Smile and remember [Tauhali]

156 13 15
                                    


Just friendship taufan and Halilintar. No more than that :))

Warn(!): OOC










: Cuma cerita perjuangan halilintar dalam menarik perhatian taufan dan menjadi kawan.

{////\\\\}

"Kenapa kau taknak kawan dengan aku? padahal dulu kita kawan 'baik' HAHAHAHAHA!"

"Senyap solar bodoh!" Umpat remaja lelaki manik merah menyala.

Solar. kawan sekaligus rival sejati halilintar, lelaki bermanik merah tadi.

"Poyolah cara kau curi perhatian dia,li" ujar solar selamba. Tangannya sibuk menaip sesuatu di dalam telefon.

"Hali gay?"

"Bukan!" Ujar halilintar serta solar sama-sama kearah thorn, lelaki bermanik mata hijau.

"Huff! Kau fikir aku ni terkejar-kejar dekat angin ribut tu sebab gay? Bukan! Aku cuma nak ingatkan dia yang aku ni kawan baik dia dulu sebelum dia pindah!" Ujar Halilintar tak puas hati.

Solar mendecih pelan, mata kelabu itu terus memandang halilintar datar. "Kau tak sedar kau tu kena friendzone dengan dia?" 

"Friendzone? Bukannya tu selalu untuk yang kena tepuk sebelah tangan?" Tanya thorn hairan. Solar mengangguk setuju dengan tangkapan sang abang kembar.

"Iye betul tapi kes hali ni dia kena friendzone dengan kawan baik sendiri. Dia anggap taufan kawan baik tapi taufan pula hanya sekadar anggap dia 'kawan'" ujar solar selamba.

Halilintar menghela nafas kecewa, dia cemberut seketika apabila mengingat kembali perlakuan taufan yang agak kaku kepada dia.

"Lepastu, nak buat macam mana untuk dia ingat?" Tanya halilintar.

"Ketuk kepala dia guna Kuali" saran solar.

Halilintar mendelik solar tajam, ada-ada aja si minyak petrol ni.

"Tu taufan! Ufan! Sini kejap!" Panggil thorn dengan riang melambai tangan kearah taufan yang sedang berjalan dengan blaze.

"Yo! Thorn!" Sapa blaze. Thorn mengangguk sahaja.

"Uish, thorn dah taknak lepak dengan kita. Asyik nak berkepit dengan adik dia je" ujar taufan dengan nada merajuk. Thorn tersengih lebar.

Manik biru milik taufan menoleh kearah halilintar yang sedang menunduk memandang tangannya. Dia tersenyum kecil.

"Hali kenapa senyap? Tak pernah senyap nampak aku sebelum ni" tanya taufan hairan.

"H-ha? Takde apalah." Gumam halilintar gugup.

"Ufan? Betul ke ufan dengan hali kawan baik dulu? Kalau betul, kenapa ufan tak ingat hali?" Tanya thorn hairan. Makin berdebar jantung halilintar mendengar pertanyaan si manik hijau itu.

"Hm? Ufan Tak ingat pula ada kawan baik mata ruby macam hali" usik taufan sambil memandang atas. Dia melirik sedikit kearah halilintar, nampak raut kecewa disebalik wajah halilintar.

bObOiBoY oNe ShOoT (🐨) ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora