vi.

31 12 23
                                    

"Selamat pagi pakcik." Jaemin menyapa pakcik guard yang menjaga pintu pagar sekolah dengan ceria. Lain pula dengan Baedah yang sudah tersadai di sisi pondok guard, kepenatan setelah hampir 40 minit berjalan kaki menuju ke sekolah.

"Eh Baedah, kenapa ni, lesu je."

"Pakcik tak payah layan dia ni. Dari pagi tadi buat hal. Saya yang suci ni pun digelar pencabul. Kesian saya pakcik."

Baedah menjeling tajam kearah Jaemin. Kalau tak difikirkan dia masih lagi penat, sudah lama dia karate manusia itu.

Perlahan-lahan dia bangkit.

Nafas berat dilepaskan sebelum kaki melangkah tanpa arah tuju.

Sungguh blank otaknya pagi itu.

"BAEDAH NAK GI MANA TU?"

Langkahnya terhenti. Badannya dipusingkan, memandang kearah Jaemin.

"Kelas kau kat sana!"

"Ouh—"

Cepat-cepat Baedah melangkah.

"Piwit, good morning cantik." Terasa seperti ada tangan yang menyinggah diatas bahunya Baedah segera menoleh ketepi.

Wajah yang masam mencuka itu menjadi ceria serta merta.

"Hyunjun?"

"Kau ni tak pernah tengok muka aku ke?" Hyunjun memandang pelik kearah Beedah. Baedah hanya mengabaikan tatapan aneh itu, dia masih lagi mengagumi wajah kacak itu.

Serupa orang angau.

"Betulah Jaemin cakap, kau kena sampuk." Hyunjun menggeleng perlahan kepalanya lalu mengeratkan rangkulan pada bahu Baedah membuatkan gadis itu semakin rapat dengannya.

Baedah tersipu malu.

Crush 2D dia ada depan mata.

AAAAAAAAAAAA—



"Baiklah semua, sila duduk tempat masing-masing."

Kelas yang sunyi itu mula dipenuhi dengan bisikan-bieikan halus daripada para pelajar. Baedah yang khusuk tenung wajah Hyunjun yang duduk disisinya hanya mengabaikan keadaan sekeliling.

"Sampai bila kau nak tenung aku ni, aku tahu aku handsome."

Baedah tersipu malu. Jarinya menguis-nguis permukaan mejanya.

Baginya tak teruk mana dapat masuk komik. Untung heroin, dapat kawan handsome, kalau kena langgar truck-kun pun dia tak kisah asalkan dapat tatap wajah Hyunjun.

"Yang duduk dekat tepi tingkap tu kenapa, dah macam cacing kena goreng!"

Baedah segera menoleh kehadapan.

"Cikgu Sangyeon?"

"Bila masa aku jadi cikgu?"

Kelas yang berbisik-bisik tadi akhirnya bising dengan gelak tawa pelajar yang Baedah langsung tidak kenali.

Baedah memandang lama wajah lelaki yang berada dihadapan kelasnya itu.

"Muka dia nampak sama macam Cikgu Sangyeon  tapi nampak muda sikit." Bisik Baedah sendiri.

"Harini Cikgu Taehyung cuti, aku yang jaga kena jaga kelas ni. jadi jangan buat bising kalau taknak aku hantar nama kotang kat cikgu!" Laung lelaki itu membuatkan seisi kelas itu kembali sunyi.

"Hyunjun, dia siapa?"

"Baedah kau ni hilang ingatan ke macam mana, aku peliklah." Hyunjun berbisik sambil menatap wajah Baedah. Berkerut-kerut dahinya.

"Jawab jelah."

"Dia tu Lee Sangyeon, Ketua Pengawas paling tak beradab tahun ni."

Baedah memgangguk perlahan.

Komik yang berada dibawah meja dia keluarkan sebelum membuka semula mukasuarat character semula.

Lee Sangyeon.

pelahar tahun akhirketua pengawas

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

pelahar tahun akhir
ketua pengawas

"Kenapalah dia ni yang jadi main lead, cubalah buat Hyunjun ke..." Gumam Baedah perlahan sebelum menutup komik itu semula.

Malas sungguh dia nak sambung baca komik itu.


"Baedah." Panggil Hyunjun.

"Apa?"

"Kau siap dah kerja math?"

"Kita ada kerja math ke?"

Hyunjun mengeluh perlahan.

"Nah, copy aku punya." Buku latihan matematik ditolak perlahan kearah meja Baedah.

"Thank you."

"Dahlah handsome, pandai pulak tu." Terkumat-kamit mulut Baedah memuji Hyunjun yang berada disisinya.

Hyunjun hanya menggeleng perlahan, layankan aja perangai kawan baiknya itu.










tbc.

dreamlike . sangyeonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora