RADEN'S | 1

72 4 4
                                    

Pin! Pin!

Bunyi hon dari jenis kereta Proton X50 kedengaran dari halaman rumah batu mewah. Aku menarik handbrake dan meleraikan tali pinggang menjerut tubuhku selama berjam-jam.

Dari dalam kereta lagi, Aku dah nampak dua wajah pasangan suami isteri. Aku tersenyum melihat riak wajah Tok Ayah dan Tok Bu kegembiraan menyambut kepulangannya di anjung rumah.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Cucu Tok Bu dah sampai!" teruja Hajah Ummu menyambut aku. Segera memeluk tubuh aku dengan erat sekali.

Aku pula mencium kedua-dua belah pipi Raden Ummu.

"Tok Ayah dan Tok Bu sihat?"

"Kami sihat alhamdulillah. Dani sihat? Macam mana perjalanan kamu ke sini tadi?" soal Tok Ayah – Raden Dhiyauddin.

"It was fine. Sebabtu Dani awal sampai. Kalau jalan jem atas highway tadi alamatnya Dani sampai malam lah rumah Tok Ayah Tok Bu ni" aku mengerling sekilas pada jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang tepat.

"Sudah sudah. Masuk dulu. Kesian cucu kita tengah lapar" Tok Ayah menggeleng kepala melihat isterinya masih belum puas mencium seluruh wajah aku. Aku tergelak kerana geli.

"Ha mari! Tok Bu masak banyak ni"

"Tak sabar Dani nak merasa masakan Tok Bu. Rindu sangat" ujarku sambil menggosok perut yang kempis dan tayang muka seposen.

Tanganku ditarik masuk ke dalam. Tak sempat aku nak ambil bagasi di boot kereta. Ah, nanti sajalah! Yang penting makan dulu. Ayuh!

"Tambah lagi Dani. Lauk banyak lagi" Tok Bu aku terus mencedok nasi putih ke dalam pinggan aku yang makin kosong.

Ni dah masuk 2 pinggan. Aku tak halang malah aku biarkan Tok Bu lakukan. Aku pun masih lapar lagi ni. Pekena pula masakan Raden Ummu, memang nikmat!

"Terima kasih"

Satu ketul ayam berempah, sesenduk gulai kepala ikan, dua sudu sambal petai dan ikan bilis serta sayur kailan masak ikan masin.

Semua lauk Tok Bu masak, semua kegemaran aku. Duduk di bandar bukan senang nak dapat lauk sesedap ini. Nak-nak yang murah.

Kalau dapat pun, mungkin sepinggan 20 lebih.

"Makan banyak-banyak, lepastu Dani pergi berehat dalam bilik arwah ayah ya. Tok Bu dah kemaskan tadi" ujar Tok Bu.

Aku mengangguk faham. "Buat susah je. Dani boleh kemas sendiri bilik tu. Bukan Tok Bu nak duduk situ" jawabku lalu menyuap nasi ke dalam mulut.

Setiap suapan, ada nikmat rasanya.

"Dani tak pernah balik sini kan, sebab tu Tok Bu kamu excited nak jumpa Dani. Dari semalam tau Tok Bu bersihkan bilik arwah ayah Dani. Sampai berkilat. Tok Ayah sendiri pun tak berani nak masuk" usik Tok Ayah mengundang gelakku.

Dalam hati aku simpati. Ye lah. Sudah 3 tahun berlalu aku langsung tak pernah jejak ke rumah ini. Bukan aku tak sudi. Ada sebabnya kenapa aku jarang jenguk Tok Ayah dan Tok Bu.

"Yang lain bila sampai?" soalku. Hanya aku seorang saja yang sampai. Hanya kami bertiga saja dalam rumah.

"Esok. Ikutkan perancangan asal, mereka balik hari ni. Tiba-tiba pula maklong kamu kata, mereka nak gerak esok pula. Hmm malas lah Tok Bu nak tanya" jawabnya. Nampak macam menyerah.

Aku angguk faham tanpa balas. Kalau dah itu kata putus dari orang sana, tiada sesiapa boleh bantah.

Mata aku teralih ke hujung dapur melihat begitu banyak bag plastik besar-besar di satu sudut. Pasti bahan-bahan masakan untuk kenduri doa selamat.

RADEN'S (OG)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang