2

88 4 0
                                    

"Assalamualaikum encik, saya nak jumpa adik saya boleh ?"

"Boleh, apa nama dia ? Biar saya annouce kan" kata salah seorang pekerja sekolah KUDRAT itu. Seorang kerani barangkali.

"Nor Naim bin Firdaus Ismet dan Nor Fakhri bin Firdaus Ismet" ucap gerangan itu.

__________________________

"Weh ayam , kau nak sangat aku settle dengan kahar kan , aku dah buat dah. Dia takkan ganggu kita dah" katanya ingin memujuk rakannya itu

"Perhatian kepada Nor Naim bin Firdaus Ismet dan Nor Fakhri bin Firdaus Ismet sila ke KUDRAT square, kakak anda ingin berjumpa dengan anda"

Riak terkejut ditayang oleh fakhri begitu juga dengan ayam dan ihksan.

Kata kata itu bagaikan mimpi baginya, kakak yang lama ditinggalkan, yang paling di sayanginya ada disini

Naim , dia juga terkejut dengan kehadiran kakaknya secara tiba tiba , sebelum ini kakaknya tidak pernah datang melawat secara terangan, hanya pernah datang menjemputnya pulang ketika cuti tiba. Katanya malu ingin berhadapan dengan budak lelaki yang ramai apatah lagi umur kakaknya dan dia hanya beza setahun.

Sementara di dorm 5 kasturi pula ,
"Asal kau lompat masuk keem ? Kan dah kena, bukan salah aku , kau yang masuk"

"Eh kau ni , sakit kau tau tak ni. Boleh pulak kau nak salahkan aku. Kalau aku tak cakap warden datang , kita semua ni dah kenalah. Aduuduu , sakitnya !" Ujar sahabat baiknya hakeem dengan nada yang tidak berpuas hati.

"Hahahaha , yela yela sorry"

"Perhatian kepada Nor Naim bin Firdaus Ismet dan Nor Fakhri bin Firdaus Ismet sila ke KUDRAT square, kakak anda ingin berjumpa dengan anda"

"Weh ,korang dengar tak announcement tu ?" Tanya seorang lagi anggota high council iaitu zahrin.

"Dengarla,speaker punya kuat takkan tak dengar"

"Dorang ada kakak ? Seriousla weh ? Siblings dorang ni memang suka main sorok sorok eh ?" Ujar Zahrin lagi .

"Eh jom kita intai jap , aku curious la pula nak tengok macam mana rupa kakak dorang tu" kali ini fahmi bersuara memberi cadangan dan disetujui oleh yang lain kecuali kahar.

"Korang kalau nak , korang pegi. Aku malas"

"Alah jomla kahar weh , jomla . Kau tak tertanya tanya ke macam mana rupa kakak dorang dua tu ? Haaa." Pujuk rakannya hakeem

Setelah pujukan demi pujukan akhirnya si kahar setujuh dengan rakan rakannya untuk mengintai tiga beradik itu.

_____________________________

Tibanya dua beradik itu di perkarangan tersebut , disitu telihat seorang gadis bepakaian baju kurung dengan rambutnya yang panjang dan hitam ikal mayang yang dibiarkan jatuh kebahu membelakangi mereka.

Gerangan itu berputar , melihat kedua adiknya bediri dihadapannya, senyuman paling manis di berikan untuk mereka berdua.

"Akak, akak buat apa kat sini ? Kenapa tak cakap nak datang ?" Tanya Naim

"Kenapa akak tak boleh datang jumpa adik adik akak ke sekarang ?"

"Taklah, tiba tiba ja, sebelum ni takde pun akak nak datang mengejuk macam ni" jelas naim

"Saje je , akak rindu korang. Adik sihat ? Rindunya akak dengan adik" katanya sambil manarik jejaka bergelar adik kedalam dakapannya, menahan air mata yang ingin mengalir keluar.

Jujur mengatakan dia rindu pada adiknya yang satu ini. Air mata yang ditahan sedari tadi pecah akhirnya pecah membasahi pipi mulusnya.

"Akak minta maaf , akak patut ada waktu tu , akak patut ada dengan adik dan abang waktu tu. Salah kakak biarkan korang bedua macam tu. Maafkan akak abang , adik" rayunya , memohon kemaafan adik adiknya.

Walaupun fakhir marah dan benci dengan naim, tetapi bagi seseorang yang bergelar kakak baginya begitu susah untuk membencinya. Sayangnya terhadap gadis itu sungguh tebal.

"Takla bukan salah akak pun, adik tak marah akak. Adik sayang kakak." Membalas pelukan si kakak dengan erat.

Naim hanya melihat drama di depan matanya , terasa sedikit cemburu tetapi dia faham , kakaknya sungguh rindu akan fakhri.

"Dah jom makan , akak ada bawa asam pedas favorite adik dengan daging dendang favorite abang. Kuih onde onde pun ada. Jom makan, penat akak masak tau kalau korang tak makan korang yang rugi, hm" ujarnya.

Dunia seakan berpihat pada mereka , suasa pada petang itu terasa sungguh tenang. Naim dan Fakhri terlihat seakan mereka lupa tentang masalah yang mereka alami.

Sementara di sisi yang lain , terlihat 4 orang pelajar mengintai disebalik dinding.

"Weh tu kakak dorang ?! , Bapak baik sia" zahrin dengan nada terkejutnya

"Weh gilala, ayu gila kakak dorang tapi asal perangai adik dia macam sial do" giliran fahmi menyatakan pendapatnya.

Kahar terlihat kaku dia posisinya , jantungnya bedegup kencang melihat gadis dihadapannya.

"Weh kahar , bukan dia ke ?"

"Haah, memang dia orangnya. Sama sangat, keem" kahar menyampuk

 Sama sangat, keem" kahar menyampuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cantikku ; Abdul kahar  [Hiatus]Where stories live. Discover now