'Aryan!!'
Seakan tersentak mendengar satu suara menjerit namanya, Aryan tersedar. Dia memandang ke arah kolam.
"Ya Allah!" Hanya itu yang keluar dari mulutnya sebelum dia menanggalkan sweatshirt hitam yang dipakainya dan terus terjun ke dalam kolam.
Sudah hampir separuh kepala Hanania tenggelam ke dalam air, namun tangan Aryan pantas memaut tubuh itu dan di tarik ke tepi kolam. Kedengaran Hanania terbatuk-batuk kecil memuntahkan air dari mulutnya. Aryan mengusap air yang sudah membasahi mukanya dengan telapak tangan sebelum pandangan matanya tiba-tiba terpaku.
Ya Tuhan... pemandangan indah apa yang sedang berada di hadapan nya ketika ini? Tiada lagi tudung di kepala gadis itu kerana telah tertanggal dan tenggelam ke dasar kolam.
Aryan tidak berkelip. Dia seolah-olah seperti terkena jampi. Bila pertama kali dia melihat Hanania tanpa tudung di kepala, hatinya berdebar hebat. Bersinar hitam pekat rambut itu yang panjang nya separas bahu. Beralun-alun di pukul air kolam yang berkocak kecil.
Hanania merasa sedikit lega selepas dapat menarik nafas untuk seketika. Dia membuka matanya perlahan kerana tadi matanya terasa pedih akibat terlalu banyak terkena air.
Dia tergamam! Dia memandang ke arah dirinya. Tangan sasa itu erat memeluk pinggangnya. Wajah yang hanya hampir beberapa inci saja dari wajahnya membuatkan Hanania merasa tidak selesa. Dia malu. Dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bertudung, nak-nak lagi malam ini dia memakai t shirt berwarna putih. Memang telah menampakkan apa yang tak sepatutnya di tunjuk di kawasan luar macam ni.
Sedar seperti Aryan merenung nya tanpa lepas, Hanania cuba merungkai tangan lelaki itu dari pinggangnya. Tapi tidak berjaya. Semakin kuat pula tangan lelaki itu memeluknya. Hanania cuba menolak dada Aryan supaya tidak semakin merapati dirinya. Dia meronta kecil. Dia nak keluar dari permukaan air kolam itu kerana dia merasakan sudah terlalu sejuk sekarang ini.
Yang lebih membuatkan dia merasa malu bila lelaki itu dengan selamba tidak berbaju memeluk dia.
"Awak tolong lepaskan saya!" Hanania memecahkan kesunyian yang menemani sejak tadi.
Aryan seakan terpukau. Tidak mempedulikan rayuan isterinya. Entah kenapa matanya semakin galak merenung ke arah bibir yang sedikit pucat dan bergetar itu. Jiwa lelakinya mula menginginkan untuk menjamah bibir itu. Berada dalam keadaan begini dengan perempuan yang basah kuyup macam ni, goyah juga nafsunya.
"Awak to..tolong lepaskan saya!" Hanania meronta-ronta.
Aryan tersenyum sinis. Ego mula datang menerjah. "Kenapa? Kau takut?" Dia semakin mendekatkan wajahnya ke wajah Hanania.
"Tolong lepaskan sa..saya. Saya nak tukar baju." Hanania merayu lagi.
Aryan tidak mempedulikan rayuan isterinya. Entah kenapa dia terasa seperti hendak pentingkan diri sendiri ketika ini. Alang-alang dah begini, tak salah kalau dia merasa sedikit. Lantas jari nya di bawa ke bibir Hanania yang masih bergetar dan di usap lembut.
Hanania tergamam dengan kelakuan Aryan. Lelaki itu masih tidak mahu melepaskannya. Malah semakin meliar tangan lelaki itu menyentuh bibirnya. Pandangan mata Aryan semakin tidak keruan dan semakin gelap.
"Awak bu... hmmmm!"
Tanpa kata bibir itu di pagut Aryan tanpa amaran. Hanania sudah tergamam dengan tindakan Aryan yang langsung tidak di jangka. Dia berusaha menolak dada bidang lelaki itu cuba untuk melepaskan ciuman itu. Tapi semakin Aryan menahan belakang tengkuknya membuatkan ciuman itu semakin dalam.
Hanania mengalah untuk terus melawan. Perlahan-lahan tautan bibir mereka dilepaskan. Hanania terus menunduk dan memejamkan mata. Dia rasa malu dan kecewa. Aryan mengambil kesempatan!
Aryan merenung wajah itu tanpa lepas. Senyuman di ukir puas. Dia mengangkat tubuh Hanania keluar dari permukaan air dan di duduk kan di tepi kolam. Hanania bingkas bangun dan terus berlari masuk ke dalam rumah tanpa mahu menoleh ke belakang. Dia benar-benar malu dengan kejadian tadi.
Aryan ketawa kecil. Dia melonjak badan nya naik ke atas dan duduk di tepi kolam. Perlahan bibirnya di sentuh. Jantung nya juga berdegup kencang tanpa dapat di kawal. Tapak tangan di lekap ke dada. Sungguh tak keruan rasa dadanya saat ini.
Dia bingkas bangun dan mencapai sweatshirtnya sebelum di sarung ke tubuh. Sekarang baru dia terasa sejuk menjalar hingga ke tulang. Dia segera masuk ke dalam rumah untuk mandi.
**********
Aryan menapak keluar dari bilik air. Bilik nya di pandang. Hairan! Dia tidak nampak pun kelibat isterinya. Dia tidur kat mana? Aryan terus mencapai seluar track berwarna putih sebelum dia membawa kaki turun ke tingkat bawah. Dia dapat agak mesti isterinya tidur di bilik Mak Biah.
Sejuk-sejuk macam ni tekak dia mesti nak minum air kopi panas. Kalau Mak Biah ada mesti dia akan minta Mak Biah tolong buatkan. Aryan tercegat di hadapan pintu bilik Mak Biah. Siapa lagi nak di suruh kalau bukan Hanania? Dah mereka berdua saja yang ada di banglo ketika ini.
Daun pintu di ketuk. Hanania yang sedang menyisir rambutnya yang basah menoleh ke arah pintu. Tudung di capai dan dia melangkah ke pintu. Tombol pintu di pulas perlahan. Dia menjengok sedikit kepalanya keluar. Terkejut bila melihat wajah Aryan yang sudah terpacak di depan pintu. Hanania menunduk. Dia masih malu dengan kejadian tadi. Baru nak cuba lupakan kejadian tu malam ni supaya esok dia takkan ingat lagi, namun tak sampai beberapa jam lelaki ini ketuk-ketuk pintu pulak tiba-tiba tak tahu apa tujuan dia datang sini.
Aryan berdehem beberapa kali. "Hmmm.. tolong buatkan aku kopi o panas." Itu saja yang terpacul dari mulutnya sebelum dia terus berlalu ke ruang tamu. Remote tv dicapai dan mencari siaran yang hendak di tonton.
Hanania melangkah malas menuju ke dapur. Mak Biah... balik la cepat.. Hati nya berdebar saja. Berapa lama lagi nak kena berdua macam ni. Terasa nak saja balik ke rumah ibu sampai habis masa sebulan ini. Sungguh dia rasa tidak sanggup nak menghadapi hari esok berduaan dengan lelaki itu dalam rumah ni.
Abg Aryan dh buat org blushing ☺
To be continue..

ESTÁS LEYENDO
Selaut Cinta Untuk Dia (Complete)
RomanceAryan Rafiq.. ketampanan seiring dengan egonya. Pewaris empayar besar Tan Sri Nordin. Baginya.. cintanya hanyalah untuk Marsha, model jelita yang menjadi rebutan para lelaki 1 Malaysia. Kebanggaan nya kerana berjaya memiliki wanita itu. Namun, hanya...