TUAN ANIQ 22

546 50 3
                                    

"Aeyra Aralyn..." sepotong nama manis itu meniti di bibir Aniq. Suaranya kedengaran mendatar. Tubuh Aeyra ditolak menjauhi dirinya. Gadis polos itu direnung tajam.

Sepasang mata bundar milik Aeyra merenung Aniq dengan penuh perasaan rindu dan sebak.

"Im your bos." Aniq mengingatkan status dirinya.

"So what?" Aeyra membentak. Dia kemudiannya meluru mendakap semula tubuh lelaki tersebut tanpa segan silu.

Aniq mengetap bibir. Fikirnya setelah meningkat dewasa, Aeyra berubah menjadi lebih sopan santun tapi dia silap! Gadis itu masih lagi pervert seperti dahulu! Suka menggoda dirinya.

"Eya... Stop it. Aku demam ni." Aniq bersuara perlahan. Sakit di kepala yang ditahan-tahan sejak tadi kini sudah tidak dapat dibendung lagi. Di perlukan rehat.

"Kejaplah. Eya rindu..." Aeyra merengek seperti anak kecil. Tercebik-cebik bibir munggilnya menahan sebak.

"Kau boleh tak jangan gatal sangat?" suara Aniq meninggi. Aeyra seperti sedang mencabar nafsunya. Kau fikir aku gay ke tak ada perasaan teruja bila dipeluk perempuan?

"Biarlah! Eya gatal dengan abang je!" Aeyra membela diri. Betul lah! Mana ada dia gatal dengan lelaki lain selain Faeyz Fiqkri.

"Lagipun! Sebelum ni abang pun pernah buat tak senonoh dekat Eya kan!" Aeyra merenung anak mata Aniq dengan tajam.

Terimbas semula peristiwa di pejabat. Aniq mengalih pandangannya ke arah lain.

Em tentang itu... Dia cuba ingin mengusik Aeyra. Tiada niat pun untuk merosakkan gadis tersebut.

"Tolong jangan cakap macam aku ni dah rogol kau... Aku tak buat apa-ii pun!" Aniq membela diri. Tubuh Aeyra cuba ditolak jauh namun dakapan gadis itu terlalu kuat.

Dia juga tidak mahu terlalu berkeras kerana risau gadis itu akan sakit. Tambahan pula, dia tidak mendapat rawatan selanjutnya berikutan kes mereka melarikan diri ke sini.

"Abang... Abang pergi mana? Eya cari abang merata-rata alam tapi tak jumpa..." Aeyra merenung Aniq meminta penjelasan lelaki itu melarikan diri.

Aniq terdiam. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Perlukah dia menceritakan apa yang telah Arif lakukan?

"Eya selalu doa supaya Eya jumpa abang balik. Eya tak pernah lupakan abang... Eya cintakan abang..." luah Aeyra tanpa berselindung. Kali ini dia bertekad untuk mengikat lelaki itu. Dia tidak akan mengalah pada sesiapa termasuk Tania!

Cukuplah dia tersiksa kehilangan Aniq bertahun-tahun. Hatinya sakit menahan rindu.

Aniq terkedu mendengar ucapan cinta dari bibir Aeyra. Gadis itu terlalu berterus-terang membuatkan dirinya pula yang berasa malu.

Aniq menelan liur.

"Eya nak kahwin dengan abang!" Aeyra menegaskan kenyataannya. Dia kemudiannya menjingkit kaki lalu mencium bibir Aniq sekilas lalu.

Mata Aniq membulat.

"Abang kau tak ajar jaga diri ke Eya?" Aniq membidas. Dia menyalahkan Arif yang tidak mendidik Aeyra dengan betul.

Heh! Macam mana nak didik adik sendiri kalau diri sendiri pun dah tersasar jauh.

"Tak. Abang tak ajar!" Aeyra mencebik.

"Kau tu perempuan! Malu lah sikit! Jaga maruah diri! Jangan jadi kacam Tania tuh!" Aniq berpesan seperti lagak seorang abang.

Aeyra hanya memekakkan telinga. Dia hanya endah tak endah dengan nasihat Aniq yang dirasakan tidak perlu.

"Eya nak abang! Tak kira! Eya nak abang jugak!" Aeyra berdegil.

"Habistu? Aku kena kahwin dengan kau sekarang ke?" Aniq menyinga apabila Aeyra masih enggan melepaskan pelukannya.

"Nak! Jom! Abang jom kita kahwin!" bola mata Aeyra kelihatan bersinar-sinar memandang Aniq.

Aniq mengeluh berat. Ya Allah... Kenapa budak ni jadi macam ni?



🌹


Aydan duduk di buaian halaman rumah sambil memantau anaknya, Darren yang sedang berlari-lari mengejar si adik, Daryna. Bibirnya mengukir menyuman nipis.

Sesekali menjaga anak dan memberi peluang kepada isteri untuk 'me time' apa salahnya kan? Hari ini, Alya dan adik-ii iparnya tiada di rumah. Katanya ingin ke spa, membeli-belah dan tengok wayang.

Aydan menoleh memandang anak-ii saudaranya yang lain. Kesemua mereka sibuk bermain dengan riang. Bila difikirkan, seronok lagi menjadi seorang kanak-ii berbanding dewasa.

Kanak-ii tidak perlu memikirkan masalah. Air mata pula jatuh disebabkan luka bukan kerana bebanan perasaan.

Aydan kemudiannya mencebik memandang adik-ii nya yang sibuk bermandi-manda di kolam. Mereka kelihatan senang meninggalkan Aydan berseorang menjadi babysitter.

Satu keluhan kecil terbit di bibir apabila fikirannya menerawang mengingati Aniq yang entah kemana menghilang.

"Ann tak cari Aniq?" sapa satu suara dari belakang. Aydan menoleh memandang Daniell dengan senyuman kelat.

Daniell kemudiannya duduk di sisi Aydan.

"Dia tak lari. Dia cuma perlukan ruang untuk tenangkan diri. Ann taknak desak dia sebabtu Ann biarkan." terang Aydan.

"Papa taktahu nak cakap macam mana. Papa dah bincang dengan mama tapi dia berkeras jugak. Dia tetap nak cakap dia betul." luah Daniell.

"Takpelah. Kita biar semua reda dulu. Tak boleh nak pujuk sesiapa sekarang. Semua tengah panas." ujar Aydan.

Daniell mengangguk setuju.

TO BE CONTINUE

Tuan AniqWhere stories live. Discover now