xiv.

28 11 35
                                    

"Oppa kat sini seramlah..."

"Oppa apa tu?!"

"Aaa ada cengkerik!"

Sangyeon menghembus nafas berat. Dari mula perjalanan mereka sehingga sekarang, mulut Juni tak henti-henti berbunyi.

Juni yang masih memeluk erat lengannya dia abaikan.

"Baedah kau pegang ni Baedah, malas dah aku nak pegang." Hyunjung menghulurkan torchlight kepada Baedah.

"Thank you my bro."

Dapat sahaja torchlight itu kepada Baedah, hampir semua kawasan dia talakan cahaya lampu.

"Uwu tengok tu Eunyoo."

"Eunyoo tengok tu—

"Eunyoo adaa poco—"

"Bisinglah kau ni Baedah!" Juni menutup telinganya dengan kedua belah tangan.

"Kau bising tadi aku tak marah pun!"

"Siapa suruh tak marah?"

"Kau ni—"

"Baedah Juni, cukuplah. Jauh lagi nak sampai kem ni. Takkan sepanjang perjalanan nak dengar korang gaduh?"

Sangyeon bersuara.

Baedah memeluk tubuh.

Juni yang mulakan!

"Oppa, mianhae."

Eunyoo derdecit kuat.

Nafas perlahan baedah lepaskan sebelum kembali menikmati pemandangan sekitar hutan pada malam itu.

"Cantik."

"Eh apa tu?" Soal Baedah sendiri sebelum memperlahankan langkahnya. Tanpa menghiraukan ahli kumpulannya yang lain, dia mula bertukar arah.

Baedah duduk mencangkung sebelum tangannya mengambil kertas yang berada diatas rumput itu.
Torchlight yang berada pada tangan kanannya dihalakan pada helaian kertas itu.

"Ni bukan ke—"

Torchlight pada tangan Baedah terlepas ke tanah. Kedua tangannya menggengam erat helaian kertas itu sebelum anak matanya melilau disekeliling hutan.

"Ma-macam mana boleh terkoyak ni?" Baedah menatap helaian komik yang tercabut dari bukunya.

"dia selalu ada dekat kau."

Baedah menggengam kuat helaian komik yang tercabut itu. Kata-kata Hyunjun pada minggu  lepas terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Jadi betulah, Hyunjun tak tipu."

"Hyunju—"

Baedah memandang kawasan dimana ahli kumpulannya berada sebentar tadi.

Kosong.

Tiada sesiapa.

"HYUNJUN?"

"EUNYOO?"

"Aku kena tinggal ke ni?"



"Baedah?"

"Baedahh?"

"Weh Eunyoo bukan Baedah belakang kau ke tadi?" Soal Hyunjun sambil menahan bahu Eunyoo yang semakin jauh kehadapan.

Eunyoo segera memusingkan badannya, melihat kebelakang.

Kosong.

Langkahnya terhenti.

"Ta-tadi Baedah ada kat sini!" Eunyoo menggaru kepalanya.

dreamlike . sangyeonWhere stories live. Discover now