TUAN ANIQ 14

782 53 6
                                    

Arif buntu memikirkan masalahnya. Dia sungguh tidak punya wang untuk menyelesaikan baki hutangnya yang berjumlah RM 9000.

Lelaki durjana bernama Kelvin itu pula terus menerus mendesaknya agar melangsaikan hutang tersebut menggunakan adik perempuannya. Dia tidak mahu.

Sejahat apa pun dirinya, dia tetap menyayangi Aeyra. Mereka hanya tinggal dua beradik. Tiada lagi tempat bergantung Aeyra melainkan dirinya.

Namun, dia seorang abang yang teruk.

Arif merenung ceiling rumah sambil fikirannya menerawang mencari penyelesaian lainnya.

Sebentar tadi, dia melihat Aeyra pergi kerja seperti biasa. Namun, gadis itu terlihat galau. Tidak lagi bersemangat sepertimana di hari pertamanya.

Dia hanya menyedapkan hati yang adiknya itu cuma penat berkerja walaupun kadangkala dia agak risau kalau-ii Kelvin telah memulakan langkahnya untuk mendapatkan Aeyra.

Dia sebuah rumah teres dua tingkat pula, Tania keresahan. Berkali kali dia menjalankan ujian air kencingnya menggunakan alat yang berbeza beza jenama namun sama fungsinya.

Tania meramas rambut lebatnya yang kini kelihatan kusut. Dia hilang arah. Mesej whatsapp yang dikirim masih belum biru tanda ticknya.

Hal itu membuat dirinya menjadi semakin resah.

Riana mendekati Tania yang sedang duduk di counter island.

"Nia ada masalah?" tekanya. Anak gadis itu menggeleng. Kelihatan sugul dan muram. Wajah dan bibirnya kelihatan pucat.

"Nia nampak muram je kenapa? Selalu Nia tak macam ni." Riana menyentuh lembut bahu anak perempuannya itu.

"Takde apa lah ma... Nia cakap takda, takda la!" Tania merengus geram sebelum menapak meninggalkan ruangan tersebut.

Riana terkedu dengan tengkingan Tania. Tidak pernah-ii Tania bersikap kasar sedemikian. Apa ada salahnya di mana-ii yang membuatkan Tania marah kepadanya?

"Nia..." Riana cuba memanggil anaknya namun Tania hanya mengabaikan.

Riana mengeluh berat. Fikirannya terganggu dengan tindak-tanduk Tania yang lain dari kebiasaan.

Dia menoleh ke arah jam dinding yang setia berdetak setiap detik. Jam 6:30pm. Dia perlu menyediakan makan malam buat suaminya yang bakal pulang dari pejabat.

Riana terus bangun menuju ke ruangan dapur.



🌹



26 Disember 2022. Kelihatan kakitangan Holdings sudah pun tiba di sebuah hotel 5 bintang yang menjadi pilihan Aniq untuk mengadakan annual dinner.

Masing-ii kelihatan cantik dan segak dengan busana yang mengikut tema iaitu Glamour. Kebanyakan kakitangan lelaki memilih tuxedo manakala yang perempuan tidak terkira jenis baju mereka. Ada yang mengenakan gaun, ada yang mengenakan dress dan ada pula yang mengenakan crop top bersama skirt kembang.

Masing-ii kelihatan teruja dengan acara yang akan berlangsung sebentar lagi. Tidak lama kemudian, Aniq muncul. Lelaki itu kelihatan segak dengan tuxedo royal green. Mata-ii nakal kakitangan perempuan tertumpu pada Aniq.

Hampir kesemua mereka terpegun dengan Aniq manakala yang sememangnya berkerja di bawah Aniq hanya berlagak biasa.

Ya Aniq kacak tapi sayang sebab barannya melampau-lampau.

Aeyra mendecit apabila terpandang akan kelibat Aniq. Berbakul-bakul sumpah seranahnya terhadap lelaki tersebut.

"Boleh pulak sedondon dengan mamat bengong tu." Aeyra kelihatan sebal apabila bajunya dan baju Aniq memiliki persamaan rona warna.

Aeyra yang tadinya gembira dan berangan-angan seperti Cinderella kini telah pun memuncung. Gembiranya sudah berakhir.

"Cantiknya Aeyra." puji Imran sambil matanya merenung Aeyra tidak berkelip. Liurnya ditelan siksa. Nakal matanya memandang lekuk tubuh Aeyra. Akal fikirannya mula membayangkan pelbagai fantasi.

"Bukan kau cakap Aeyra hari-ii cantik ke?" duga Sarah lalu tersenyum simpul. Satu pejabat dah tahu yang Imran ada menyimpan hati terhadap Aeyra namun Aeyra asyiklah menafikan semua dakwaan tersebut.

Mungkin kerana Imran hanya memuji, memujuk dan cuba mengambil hati tanpa berterus-terang. Jadi, Aeyra hanya bersangka baik. Gadis itu tidak mahu cepat 'syok sendiri'.

"Aeyra memanglah hari-ii cantik! Betul!" Imran bersungguh.

"Tapi harini dia extra extra cantik macam bidadari kayangan." Imran mengeluarkan ayat-ii bucinnya.

"Diamlah Imran. Nak muntah dengar." Intan mencebik tanda meluat dengan pujian Imran yang dirasakan agak melampau. Kalau dia jadi Aeyra, sikit pun dia takkan rasa cair. Rasa nak terberak ada lah.

"Yela cantik, tapi cuba senyum sikit. Masam je memanjang. Kau janganlah nak jadi pak belang macam Tuan Aniq tu." tanpa segan silu Irdina mengkritik bos mereka.

"Ish taklah." Aeyra mendecit tanda menyampah mendengar nama Aniq disebut sebut. Rasa berbulu telinganya apabila perkara berkaitan Aniq dibahaskan.

Lelaki itu kini menjadi lelaki no 1 yang dibencinya. Dan semestinya Fiqkri lelaki no 1 yang dicintainya.

Aeyra dihurung perasaan resah. Resah memikirkan dirinya yang seolah olah menjadi hamba tebusan Aniq. Dia tidak dikurung. Tidak pula diikat namun dia berada di dalam genggaman lelaki itu.

Harus mengikut telunjuk tanpa bantahan. Ada juga dia berfikir fikira sekiranya dia membuat laporan polis, adakah nasibnya akan terbela? Atau mungkin pengaruh dan kuasa lelaki itu akan menyebabkan sebaliknya?

Izz Aniq Mikhael. Dia anak lelaki bongsu dan dia adik yang jauh berbeza dari abang-ii nya yang lain.

TO BE CONTINUE

Tuan AniqWhere stories live. Discover now