15

15 0 0
                                    


"Dah , jom balik! Nanti appa balik" ajak Doyoung

"Balik mana?" tanya Haeyeon yang masih duduk  di bangku sebelah jambatan Sg. Han

Doyoung menepuk dahinya sendiri

"Balik rumah lah! Tak ingat rumah sendiri ke?"

"Ooo...hehe...luper"

Haeyeon tersengih seperti kerang busuk. Lantas dia bangun

"Huh! Tengoklah sungai tu! Cantik sangat kan!" Doyoung merajuk

"Memang cantik pon! Cantik dari muka kau!"

Haeyeon ketawa sambil berlari.

"Woi budak!"

Doyoung mengejar Haeyeon seperti Kanak kanak riang 🤣

Sesampai di rumah...

Haeyeon segera membuka kasutnya dan dilempar

Doyoung menggeleng kepalanya. Tangannya mengutip kasut milik Haeyeon dan disimpan di rak kasut

"Appaaaaaaa!!!!"

Haeyeon memeluk appa nya. Tuan Kim outstation ke Italy bersama pekerjanya sudah lebih sebulan

"Kim Haeyeon anak dara appa! Yeon sihat? Doyoung mana?" Pelukan terlerai. Bibirnya memuncung ke arah Doyoung yang berdiri di muka pintu

Doyoung turut memeluk appanya. Tubuh Haeyeon ditolak tepi

"Hurm...dah besar pun gaduh2" ujar Tuan Kim

Puan Kim dan Junmyeon duduk memerhati tiga beranak

"Hari hari pun nak gaduh...mulut ni dah berbuih nak beri nasihat" Puan Kim menggeleng gelengkan kepalanya

"Appa cubit telinga kamu berdua , baru kamu tahu!" Tuan Kim ingin menarik mereka berdua tetapi Doyoung dan Haeyeon segera mengelak dan menyorok di belakang Puan Kim

"Uhu tak kena" ejek Doyoung

Gelak ketawa memeriahkan suasana di rumah Keluarga Kim

...

Haeyeon duduk di balkoni tingkat atas. Kakinya diletakkan di atas meja seperti ma'am besar. Baru dia sedar tadi ada noti masuk sejak keluar pagi bersama Doyoung

Unknown

Haeyeon shii...
Ni Jaehyun
Sorilah lupa mesej malam tadi

Kakinya segera diletakkan ke bawah.

"Urm , nak save ape eh? Jaehyun nerd? Tak. He's handsome"

Tetiba anak Kim yang sorang ni berfangirling sesorang

"Urm , Jaehyun Hensem ? Ni nanti kalau si Duyung ke Jungwoo tetiba tengok fon boleh jadi bahan sakat...so...."

Sedang otaknya berfikir , satu notifikasi masuk ...

Jungwoo 😏

Weh yeon
Keluar jum

You

Okay...kau ambik

Jungwoo 😏

Ye bos.
Dalam 15 minit aku sampai

You

Aku tunggu kat pagar ,
Kalau tak 15 minit kau spon aku tengok wayang citer polis evo

Jungwoo 😏

Sejak bila layan citer melayu?
*Seen*

Mesej terakhir dari Jungwoo tidak dilayan. Dia segera bersiap hingga lupa save nombor Jaehyun

Tangga dituruni dengan pantas. Doyoung dan appanya tengah syok menonton tv manakala ommanya dan Junmyeon tidak kelihatan

Appanya segera menoleh ke arah anak daranya

"Pegi mana Yeon?"

"Pegi datinglah tu" jawab Doyoung selamba

"Sembarangan je mulut! Yeon nak keluar dengan Jungwoo"

"Datinglah tu kan!" sakat appanya. Dua2 ketawa

Haeyeon malas melayan. Dia segera menuju ke pagar rumah. Tidak lama , kereta milik Jungwoo sampai. Segera dia masuk. Lantas kereta itu bergerak

"Appa kau dah balik kan dari Italy?" tanya Jungwoo

"Ah ha"

Kemudian suasana sunyi sepi. Sudah sejam kereta itu melalui jalan raya yang agak padat

"Nak bawa pegi mana?" tanya Haeyeon hairan

"Kau nak ke mana?" tanya Jungwoo pulak

"Lah , tanya aku ke? Pegi zoo jom"

"Buat apa ? Nak lawat bestie kau?" Jungwoo masih fokus memandu

"Siapa bestie aku?"

"Monyet"

Haeyeon menjeling Jungwoo. Ingin sahaja diwrestling si Jungwoo tapi sedar dia tengah bawa nyawa . Tak pasal2 arwah awal.

Akhirnya kereta itu menuju ke shopping mall.

Jaehyun duduk di ayun belakang rumah.
Otaknya masih memikirkan tentang perbualannya dengan appa ketika bersarapan

"Jaehyun kena terima noona Yeon tu dah takada. Appa bukan salahkan Jaehyun pun noona kamu jadi macam tu sebelum meninggal. Appa terima kalau tu takdir Jaeyeon" Tuan Jung memandang Jaehyun dengan tegang

"Cuba Jaehyun jadi diri Jaehyun yang sebenar" ujar Puan Jung pulak

"The real Jung Jaehyun , please..."

"Appa hantar kamu pergi latihan taekwondo tapi kamu masih nak macam ni , tak sakit ke asyik berpura2 jadi bodoh!" tambah Tuan Jung

Tbc...

😧😳
Wae?? What happened to Jaehyun actually???

❛Hot Nerd Guy❛ [ Jaehyun X Reader ]Where stories live. Discover now