*.✧𝑸𝑨𝒀𝑫𝑬𝑵'𝒔 13

111 5 3
                                    

"Aku tak nak double date dengan jantan annoying ini! Aku benci dia!" Terkedu Harlyn dengan kenyataan Nesya. Nasib baik Nesya hanya berbisik kepadanya bukan semua yang dengar. Harlyn masih lagi tidak dapat mencerna.

"Awak berdua, silakan duduk. Tak penat ke dari tadi berdiri dekat situ." Tegur Eiman sekaligus menyentakkan Harlyn dan Nesya. Setelah itu, Harlyn menarik salah satu kerusi dan punggungnya dilabuhkan di situ. Kedudukannya bertentangan dengan Qayden.

"Harlyn, aku nak pergi toilet sekejap tau." Bisik Nesya kepada Harlyn. Seraya itu Harlyn hanya menganggukkan kepala walaupun dia masih lagi hairan dengan situasi di antara Nesya dan Eiman. Wajah Nesya sekarang ini sangat tegang tetapi berbeza dengan Eiman yang hanya berlagak tenang.

Pinggir bibir Eiman ternaik sinis apabila matanya merenung bayang Nesya. Gadis itu bukan menuju ke toilet tetapi ke tempat lain.

"Saya pun nak pergi toilet jugak, korang dating lah ya." Pinta Eiman. Tanpa menerima sebarang balasan daripada Qayden mahupun Harlyn dia lebih pantas melangkah pergi dari restoran itu. Ada perkara lain yang harus dia lakukan. Terkebil-kebil Harlyn dibuatnya tetapi tidak bagi Qayden yang langsung tidak memaparkan sebarang reaksi.

Dan kini hanya tinggal mereka berdua di situ. Anak mata Harlyn naik merenung wajah tidak beriak Qayden. Lelaki itu hanya santai menyandarkan tubuh pada kerusi dengan tangan yang disilang ke dada. Harlyn menghela nafasnya perlahan.

"Awak tak order makanan ke?" Soal Harlyn dengan sedikit kerutan tatkala matanya melirik ke atas meja makan itu hanya ada dua cawan air dan sepinggan chicken chop milik Eiman.

"Kenyang." Balas Qayden sepatah menyebabkan Harlyn membentukkan bibirnya menjadi o.

"Ohh faham... ini mesti kenyang sebab tengok saya." Ujar Harlyn selamba tanpa berlapik menyebabkan Qayden mendengus kasar. Terletus tawa Harlyn dibuatnya. Dia saja nak bergurau.

"Tapi kalau awak tengok ni mesti awak jadi lapar balik." Pantas Harlyn membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai paper bag yang berada di kaki meja itu. Kemudian paper bag itu diletak di atas meja dan ditolak mendekat kepada Qayden. Terangkat alis mata lelaki itu dengan tindakan Harlyn.

"Bukalah cepat, tengok apa dalam itu." Harlyn mencebik apabila Qayden hanya merenung sahaja paper bag itu. Bebola mata Qayden bergerak merenung Harlyn dan paper bag itu bersilih ganti. Akhirnya, paper bag itu dicapai oleh Qayden. Makin melebar senyuman manis Harlyn tatakla melihat tindakan lelaki itu.

"Cheesecake?" Soal Qayden bersama kerutan kecil tatkala dia sudah membuka paper bag itu dan sebekas cheesecake dikeluarkan dengan perlahan sebelum diletakkan di atas meja.

"Hurm thanks." Ucap Qayden sebelum merenung wajah jelita Harlyn sekilas.

"Thanks aje? Saya penat buat– eh penat pergi beli tapi itu aje awak cakap." Kata Harlyn sambil dia berdecit perlahan. Hampir sahaja dia terlepas cakap tadi nasib sempat cover. Memincing mata Qayden merenung Harlyn.

"Lepas itu aku kena gelabah ke?" Soal Qayden agak dingin menyebabkan tawa kecil Harlyn terletus. Seraya itu,anak mata milik Harlyn naik merenung wajah mendatar Qayden.

"Saya gurau aje lah, itu pun nak ambil serius." Harlyn mencebik.

"Awak suka makan cheesecake eh?" Soal Harlyn sambil dia merenung Qayden yang sibuk membuka penutup bekas cheesecake itu. Qayden hanya sekadar mengangguk perlahan membuatkanHarlyn melorek sengihan. Muka aje beku tapi suka makan manis.

"Tapi kalau saya kan... Saya suka awak." Harlyn membidas laju menyebabkan Qayden tergamam. Anak mata coklat gelapnya menikam tepat ke dalam anak mata Harlyn. Gadis itu berani membalas tatapan Qayden sambil tersenyum lebar. Langsung tak nampak gugup.

The UnforgettenWhere stories live. Discover now