01

1 1 0
                                    

Sebuah kereta BMW berwarna hitam memasuki kawasan sebuah rumah agam.

Pintu kereta nya dibuka oleh seorang pengawal peribadi nya. Dia dan beberapa penjaga yang lain berjalan menuju ke pintu utama rumah agam itu.

Ding dong

Loceng ditekan dan secara automatik pintu rumah agam itu dibuka oleh dua orang penjaga.

Lelaki itu berjalan masuk dan diiringi beberapa penjaga dari rumah agam itu.

Ternyata diri nya sudah di nantikan oleh seseorang.

"Encik Kamil. Silakan duduk". Lelaki itu mengangguk dan duduk di atas sofa kulit itu.

"BD! Datang ke ruang tamu, Encik Kamil dah sampai!"

"Baik Tuan!" Keempat-empat mereka berlari anak turun dari tangga dan menuju ke ruang tamu.

"Kenalkan, ini Encik Kamil, boss baru kamu nanti". Mereka berempat menayang wajah terkejut.

"Boss baru? Habis tu, Tuan Johan?" Tanya salah seorang dari mereka.

Encik Johan atau nama penuh nya Tuan Johan Fikri bin Ahmad Syahid. Adalah ketua mereka sewaktu mereka mula menjinak didalam dunia perompakan.

Tuan Johan lah yang mengajari mereka setiap tektik dan helah dalam dunia merompak. Mereka berempat sudah menganggap Tuan Johan seperti ayah mereka sendiri.

Namun kini, Tuan Johan sudah tidak dapat meneruskan kehidupan nya sebagai ketua di dalam dunia jenayah ini lagi.

Dia risau akan usia nya yang meningkat dan kesihatan nya yang semakin lama semakin surut.

"Kamu semua tak payah risau pasal saya. Saya akan mulakan hidup baru dengan isteri dan anak-anak saya". Ujar Tuan Johan lembut.

Ya. Kami tahu yang Tuan Johan kini sudah menginjak usia 42 tahun dan mungkin sudah tidak ada kemampuan untuk melakukan kerja-kerja yang membahayakan seperti kerja mereka.

Tetapi Tuan Johan sahaja yang mampu mengajar mereka dari A sampai Z tentang segala-gala nya. Tuan Johan sering berkongsi pengetahuan dan ilmu nya kepada kami berempat.

Tanpa Tuan Johan siapa lah kami sekarang?

Tuan Johan sudah hampir 7 tahun menjadi ketua mereka. Mereka berempat, Tuan Johan dan isteri nya, Puan Syarifah, sudah seperti sebuah keluarga yang bahagia.

Putra Al-Irfan atau nama samaran nya 'Kasut', adalah ketua didalam kumpulan 'Buaya Duit'. Dan Tuan Johan seperti boss mereka.

Hazeem Faryyd atau dikenali sebagai 'Pokok', adalah ahli tertua di antara ketiga-tiga sahabat nya itu. Pokok lah yang terlebih dahulu berjumpa dengan Tuan Johan sebelum kumpulan 'Buaya Duit' dicipta.

Ilyas Syah sebagai '5 Ringgit', selaku pembantu Irfan dalam menjalankan misi-misi mereka.

Zahin Naufal atau nama panggilan nya 'Kicap', adalah ahli termuda di dalam kumpulan itu. Zahin merupakan anak sepupu dari Tuan Johan. Tuan Johan lah yang mengajak Zahin untuk menyertai 'Buaya Duit'.

Tuan Johan dan Puan Syarifah sudah bersama hampir 16 tahun lama nya. Mereka dikurniakan 3 orang putera. Namun Tuan Johan melarang mereka untuk menyertai diri nya dan 'Buaya Duit' didalam dunia jenayah.

"Aku ada idea". Syah memulakan perpibacaraan. Irfan, Zahin dan Hazeem mendengar rancangan Syah dengan tekun.

Irfan terjaga kerana mendengar bunyi panggilan dari telefon nya. Nama 'Haris Rempit' terpapar di skrin telefon nya. Dia menjawab panggilan itu dengan keadaan mamai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Buaya DuitWhere stories live. Discover now