semua berpusu keluar dari butik, kalau Dahlia tak tegur, mahu Isyak tahun depan baru habis.

*****

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku diam tidak berkutik. Otak aku rasa kosong tiba-tiba. Maybe penat sangat kot.

"Actually en time aku sampai depan butik, aku ada nampak sorang makcik ni. Tak habis-habis usya dari cermin butik. Tah, siapa je pandang"

Ujar Jakeem panjang. Aku masih diam, taktahulah nak balas.

"Oi tidur ke? Kalau bangun, balas ahh. Jangan palau manusia kacak sebelah kau ni"

"Isy dia ni! Takleh tengok saya tenang langsung. Ahh makcik tu rupa macam mana?!"

"Takyah ahh marah. Garang sangat akak ni. Patutlah single"

Aku...haihhh memanglah aku marah. Kacau je aku nak rehat. Ada saja mulut dia nak keluarkan perkataan. Bersabar sajalah.

"Makcik tu berambut hitam. Gaya pakaian dia macam rich aunty gitu. Tapi en aku nampak macam ada muka kau"

Terus terbeliak biji mata aku. Nani? Dia merepek apa ni?

"Pelanduk dua serupa kot"

"Ke tu mak kau? Aku tak per..."

"Mak saya da meninggal, Jakeem"

Terkaku member dibuatnya. Jakeem menepuk dahi lalu menutup muka dengan tangannya.

"I'm so sorry. I didn't mean to say that"

"Nahh takpe"

Aku melihat pemandangan yang berada di tingkap kereta. Tenanglah jugak. Malas nak fikir pasal arwah Umi.

TBC

Baru dapat update oi. Ehem happy reading!

Drift Ke Hati Kamu : jaehyun nctWhere stories live. Discover now