Bab 5

46 0 0
                                    

'La Tahzan ya Qaisara fallah dayiman bijanibik' lancar jariku menari di atas kanvas putih itu dengan memegang resam dan  menghasilkan kaligrafi jawi dalam kalimat bahasa arab yang bermaksud 'jangan bersedih Qaisara, Allah sentiasa disampingmu'.

Semasa tirai malam dilabuhkan dan di dalam suasana dingin, aku tidak tahu mengapa aku menulis kalimat ini sedangkan aku tidak berasa sedih. Tahu pula aku maksud kalimat bahasa arab. Nampaknya, aku sudah biasa menulis kalimat seperti ini suatu ketika dulu. Mahir juga aku bahasa arab ya. Terasa seperti pensyair arab pun ada. Aduh kuat beranganlah aku ni!

Kepalaku diangkatkan sedikit daripada tulisan itu untuk mengalihkan pandangan ke arah adikku, Qistina yang tiduk nyenyak di atas sofa yang empuk itu. Dia berbaju tidur lengkap satu set, berselimut tebal yang berwarna merah jambu dan berbantal empuk. Amboi, sedap betul ya kau tidur ucu. Siap berdengkur kuat lagi. Mentang-mentanglah esok dia cuti, boleh pula dia terlena di alam lain. Alam mimpi.

"Sara, boleh masuk tak?" kedengaran suara Azfar meminta izin untuk masuk ke dalam bilikku. Pintu diketuk sebagai tanda menghormati tuan bilik lalu pintu dikuak sedikit demi sedikit supaya aku perasan kehadirannya.

"Kejap,kejap saya pakai tudung sekejap" tudung sarung material cotton  yang berada di sebelah katilku terusku sauk untuk menutup aurat rambutku yang terdedah tadi.

"Dah boleh masuk"

Aku alihkan pandanganku ke arah Qistina. Ya Allah, terlupa pula aku yang Qistina juga tidak menutup aurat kepalanya. Rambut panjangnya yang halus itu terkeluar dari selimut merah jambunya. Maklumlah sudah lena dibuai mimpi, mana nak dihirau rambut semua. Apa aku nak buat ini?

"Eh kejap, kejap, awak tunggu dulu! Jangan masuk lagi" aku menahan pintu itu dengan kedua belah tanganku untuk menyekat Azfar masuk ke dalam bilikku.

"Oh ok..Baik Sara"

Aku meraba beg galas kecil adikku untuk mencari tudung sarungnya yang berwarna hitam lalu aku sarungkan separuh kepalanya. Asal menutup aurat sudah. 

Qistina menyapu mukanya apabila tersedar dari lena. Membuka kedua matanya separuh.

"Hmm..ada apa kakngah? Kenapa kacau ucu tidur?" soalnya dalam keadaan mamai.

"Abang Azfar datang!"

"Ha mana? mana? Astaghfirullah" Qistina bangun daripada posisi baring untuk berada dalam posisi duduk. Dia menarik tudungnya ke belakang sedikit untuk menutup keseluruhan rambutnya.

"Hmm..Boleh saya masuk ke?"

"Boleh" jawab kami serentak.

Azfar melangkahkan kakinya ke dalam bilikku dengan membawa sedikit buah tangan seraya tersenyum.

Dia letakkan buah tangan itu di atas meja yang berada di depanku dan dia berdiri di sebelahku.

"Awak dah ok sikit ke, Sara? Sorry tau datang malam-malam hari ni, tadi saya sibuk sikit" ucap Azfar dengan nada yang lembut dan memujuk.

"Alah takpelah. Lagipun, alhamdulillah sekarang saya  rasa macam ok sikit. Tak pening sangat, badan pun tak rasa lemah sangat. Esok dah pun nak balik" balasku untuk menenangkan hati Azfar.

"Hah.. Alhamdulillah...lega saya dengar"

"Amboi! tanya kak Sara je, Qistina dekat sini tak tanya pula?" Ada sahaja suara yang menyampuk.  Siapa lagi kalau bukan budak Qistina ni. Masa orang berasmara, masatulah dia kacau daun.

"Oh, ya Tina...my princess. How's your day, today? " 

Azfar layan adik aku sebiji macam puteri raja. Panggil pun princess. Apa yang Qistina minta, semua dia beli dan tunaikan. Makin mengada budak tu aku tengok. Maklumlah, Azfar tiada adik perempuan kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Ada pun abang angkatnya yang sentiasa merantau di luar negeri. Jumpa pun jarang sekali, tidak ubah seperti abang sulongku. Bezanya, abangku bekerja di luar negara, abangnya di luar negeri. Kerana itulah dia sayang sangat dekat aku dan Qistina.

Sepercik memoriWhere stories live. Discover now