*.✧𝑸𝑨𝒀𝑫𝑬𝑵'𝒔 2

190 7 0
                                    

"Assalamualaikum." Laung Harlyn sedikit kuat sambil tangan menekan lonceng. Kini dia berada di hadapan pagar rumah agam milik keluarganya.

"Waalaikummussalam."Selang beberapa saat tiba-tiba ada satu suara yang menyahut dari dalam. Pintu pagar automatik yang tadi tertutup kini dibuka dari dalam.

Harlyn yang melihat pagar telah dibuka itu, terus membuka langkah masuk ke dalam. Senyuman manis terhias di bibir munggilnya apabila sosok tubuh wanita yang telah berusia itu terhias di sistem penglihatannya.

"Mak Mah! Rindunya Harlyn dengan Mak Mah." Tubuh tua wanita itu didekati sebelum Harlyn menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.

Mak Cik Rahimah atau biasa yang dipanggil Mak Mah itu merupakan pembantu rumah keluarganya. Hubungan mereka sangat akrab dek kerana Mak Mah telah bekerja di situ sejak Harlyn masih kecil.

"Mah Mah pun rindu dengan budak sorang ni, dah jom masuk" Ajak Mak Mah setelah mereka berdua melepaskan pelukan. Tangan Harlyn ditarik lembut untuk mengikutinya.

"Papa dengan mama ada ke?" Soal Harlyn matanya mengerling ke arah setiap pelosok rumah itu. Hanya sunyi, tiada sosok lain yang ada selain Mak Mah.

"Datin dan Dato tiada, Dato ada urgent meeting. Datin pula keluar dengan Haura." Jelas Mak Mah kepada Harlyn. Sebelum pintu yang tadi nya terbuka kini ditutup semula olehnya. Harlyn hanya mengangguk sebagai tanda faham.

"Harlyn dah makan ke? kat dapur tu ada tomyam. Pergi lah makan lepastu naik rehat. Bilik kamu Mak Mah dah siap kemas" Wajah jelita Harlyn yang sedang duduk bersila di atas sofa itu dipandang . Harlyn mengangkat mukanya takkala perkataan tomyam menyapa sistem pendengarannya. Wajah Mak Mah di pandang dengan keterujaan serta senyuman lebar di bibir.

"Serious lah tomyam!? Mak Mah ni macam tahu-tahu aje yang Harlyn rindu dengan tomyam Mak Mah." Mak Mah hanya menggelengkan kepalanya melihat keterujaan gadis itu. Sudah lali dengan perangai Harlyn yang terlalu suka makan tomyam. Kalau makan hari hari pun takkan jadi muak bagi seketul Dennisa Harlyn.

"Iyaa, Cik gadis yang bernama Dennisa Harlyn tomyam is available here by chef Rahimah." Terhembur tawa kecil Harlyn terhibur apabila Mak Mah Mah mengenyitkan sebelah mata ke arahnya sambil bercekak pinggang. Ada sahaja lah gelagat lucu si Mah Mah ini

Tok! Tok! Tok!

"Harlyn, jom turun. Makan malam dah siap." Laung Mak Mah yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik Harlyn sambil tangan mengetuk pintu.

"Okey, kejap lagi Harlyn turun." Jawab Harlyn dari dalam bilik. seraya dia bangun dari duduknya.Telekung dan Sejadah yang tadi didudukinya kini diambil dan disangkut ke tempat penyangkut.

Satu per satu anak tangga dituruni oleh Harlyn. Ruangan meja makan dituju. Sampai sahaja di hadapan meja makan dia hanya memerhati ruangan meja makan itu sudah lengkap dengan semua ahli keluarganya yang berada di situ. Kerusi yang berada di sebelah adiknya iaitu Haura itu ditarik.

"Baru sekarang nak turun? baik tak payah balik kalau duduk terperap aje dalam bilik." Baru sahaja Harlyn melabuhkan punggung di kerusi tidak sampai berapa saat. Suara sindiran sudah menyapa sistem pendengaran. Dia mengangkat muka dan wajah mamanya di renung lembut.

"Maaf, Harlyn tertidur tadi." Ringkas sahaja Harlyn menjawab bersama senyuman nipis di bibir. Malas nak panjangkan isu, kalau jawab lebih nanti mesti akan tercetus pergaduhan.

Dia memang betul-betul tertidur tadi, selepas sahaja makan tomyam yang dimasak oleh Mak Mah itu dia terus naik ke bilik untuk berehat. Niatnya ingin baring merehatkan badan sahaja tetapi jadi terlelap pula.

"Cafe macam mana?" Dato' Azlan yang berada di sebelah Datin Izati itu mula menyoal setelah lama mendiamkan diri dari tadi.

"Alhamdulillah pa, semua ok." Jawab Harlyn lembut. Wajah Dato 'Azlan sempat dipandang sebelum dia menyedok nasi ke dalam pinggannya.

"Harlyn bila nak masuk office? Memang tak nak uruskan compony papa ke?" Lagi sekali suara Dato Azlan menghentam sistem pendengaran. Harlyn hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu, sebagai balasan untuk pertanyaan yang diajukan oleh papanya.

"Dia memang macam tu, tak reti nak bersyukur! Orang dah tawarkan benda yang baik bukannya nak terima." Laju sahaja suara Puan Izati membidas. Sempat dia menjeling Harlyn yang berada di sebelah Haura itu. Harlyn yang perasan akan jelingan tajam mamanya itu hanya diam menunduk. Nasi kembali disuapkan ke mulutnya.

"Sampai bila kamu nak uruskan cafe kamu yang bila-bila masa boleh bankrup tu? You know right, you can lose the cafe anytime as i want. In fact, papa boleh buat lebih daripada itu! Kamu jangan cabar papa." Kali ini, ton suara Dato' Azlan berubah semakin tegas. Wajah jelita Harlyn dipandang dengan mendatar.

"Haura kan ada, cukup lah dia aje yang uruskan. Can you Please stop control my life, pa? I'm freaking tired at all this! You know what pa, sometimes i got jealous when i saw other people who has same age of me can decide her life by own self. Please stop paa...You can't order me! Sampai bila-bila pun Haryn takkan. Harlyn dah besar, dah boleh decide sendiri. " Rayu Harlyn panjang lebar. Nadanya berubah kendur, dia penat tahu tak asyik didesak begini! Anak mata hitam pekat itu tunak memandang wajah Dato' Azlan yang tidak beriak itu tetapi di dalam hatinya dia sedikit terkelu dengan balasan drastik yang di berikan oleh Harlyn. Anak sulung perempuannya jarang bertindak sebegitu, kebiasaannya gadis itu banyak diam sahaja.

Harlyn memang tak berminat langsung dalam bidang business. Berbeza pula dengan adiknya, Haura yang meminati dalam bidang itu. Tetapi papanya tidak habis-habis mendesak, katanya dia ingin semua anak-anaknya menyambung legasinya. Selfish bukan? Sifat yang dari dulu tersemai dalam diri papanya. Selalu bertindak hanya untuk kepentingan dirinya sahaja.

"Tapi tak salah pun kan, kalau seorang anak itu balas jasa seorang ayah yang telah membesarkannya dari kecil hingga besar.Bukan berat sangat pun permintaan papa kamu itu." Sampuk Puan Izati sengaja mahu menambahkan api yang sudah marak itu.

"Tengok Haura ni, rajin masuk office bantu papa dia, tiada pun nak merungut bagi seribu alasan bagai." Haura yang mendengar pujian mamanya itu hanya tersenyum sebelum matanya mengerling ke arah Harlyn sebagai tanda mengejek.

Harlyn yang mendengar semua perlian pedas buat dirinya itu hanya diam sperti menghiraukan. Keluhan kecil dilepaskan. Tak habis-habis dengan haura, haura, haura, Nasi yang berada di mulutnya itu sedaya upaya ditelan. Tekaknya terasa tersekat. Nafasnya rasa sesak kerana hatinya sejujurnya terasa sebak dengan semua itu.

She act like she dont feel anything. But the fact is her heart already broke.

Selepas itu suasana di meja makan itu hanya sepi, tiada siapa lagi yang bersuara mahupun Dato' Azlan dia hanya menayangkan muka muka ketatnya. Marah mungkin selepas mendengar jawapan Harlyn drastik sebentar tadi.

Begitu lah situasi setiap kali makan bersama, yang banyak keluarkan suara pun hanya mamanya. Itupun bukan bertanya benda yang sepatutnya ditanya oleh ibu kepada anak yang jarang berjumpa, tetapi lebih kepada mencari kesalahan anaknya. Ada sahaja yang akan tidak kena dimatanya.

The UnforgettenWhere stories live. Discover now