BAB 2

42 5 0
                                    

𝑩𝑨𝑩 2

PINTU BILIK ALVIRA dibuka perlahan lahan oleh Antonio. Abang kembarnya. Antonio melihat adik nya yang sedang tidur nyenyak. Dia berjalan membuka langsir bilik itu.

"Good morning , my little sunshine." Antonio dengan gembira menyapa Alvira. Alvira tersenyum melihat Abangnya.

"Good morning too , my twin Brother." Balas Alvira sambil mengeliatkan badannya. Antonio mengemaskan katil adiknya.

"Abang ni , adik boleh buat sendiri lah. Jangan susahkan diri buat semua tu." Tegur Alvira melihat Abangnya mengibas bantal.

"Bukan susah pun." Balas Antonio dengan ringkas. Alvira tidak mampu berkata apa.

"Abang." Panggil Alvira. Antonio menoleh melihat adiknya.

"Tak apa lah. Adik nak mandi." Ujar Alvira berjalan ke bilik airnya.

"Jangan lambat. Jumpa dekat bawah." Kata Antonio dan berjalan keluar. Alvira mengangguk kepalanya.

"Dah bangunkan adik kamu Antonio?" Tanya Umi Adriena meletakkan lauk diatas meja.

"Sudah umi." Balas Antonio dengan singkat.

"Hai semua." Ujar Alvira dan turun dari tingkat atas.

Mereka menjamu sarapan pagi yang disediakan oleh Puan Adriena.



"ADIK LEPAS NI nak kerja apa?" Tanya Ayahda Axel dengan tenang. Alvira memandang ayahdanya.

"Adik belum buat perancangan lagi." Balas Alvira meramas kedua tangannya. Gugup mungkin? Antonio duduk disebelah adiknya.

"Apa kata adik kerja dengan Ayahda. Jaga syarikat Ayahda." Ujar Ayahda Axel memberikan cadangan.

Antonio melihat tangan adiknya. Shaking. Dipegang tangan adiknya. Alvira melihat Abangnya dan membiarkan.

"Adik ok jer." Balas Alvira dengan singkat. Ayahda Axel mengangguk dan bangun.

"Ayahda nak ke taman. Nak lihat umi kamu." Ujar Ayahda Axel meninggalkan kedua kembar itu.

"Relax. Tarik nafas , hembus dengan perlahan lahan." Arah Antonio dan Alvira membuat perkara itu.

"Tenang adik." Antonio berkata dengan lembut. Diusap ubun ubun adiknya. Menenangkan hati adiknya.

"Abang." Panggil Alvira. Antonio menoleh melihat adiknya.

"Kenapa?" Tanya Antonio.

"Kalau adik tak ada nanti , abang sedih tak?" Tanya Alvira secara tiba tiba. Terhenti tangan Antonio yang mengusap rambut adiknya.

"Mesti lah abang sedih. Semua orang sedih." Balas Antonio menghela nafas berat.

"Kenapa adik tanya?" Antonio melihat wajah Alvira.

"Tak ada apa. Saja jer." Balas Alvira sambil tersenyum manis.


ALVIRA XAVIERA AURALIE keluar bersiar siar di tepi pantai. Memandangkan hari ini abang kembar nya kerja , umi dan Ayahda nya pula keluar berdua. Dating lah katakan.

"Seorang?" Tegur seorang lelaki kepada Alvira. Alvira menoleh melihat lelaki itu. Tegap.

"Tak. Ada malaikat sebelah kiri dan kanan saya." Alvira menjawab dengan tenang. Lelaki itu mengangguk kepalanya.

"Tak takut kene culik?" Tanya lelaki itu lagi. Alvira sudah rimas dengan lelaki itu.

"Awak ni boleh ta-" mulutnya rasa ditekup dengan kain. Alvira mengerang mahu dilepaskan. Malangnya kain itu diletakkan dengan satu cecair.

Didukung tubuh itu dengan berhati hati dan masuk ke dalam kereta.

"Tuan , dah siap." Ujar Lelaki tadi kepada majikannya.

"Hey , my Darling. Cantik kau ni." Ujar Haleeq menilik wajah Alvira. Tersengih Haleeq seorang diri.

Kereta yang dipandu oleh anak buahnya dibawa ke satu Villa tersorok.

"Selamat kembali , Tuan." Ujar Pengawal Villa tersebut. Haleeq mengangguk kepala.
Tubuh Alvira diletakkan diatas katil.

"Tidur nyenyak , my Darling." Kata Haleeq separa bisik di sebelah telinga Alvira.

TBC!!

𝐓𝐇𝐄 𝐔𝐍𝐓𝐎𝐋𝐃 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 𝐔𝐒 [ C ]Where stories live. Discover now