3

101 4 0
                                    

-Last night-

Abdul kahar's pov

Aku duduk dekat birai katil, terkenangkan mimpi yang baru sahaja aku dapat dalam tidur tadi, dalam seminggu dah 3 kali dia muncul dalam mimpi aku.

Siapa dia ?

Kenapa wajahnya tidak di perlihatkan ?

Adakah aku kenal gadis itu ?

Tapi, sesiapa pun dia, dia berjaya buat aku tertunggu akan kehadirannya setiap kali aku ingin tidur. Terasa bahagia dengan kehadirannya walau hanya dalam mimpi.

_________________________

"Weh keem , aku ada benda nak tanya kau ni"

"Eh jarang jarang kau ni , apa dia tu kau nak tanya"

"Apa maksudnya, kalau kita mimpikan seseorang yang kita tak kenal ah ?" Tanyanya dengan bersungguh

"Susah ni , sorry do aku pun tak pasti weh. Tapi mungkin dia jodoh kau manatau"

"Siapa yang kau mimpi kan tu , story la sikit" sambungnya

"Aku tak tau siapa dia. Aku mimpi seorang gadis , muka dia tak nampak dah 3 kali dia muncul dalam mimpi aku tapi dia takpernah tunjuk muka dia aku pelikla, rambunt dia panjang warna hitam ikal mayang, tubuhnya yang kecil dan ramping. Kalau kau tanya aku dia memang cantik weh , aku terlalu afsun dengan kecantikannya sehingga kalau boleh aku taknak bangkit dari tidur" terang si jejaka , jelas sekali dia telah jatuh jauh kepada gadis yang tak pernah di temuinya seumur hidup.

"Amboi ayat , kau tak pernah pun nampak muka dia , macam mana kau boleh yakin dia cantik ?" Keliru hakeem , betul ke tidak kawannya ini.

-Present-

"Haah, memang dia orangnya. Sama sangat, keem"

"Apa korang borakkan ni , siapa dia? Kau kenal ke kahar ? Tak cakap pun kenal awek cun gitu" sampuk zahrin

Kahar mengerling kearah zahrin memberikannya tatapan tajam

"Eih bukan macam tula rin, kau ni kang, diam jela" ujar hakeem

Secara tiba tiba, kahar mengatur langkahnya kearah meja yang sedang diduduki 3 beradik tersebut

"Eh kahar kau nak kemana tu ?!" Jerit hakeem, risau tindakan kahar yang tiba tiba itu

"Aku nak sapa la , manatau betul kau cakap dia jodoh aku" kata kahar tanpa memandang hakeen dan meneruskan perjalanannya. Hakeem dibelakang terlihat kesal dengan tindakan rakannya itu "haih , kahar weh tunggula".

End of kahar's pov

_______________________

"Haa sedap tak ? Mesti sedap kan ,kan ?" Anggun bertanya dengan riak teruja

Gembira hatinya melihat adik adik kesayangannya makan masakannya itu dengan beselera

"Mestila sedap akak masak takpernah tak sedap la" puji naim meningkatkan lagi perasaan gembira serta bahagia gadis itu.

"Ha makan makan , habis kan tau!"

"Assalamualaikum"

Anggun's pov

Satu suara garau menyentakkan kami bertiga

Aku berpusing menoleh kearah suara tersebut , di situ terlihat seorang lelaki tinggi dengan memakai baju sleeveless dan berseluar separah pendek cukup menutup lututnya.

"Wa'alaikunsalam, kenapa ye ?"

Aku menjawab salamnya dengan lembut serta bertanya soalan kepadanya

"Kau ni kakak dorang dua kan ?" Tanyanya lagi dengan nada yang agak keras ? Tetapi yang aku pasti aku tidak suka caranya membahasakan dirinya

"Ya saya kakak dorang berdua. Kenapa ya ? Adik saya da buat apa apa masalah ke kat sini ?" Berdiri dari dudukku , aku bertanyakan kepadanya dengan tenang.

Dibelakangnya terlihat 3 orang lelaki , mesti rakan kenapa kahar

"Aku nak cakap dengan kau sikit. Kat sana"

"Eh Kahar jan-"

"Takpe akak pergi dengan dia. Korang makan tau habiskan" sampukku pada Naim, senyuman lembut kuberikan pada mereka. Dapat ku rasakan gerangan Kahar ini memerhatiku tapi ku cuba berlagak tenang

"Marila kita" pelawaku kepada Kahar dan dia memulakan langkahnya lalu diikuti olehku di belakang

Setibanya kami di bawah pokok tak jauh dari adikku dan rakan Kahar, kahar mula berbicara

"Aku Kahar. Abdul Kahar, senior Naim dan Fakhri. Nama kau ?" Ucapnya memperkenalkan dirinya kepadaku

"Anggun. Nor Anggun. Ada apa ye ? Adik saya ada buat masalah ke kat sini ? Dorang bergaduh lagi ke ?" Tanyaku bertalu talu. Aku ingin cepat menyelesaikannya dan berlalu pergi dari sini, pandangan pelajar sekeliling membuatkan aku tidak selesa.

"Oh Anggun, cantik. Anyway ya dorang ada bergaduh tapi biasala lelaki kan manada hari tanpa pergaduhan, betul tak Anggun?" Katanya sambil menayangkan senyuman yang aku tak berapa pasti sama ada ikhlas atau tidak

"Saya rasa betul cakap awak , kalau macam tu. Saya nak minta maafla kalau adik adik saya dah buat masalah pada awak dan rakan rakan awak. Saya harap perkara ni habis disini ya" walaupun aku tak seberapa tahu apa yang adik adikku telah buat kepadanya namun aku tetap perlu meminta maaf.

Kahar hanya mengangguk and memberikan senyuman kepadaku

"Kalau awak tak kisah, boleh awak tolong tengok tengokkan adik saya kat sini ? Jangan bagi dorang bergaduh lagi. Boleh ? Kalau tak takpe saya taknak susahkan" kataku

"Eh boleh, boleh boleh! Tak susah pun Anggun. Aku boleh tengok tengokkan adik adik kau kat sini" kahar bersetujuh dan memberikan senyuman sinis yang tak ku tau sebenarnya ia menyimpan maksud disebaliknya.

Setelah selesai, aku berlalu pergi ke meja dimana adik adikku selesai makan dan kahar berlalu pergi bersama rakannya balik ke bangunan sekolah.

"Kak , apa yang korang bincang ? Naim nampak macam serious je. Bagitaula kak" Naim mengesa mengharapkan jawapan begitu juga dengan Fakhri hanya diam menunggu jawapan dari kakaknya

"Tak ada apa pun , dia cakap korang gaduh lagi" Ujarku kepada adik adikku sambil mengemas bekas makanan tadi

" Oklah akak nak balik dahni. Korang jangan gaduh tau, jaga diri ya adik kakak. Nanti kakak datang lawat korang lagi ok" aku berkata dan memeluk kedua adik adikku.

End of anggun's pov

______________________________

______________________________

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Keem, nama dia Anggun weh!!. Senyuman dia kalau kau nampak manis sangat do! Cara dia bercakap lembut betul. Keem aku rasa aku dah fall in love la keem."

Cantikku ; Abdul kahar  [Hiatus]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant