BAB 3

797 18 0
                                    


ELENA Airis meluru masuk ke pusat beli belah terbesar di sini. Menonong dia berjalan mencari ayahnya. Dia dan ayah datang berasingan. Ingatkan nak cakap pasal apa, rupanya nak suruh teman carikan hadiah ulang tahun perkahwinan kat ibu. Macam nak gila dah tadi dia fikir ayat nak bagi ayah lembut hati.. tup-tup ayah nak minta teman carikan hadiah je.

Takut punya pasal, baju seragam dia kat resort pun tak sempat tukar. Risau ayah tunggu lama-lama boleh buat ayah berubah hati.

Dia selongkar handbagnya mencari telefon. Dia nak tahu keberadaan ayah. Puas dah dia jenguk kedai-kedai kat sini. Tak ada nampak kelibat ayah pun.

"Aww!"

Bahunya terlanggar seseorang.

"Buta ke?"

Elena angkat muka. Dipandang kedua-dua wajah di hadapannya. Seperti pasangan kekasih. Tangan lelaki itu menggosok lengan wanita itu. Patutlah nampak tegang wajah lelaki ini, Elena terlanggar kekasihnya.

"Jom baby." Lelaki itu menarik tangan kekasihnya. Kekasih lah kan? Dah ber'baby' 'baby' tu.. Takkan nenek pulak. Kan....

Dia perasan wanita aka kekasih lelaki itu menjelingnya. Uishh! Tajam benaww jelingannya. Berlagak gila!

"Sorry.." Perlahan saja Elena mengucapnya. Lagipun jarak mereka belum jauh. Harapnya dengarlah.

Elena ingin memulakan langkah semula. Tapi suara yang kedengaran menghentikannya lantas membuatkan dia berpaling ke arah pasangan kekasih tadi. Walau mereka sudah hilang disebalik cermin kaca sebuah butik.

"Gedik punya perempuan. Mesti dia cuba-cuba nak langgar you tadi. Mujur I sempat bertindak.. Tapi sakit.." Mendayu-dayu suara wanita tadi. Tetapi agak samar-samar lah bunyinya.

"Ha? Aku? Gedik?" Soalnya seorang diri. Bingung dia seketika. Entah lah nak ketawa ke nak marah. Macam kelakar pulak rasanya. Biarlah dia eik, anggap jelah perempuan tu tak waras.

Dan mungkin jugak dia tu seorang yang overthinking, so, sebab tu lah dia fikir macam tu. Biasalah tu perempuan. Yang pasti, Elena tak macam tu! Elena Airis berbeza. Tak adalah gedik macam tu.. Dengan suara-suara sekali dikepit. Allahuakbar! Jauhkanlah. Rasa nak lempang ada lah. Meluat.

Telefonnya berdering. Ayah.

"Helo yah.. Kat mana?"

"Kat tingkat 3. Kedai Habib ni." Jawab ayah.

"Okay, yah." Terus kakinya melulu ke escalator untuk ke tingkat 3.

Hampir sejam juga lah mereka pilih rantai yang sesuai untuk ibu. Mujurlah jumpa jugak. Punyalah susah nak cari yang 'helokk' di mata ayah. Hmm.. Tak apalah untuk ibu jugak. Mereka menuju ke tempat parkir.

"El masih dengan Izham ke sekarang?" Soal ayah tiba-tiba.

Perkara itu sudah tentu membuatkan Elena Airis termangu seketika. Dengan teragak-agak dia mengiyakan perkara itu.

"Sampai bila?"

Langkah mereka terhenti.

"Ha?" Soal Elena Airis. Apa maksud ayah, sampai bila?

"Sampai bila El nak bersama dengan dia? Tak ada orang lain lagi ke?"

Bagai dihiris sembilu rasa sakitnya. Izham itu cinta hatinya. Mengapa susah sangat untuk ayah menerima dan merestui hubungan kami?

"El sayangkan Izham, yah."

Tuan Khairul mula menghembus nafas perlahan. "Ayah cuma nak yang terbaik untuk El. Dan orang itu tak sepatutnya Izham Danial." Tak semudah itu dia akan lepaskan anaknya pada lelaki seperti Izham Danial. Kerana dia bapa, bapa kepada Elena Airis. Bukan dia tidak merestui hubungan mereka tetapi.. Dia yakin Elena boleh dapat yang lebih baik daripada lelaki itu. Percayalah..

KERANA DIAWhere stories live. Discover now