BAB 6

770 13 0
                                    

PUAN Afiyah menjenguk ke luar sebaik sahaja loceng rumah berbunyi. Pintu pagar automatik terbuka. Kereta Honda Civic mula memasuki garaj kereta. Itu anak perempuannya.

Terkocoh-kocoh Puan Afiyah menyambut kepulangan anak-anaknya.

"Assalamualaikum, ibu.." Ucap Elena sambil menghulur tangan menyalami ibunya.

"Waalaikumussalam. Kenapa tak balik semalam? Ibu tunggu korang berdua."

Elena mengerling adiknya, Ayden yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Ada banyak kerja kat resort tu, bu. Tak larat nak balik rumah." Balas Elena jujur. Iyalah, siapa je tahu rasa penat tu macam mana. Sebab itulah dia lebih prefer untuk stay kat resort je beberapa hari. Bila ada masa-masa terluang macam ni je dia boleh balik jumpa family tercinta.

"Hmm.. ayah dulu pun banyak kerja juga. Tapi ayah boleh aje balik setiap hari. Kalau tak balik pun, mesti dia bawa kita sekali menginap kat resort.." Ungkit Puan Afiyah bagi mengingatkan anaknya. Kerja, kerja jugak. Rehat tu janganlah lupa. Dia kat rumah ni pun bosan kalau tak ada anak-anaknya. Dia pun hairan anak lelakinya tu pun sama. Tak pulang ke rumah. Alasan yang diberinya, nak teman kakak. Ye ke tak, tak tahulah.

Elena hanya tersenyum. Malas lah dia melawan cakap ibu. Kan panjang pula cerita dia kat sini.

"Bu.." Ayden memeluk ibunya.

"Rindu ibu.."

Hairan Puan Afiyah.

Elena mencebik. Dia dah boleh faham sangat dah taktik adiknya tu. Bukan baru je dia kenal. Dah lama.

"Ini ada apa pulak ni. Peluk-peluk ibu ni. Mesti ada buat masalah lagi kan.." Teka Puan Afiyah.

"Tak adalah. Salah ke Ayden nak peluk ibu? Ibu tak rindu Ayden?"

"Hmm.. Ibu sentiasa rindu anak-anak ibu. Dah lah. Jom masuk. Ibu ada masakkan nasi lemak.." Puan Afiyah menarik kedua-dua anaknya masuk ke rumah.

"Ayah mana, ibu?" Tanya Elena yang sedari tadi menunggu kelibat ayahnya muncul. Ada hal yang perlu dia bualkan.

"Mana lagi kalau tak kat belakang rumah tu. Tengah bersihkan kebun buah dia tu lah.."

Memuncung mulut Ayden melihat masakan ibunya dihidang atas meja. Bukan selalu dia dapat makan masakan ibu ni. Biasanya, kakaknya yang masak. Tak pun, Mak Wan. Ha.. alang-alang dah sebut tu. Mana Mak Wan eh?

"Cari siapa, dik?"

"Mana Mak Wan, bu. Dari tadi lagi tak ada nampak. Biasa Mak Wan dah tercegat kat dapur ni.. Mana dia pergi hm?"

"Mak Wan balik kampung. Rindu kampung katanya. Itu yang ayah bagi cuti 2 minggu tu.." Jawab Puan Afiyah.

Mereka berdua memandang sesama sendiri. Seakan boleh membaca fikiran masing-masing. Adik-beradik kan..

"Bukan sebab ayah nak spend time dengan ibu ke.." Usik Elena Airis.

Terburai tawa mereka adik-beradik.

Tergeleng-geleng kepala Puan Afiyah.

"Kalau ye pun. Kenapanya?" Sampuk Tuan Khairul dari muka pintu dapur.

Terperanjat mereka yang ada di situ.

Tuan Khairul menanggalkan topinya lalu diletakkan di atas meja. Dia melihat lauk yang terhidang. "Wah, nasi lemak. Mesti sedap ni. Sayang masak untuk abang ye.." Kata Tuan Khairul niat ingin mengenakan anak-anaknya. Tangan mulus isterinya diusap-usap ke pipinya.

Ayden dan Elena sama-sama membuat muka. Masing-masing mengambil tempat untuk menikmati nasi lemak.

Puan Afiyah hanya mampu tersenyum melayan karenah mereka. Puan Afiyah menyenduk nasi lemak ke pinggan.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now