Bab 18

7.5K 188 1
                                    

Sudah 2 hari Hanania bermalam di rumah ibunya. Mengenangkan esok hari terakhir dia di sini, dan terpaksa kembali semula ke banglo itu membuatkan hatinya walang. Entah kenapa kosong saja perasaan nya ketika ini. Ikutkan hati memang tak mahu balik ke sana lagi. Malas nak berdepan dengan Aryan yang tidak dapat di jangka sikap lelaki itu.

Bunyi hon di luar rumah menyentakkan Hanania yang sedang jauh termenung di ruang tamu. Dia mencapai tudung sarung yang memang sentiasa disedia ke mana-mana. Dia menyelak langsir dan mengintai di sebalik tingkap. Siapa pulak yang datang tu?

Puan Noriza yang berada di dapur mendengar bunyi hon kereta segera menghampiri anaknya yang asyik terintai-intai di sebalik tingkap.

"Siapa tu Nia?" Dia juga turut bersama anaknya mengintai untuk melihat siapa di luar sana.

"Entah la bu. Nia tak kenal kereta siapa tu. Ada orang tempah cupcake dengan ibu ke?" Hanania memandang ibunya.

"Eh ibu takde pulak ambik sebarang tempahan untuk 3 hari ni. Takpe ibu pergi tengok kejap siapa tu."

Daun pintu dikuak dan Puan Noriza melangkah keluar menghampiri ke arah pagar besi.

Kelihatan seorang pemuda berkaca mata hitam melangkah keluar dari kereta seraya tersenyum menghampirinya. "Assalamualaikum makcik." Sapa Haizam ramah sebelum menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya.

"Waalaikumussalam. Nak cari siapa ye?" Soal Puan Noriza kerana dia tidak kenal siapa anak muda di hadapannya ini.

"Saya Haizam kawan Nia masa study kat UMS dulu. Suami Nia tu sepupu saya." Jelas Haizam bila dia melihat wajah wanita dihadapannya ini sedikit berkerut.

"Oh yeke. Makcik tak kenal pulak sebab tak pernah nampak. Eh jemput la masuk. Ni nak jumpa Nia ke?" Soal Puan Noriza lagi.

Haizam mengangguk. Dia membuntuti Puan Noriza masuk ke dalam rumah. Sneakers putih yang tersarung di kakinya di buka.

"Siapa tu bu?" Soal Hanania yang muncul dari arah dapur.

Terkejut bila dia melihat Haizam sedang tersengih memandang ke arah nya. Macam mana Haizam tahu lokasi rumah nya ni. "Err abang Zam. Macam mana abang Zam tahu rumah Nia ni?"

"Eh jemput duduk dulu Haizam. Borak la dulu dengan Nia. Makcik ke dapur dulu." Wajah anaknya di kerling sekilas sebelum dia berlalu ke dapur.

Hanania hanya membalas dengan senyuman kecil bila melihat kerlingan mata ibunya tadi. Kemudian dia mengalih pandang ke arah Haizam yang baru melabuhkan duduk bertentangan dengan nya. "Abang Zam belum jawab soalan Nia tadi.."

"Semua maklumat di hujung jari sekarang ni Nia." Haizam tersengih. Wajah Hanania di pandang.

Hanania mengecilkan mata sebelum dia tertawa kecil mendengar jawapan bersahaja dari lelaki itu. "Ada apa abang Zam datang sini? Hujung-hujung minggu tak keluar dating ngan buah hati ke?" Usik Hanania.

"Siapa la yang nak kan abang Zam ni. Bukan jejaka idaman malaya katakan." Haizam berseloroh.

"Hishhh takkan la takde buah hati. Orang hebat macam abang Zam ni sekali petik memang berduyun-duyun yang datang tu. Abang Zam memilih sangat kot."

Haizam gelak sambil menggeleng kepala. 'Kalau la kau belum menjadi isteri orang, memang kau la orang nya yang aku pilih'. Hati nya bermonolog sendiri.

Muncul Puan Noriza dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air kopi dan sedikit kuih muih. Hanania mengambil dulang dari tangan ibunya dan menghidangkan kepada Haizam. Puan Noriza melabuhkan duduk di sisi anaknya. Dia bukannya apa, anaknya itu berstatus isteri orang. Memang tak manis kalau di lihat orang duduk berjumpa dengan lelaki lain.

"Jemput la minum abang Zam." Pelawa Hanania.

Haizam mengangguk sambil mencapai cawan kopi dan di sisip perlahan. Wajah Puan Noriza di pandang sebelum dia berdehem kecil.

"Err makcik, kalau makcik izinkan boleh tak kalau saya ajak Nia keluar hari ini?"

Hanania yang sedang mengunyah kuih tersedak mendengar kata-kata dari Haizam. Wajah Haizam dipandang bersilih ganti dengan wajah ibunya. Haizam ni tiba-tiba aje nak dia keluar apehal. Dah la dia memang malas nak keluar ke mana-mana hari ini. Nak habiskan sepanjang hari ni kat rumah ibu je.

Puan Noriza tersenyum. "Kalau keluar berdua makcik tak benarkan. Kamu pun tau Nia ni isteri orang. Tak manis kalau orang tengok." Jelas Puan Noriza supaya anak muda itu faham.

"Ah ye ye makcik. Saya faham. Makcik jangan risau saya ajak adik perempuan saya sekali nanti ikut. Nanti saya bagitahu Aryan sekali." Haizam memandang Puan Noriza berharap wanita itu berlembut hati.

Puan Noriza jeda seketika sebelum mengangguk perlahan. Asalkan bukan keluar berdua.

Alah ni yang malas ni! Hanania sudah mengeluh dalam hati.

****

Selalunya kalau hari Sabtu macam ni Aryan lebih suka melepak di kondo nya saja. Tapi sekarang ni dia tak rasa nak balik kondo. Dia nak balik ke banglo keluarganya. Banglo yang sepi dipandang kosong saja. Terasa bosan setelah seharian berada di banglo tanpa buat apa-apa. Lama lagi la nak tunggu mama dengan papa nya balik. Jangan nanti mereka extend lagi percutian tu sudah la. Maklum la mama dengan papa nya nak honeymoon di kala meniti usia senja ni. Itu la yang selalu di guraukan oleh Tan Sri Nordin kepadanya. Aryan tertawa kecil bila mengenangkan kata-kata papanya.

Aryan melangkah keluar menuju ke taman bunga Puan Sri Mariam. Bunga-bunga di situ di pandang. Hai la bunga dah 2 hari korang tak mandi ni. Aryan mencapai hos serta membuka pili air. Taman bunga di siram sehingga rata. Tak pernah-pernah dibuat nya kerja-kerja menyiram bunga ni.

Setelah berpuas hati dengan siramannya, Aryan melangkah ke arah pili air untuk menutup paip. Dia berpaling. Matanya terpandang ke arah kolam renang yang berada tidak jauh dari situ. Seketika dia terimbas kembali kejadian di mana pertama kali dia telah menyentuh bibir isterinya. Dia melirik senyum simpul sebab jari di bawa menyentuh bibir nya perlahan.

Arghh sebut nama gadis itu, tiba-tiba perasaan rindu menerjah hati. Dah 2 hari gadis itu berada di rumah ibunya dan selama itu juga lah dia tetap dengan egonya untuk tidak ambil tahu langsung akan keadaan dan khabar Hanania.

Dia cuba untuk menafikan perasaan yang dia rasa ketika ini. Dia hanya cintakan Marsha! Apa khabar kekasih hatinya itu? Sejak balik ke Switzerland sudah hampir seminggu susah benar hendak dihubungi. Sibuk benar kah?

Betul ke Marsha tu sibuk Aryan? Jgn percaya sgt tau..

To be continue..

Selaut Cinta Untuk Dia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang