Fahrin menjatuhkan tandatangan yang terakhir pada dokumen rasmi tersebut. Setelah itu, dia menolak fail korporat ke arah Dahlia; pembantu peribadi syarikat.
"Terima kasih, tuan."
Fahrin menganggukkan kepalanya. Lantas, Dahlia meminta izin untuk keluar dari ruangan pejabat Fahrin.
Fahrin merenggangkan otot-ototnya. Lelah terasa. Sementelah lagi, projek banyak masuk semenjak dua menjak ini. Sampaikan kadang, dia pulang lewat ke villa. Nasib baiklah mummy serta daddy tak pernah bising.
Mata dipejamkan buat sesaat. Nyaris dia ingin terlelap. Waktu itu, kedengaran ketukan pada pintu oak kayu.
"Masuk!" laungnya kedengaran agak lantang.
Pintu terbuka. Wajah sahabatnya terpampang di situ.
"Ayd!" Sapanya mesra. Badan terangkat lalu dengan laju, dia berjalan ke arah Aydin. Mereka ber bro hug sebelum Fahrin mengajak Aydin melabuhkan duduk di sofa.
"Lama tak dengar khabar kau. Apa cerita sekarang ini?" soal Fahrin. Hampir sebulan dia tak bersua muka dengan Aydin. Tuntutan kerja memaksa mereka untuk tidak sentiasa meluangkan masa bersama.
Jika waktu zaman kuliah dulu, mereka ini bagaikan belangkas. Mana boleh dipisahkah mereka berdua. Brotherhood mereka cukup kukuh. Tambahan lagi mereka belajar course yang sama. Makin akrablah jawabnya.
"Dramatik! Baru sebulan tak jumpa." Aydin menayangkan wajah jengkel.
Tawa Fahrin terus saja pecah ke udara. Hey, sebulan pun dikira lama tau.
"Rindu." Tak beragak, Fahrin luahkan ayat. Aydin sudah menunjukkan gaya geli geleman.
Jijik! Hahahaha.
"Gila. Aku bukan gay. Jangan nak jadi kaum nabi Luth dekat sini."
Pecah ketawa Fahrin setelah itu. Wajah Aydin tiba-tiba sahaja menyeringai nakal. Ketawa Fahrin terhenti. Dah kenapa pula dengan Aydin ni? Kena sampuk?
"Kau kenapa pandang aku macam ni. Jangan jadi kaum nabi Luth dekat sini." Fahrin memulangkan paku buah keras.
"Kau rindu aku atau rindu adik bongsu aku ni?" Aydin menyerkap jarang. Serkap yang memang kena tepat pada batang hidung Fahrin.
Fahrin mengusap-usap belakang lehernya. Alah, Aydin ni. Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya-tanya pula.
"Jadi lelaki terakhir pula ke? Malu malu pula. Mengaku jelah."
"Yelah abang ipar. Rindu adik bongsu kau lah."
Pecah tawa Aydin. Geli hati mendengar balasan ayat Fahrin.
"Kan senang kalau kau mengaku macam tu. Takdelah menambah dosa cakap rindu aku," usik Aydin dan sekali lagi, tawa Fahrin pecah.
Ah rindunya dia pada insan yang bernama Ayla Zayra. Senyuman merekah di bibir apabila mengingati seraut wajah yang cantik itu.
"Minggu depan Ayla akan ambil STPM," beritahu Aydin walaupun jelas Fahrin tak bertanya.
Fahrin mengalihkan wajahnya kembali ke arah Aydin.
"Tahu. Aku dah set tarikh."
"Gila! Obses betul kau dekat adik aku." Aydin menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Bukan obses tapi caring. Kau kena tahu bezakan antara dua tu." Fahrin membetulkan kata-kata Aydin. Dia hanya ingin menutup hakikat. Yang sebenarnya, memang dia obseskan Ayla. Kalau tak, tak adanya dia pasang spy bagi mengetahui kegiatan seharian Ayla.
YOU ARE READING
Fahrin Mikael: Love and Addiction
RomanceSequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra