18

14 1 0
                                    

"Noona!!!"

Puan Jung dan Tuan Jung yang turut berada di taman permainan itu segera berlari ke arah teriakan Jaehyun

Jaeyeon sudah terbaring di tepi jalan dengan bahagian kepala terhantuk parit di tepi jalan

"Jaeyeon!!" Mereka bertiga segera mengambil anak gadis itu dan dibawa ke hospital.

...

"Kenapa noona boleh macam tu Hyun?" tanya Puan Jung. Jaehyun yang berusia empat tahun itu duduk di atas riba ommanya

"T-tadi noona dan Hyun ma-main kejar k-kejar , as-tu noona kejar Hyun tapi Hyun lari laju" terang Jaehyun

Tuan Jung yang terdengar segera berdiri di hadapan dua beranak

"Ni salah kamu Jung Jaehyun! Kalau Jaeyeon tak kejar kamu dia tak macam ni!"

"Abang , ni bukan salah sesiapa"

"Kalau jadi apa2 pada Jaeyeon siap kamu!" tegas Tuan Jung lalu menunggu di hadapan bilik kecemasan

Tidak lama , seorang doktor lelaki keluar

"Doktor , macam mana dengan keadaan anak saya?"

Puan Jung dan Jaehyun segera ke arah Tuan Jung

"Pesakit terhantuk di bahagian mata kuat. Jadi pesakit mungkin mengalami buta sementara"

Lantas Tuan Jung menjeling Jaehyun

"...kalau pesakit diberi rawatan susulan mungkin pesakit dapat kembali melihat dengan kadar segera...tapi.."

"Tapi apa doktor?" tanya Tuan Jung

"Kos agak tinggi dan mungkin dia tidak dapat melihat sepenuhnya. Pesakit akan mengalami rabun"

"Kos tidak penting , yang penting anak saya dapat melihat kembali! Kalau rabun , maksudnya anak saya perlu guna cermin mata kan?" ujar Tuan Jung

Doktor menggangguk. Segera Tuan Jung dan Puan Jung menarik nafas lega

...

Sejak hari itu , Jung Jaeyeon kakak Jaehyun yang berusia 4 tahun lebih tua mulai menggunakan cermin mata.

Tuan Jung yang melihat anaknya pulih sedikit demi sedikit marahnya terhadap Jaehyun kurang.

Namun , disebabkan cermin mata itu , Jaeyeon sering dibuli. Biarpun mempunyai seni pertahanan diri Jaeyeon tidak melawan.

"Noona , Hyun selalu tengok kawan2 sekelas noona buli noona dekat sekolah. Kenapa noona tak lawan?"

Jaeyeon tersenyum.

"Noona tak nak guna kekerasan. Noona belajar seni pertahanan diri ni bukan untuk buli orang balik. Hyun pun nanti jangan buli orang tau!" Pipi gebu adiknya dicubit. Serta merta Jaehyun tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang manis

"Kalau macam tu Hyun pun nak pakai cermin mata jugak!"

"Hei , mata Hyun kan elok lagi"

"Untuk noona? Hyun pakai yang sesuai untuk mata Hyunlah. Bolehkan noona?"

"Tanya appa"

Jaehyun segera berlari ke arah Tuan Jung yang sibuk berbual dengan Puan Jung

"Appa!"

"Nak apa Jaehyun?"

"Nak cermin mata!"

"Dah kenapa?" tanya Puan Jung pelik

"Hyun nak pakai! Bolehkan appa!"

"Mata kamu tu elok lagi , janganlah mengada"

"Tapi-"

"Tak boleh!" tegas Tuan Jung.

Jaehyun segera merajuk lalu masuk ke bilik

"Abang ni , janganlah kasar sangat" kata Puan Jung

...

Usia dua beradik kini menginjak

Jaehyun sudah berumur 13 tahun manakala Jaeyeon sudah 17 tahun. Hari ini Jaeyeon mengikuti lawatan ke Pulau Jeju menggunakan bas selama 3 hari 2 malam.

"Noona , nanti beli ole2 untuk Hyun tau!"
Jaehyun dan Puan Jung menghantar Jaeyeon ke sekolah kerana mereka bertolak dari sekolah

"Okay adik noona! Bye!" Dahi adik dicium. Dia segera memeluk ommanya. Siapa sangka itu pelukan dan ciuman terakhirnya

Jaeyeon membetulkan cermin matanya lalu melambai ke arah Jaehyun dan Puan Jung.

...

Di rumah - waktu malam

Selepas makan malam , mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil menonton tv sambil menghirup kopi

"Berita seterusnya. Bas yang membawa penumpang seramai 35 orang yang merupakan pelajar bersama guru terbabas di gaung ketika bas itu membawa mereka ke Pulau Jeju. Kesemua mangsa bersama pemandu bas disahkan maut di tempat kejadian. Ahli keluarga mangsa dikehendaki mengambil mayat mangsa untuk tujuan pengebumian di hospital Seoul."

Segera cawan yang dipegang Tuan Jung terhempas ke tanah apabila wajah anak perempuannya terpampang di muka kaca tv

"Bang! Jae-yeon bang!" Puan Jung sudah menangis.

"Noo-noo na?"

...

Beberapa bulan selepas Jaeyeon meninggal , keluarga Jung berpindah ke Amerika Syarikat.

Beberapa barang milik Jaeyeon dibawa. Jaehyun menyimpan cermin mata milik Jaeyeon

"Omma , Hyun nak pakai , tapi Hyun tak nampak"

"Memanglah Hyun , mata Hyun elok lagi" ujar Puan Jung

"Tapi Hyun nak , nanti kalau Hyun pakai Hyun akan sentiasa ingat noona"

Puan Jung mengeluh kecil. Wajah suaminya dipandang

"Hyun , nanti appa buat untuk Hyun ya? Yang ni Hyun simpan"

Tuan Jung mengusap kepala anak lelakinya

Segera Jaehyun mengangguk laju.

Namun sejak itu , Jaehyun berubah menjadi seorang yang polos dan sering dikacau , diejek oleh pelajar lain.

Hinggalah mereka kembali ke Korea ...

Ingatkan Jaehyun tidak dibuli , malah lebih teruk. Jaehyun dihantar ke latihan taekwondo namun tetap dibuli kerana Jaehyun tidak melawan balik

Risau hati orang tuanya , namun si anak tetap bersikap polos apabila berada di luar.

"Ingat Hyun , walaupun ada orang nak buli Hyun tapi akan ada orang baik yang sentiasa tolong Hyun"

"Noonalah kan! Tak ada pun orang baik kat sini"

"One day? Noona mana boleh selalu dengan Hyun"

Tbc...

Sedih ker? Aku yang taip ni nak berlagu tapi tak jadi...hari tengah panas

❛Hot Nerd Guy❛ [ Jaehyun X Reader ]Where stories live. Discover now