𓊈𝐂𝐨𝐦𝐞𝐥 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐬𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 kurita𓊉

18 8 9
                                    


"𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒍𝒆𝒍𝒂𝒌𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒎𝒑𝒖𝒓𝒏𝒂 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂 𝒊𝒏𝒊! "


Sinaran matahari pagi menyelinap di celah awan, menembusi titis-titis embun pada dedaun hijau lalu memantulkan warna pelangi yang sangat indah. Berberapaekor burung kelihatan bertenggek pada dahan pokok sambil menyanyi riang simfoni merdu yang tidak dikenal pasti.

Pada hari pertama persekolahan, sepasang pelajar lelaki dan perempuan lengkap beruniform baru tercegat di depan pintu pagar utama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah.

"Adrian, saya suka awak! " Arisya meluahkan ayat keramat itu dengan bangga kemudian tersipu sendiri.

"Apa? "Adrian tersentak.

" awak cakap budak sekolah rendah budak-budak lagi, kan? Jadi, mulai hari ini, saya dah tingkatan 1 . Saya bukan budak sekolah rendah lagi. Jadi bolehlah saya buat pengakuan pada awak secara terbuka! "Arisya tanpa segan silu menjelaskan situasi sebenar.

"Arisya, tolong lah jangan buat lawak pagi-pagi ni! "Adrian terus masuk kawasan sekolah sambil melambai meninggalkan Arisya terpinga-pinga di belakang.

Ketika itu pelajar lain yang turut melewati kawasan tersebut memandang Arisya yang bertocang tinggi dengan pandangan pelik. Tetapi si lembap Arisya tidak sedar dia diperhatikan. Dia ingat Adrian gembira dengan pengakuanya tadi. Kononya, mereka pasti jadi pasangan paling dicemburui di sekolah nnti. Namun dia tidak menyangka sama sekali rancangan untuk buat pengakuan pada hari pertama persekolahan begini jadinya.

******

Tiga tahun lepas, Arisya berpindah ke bandar Seri Indah kerana mengikuti ayahnya yang ditukarkan ke sini. Pada mulanya dia berat hati untuk berpindah kerana segala-gala akan berubah dan menjadi asing, Apakan daya dia terpaksa akur. Arisya mendaftar masuk tahun 4 di sekolah kebangsaan Seri Indah.

Arisya hanya memandang rumah teres dua tingkat yang baru diubah suai, beberapa lelaki sibuk memunggah perabot turun dan lori yang dibawa dari rumah lamanya untuk dimasukan ke rumah baru. Ibu dan ayah pula sibuk mengarahkan mereka di mana perabot harus diletakan. Semua orang sibuk bekerja kecuali Arisya yang masih tidak berganjak sejak tadi. Berpuluh kali dia membantah kerana tidak mahu berpindah rumah dan sekolah, namun dia tetap gagal memujuk orang tuanya. Jadia dia tiada pilihan, akhirnya terpaksa juga ucap selamat tinggal kepada kawan-kawan.

"Arisya, mari sini. Angkat barang-barang kamu masuk bilik! " si inu nemberi arahan dari dalam rumah.

"Hmph! " Arisya berpaling ke tempat lain dan tocang separas bahu beralun ditiup angin.

Melihat si anak masih tidak berganjak , puan Hilda melambai-lambai memanggil Arisya, "Arisya, cepatlah kemas barang kamu ni! "

"Saya nak ambil angin kejap! " Arisya sengaja tidak mengendahkan arahan ibunya dan terus meninggalkan kawasan rumah barunya itu.

Arisya cuba mengisi kesepian dengan berjalan di kawasan sebegitu asing baginya. Langkahnya tiada tujuan. Kemudian duduk di bangku sambil teringat kawan-kawan rapat dia sekolah lama. Mata mula berkaca. Rindukan gurau senda mereka yang sudah dianggap seperti saudara sendiri.

Di tengah-tengah galanggang sekumpulan sekumpulan remaja leka bermain bola keranjang dan mereka tidak menghiraukan kehadiran Arisya disitu sehinggalah bola tersasar keluar gelanggang.

"Hati-hati! "Seseorang pemain menjerit tetapi Arisya langsung tidak mendengar dek mengelamun dalan memori sendiri.

Dia cuma tersadar dari lamunan apabila ada tangan memegang bola dihadapannya. Ketika itu barulah dia tahu tangan itu milik seorang budak lelaki kacak dan tinggi lampai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐣𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢𝐦𝐮 Where stories live. Discover now