BAB 3

39 5 0
                                    

𝑩𝑨𝑩 3

MATA HAZEL MILIK , Alvira terkebil kebil memandang syiling putih. Dia bangun melihat sekeliling. Bukan tempat nya , bukan biliknya. Bilik yang dia berada sekarang bagai istana. Mewah sekali.

TOK , TOK

Pintu bilik itu di buka. Seorang wanita separuh usia masuk kedalam bilik itu.

"Maaf , Mak mah ganggu Tuan Puteri ker?" Tanya wanita separuh usia itu. Alvira mengerut dahi. Pelik akan gelaran yang diberi oleh wanita itu. Tuan Puteri?

"Saya dekat mana?" Pertanyaan berbalas Pertanyaan. Mak mah tersimpul senyum.

"Mak mah." Tegur satu suara garau. Mak mah toleh kebelakang dan menunduk sedikit kepalanya. Lelaki itu menunduk kembali.

"Biarkan saya berdua dengan dia." Kata Haleeq kepada Mak mah. Wanita itu pun keluar dari bilik itu.

"Kenapa saya ada kat sini?" Tanya Alvira dengan pantas. Haleeq tersenyum manis.

"Sebab aku bawa kau kesini lah." Balas Haleeq dengan tenang. Saja ingin mengusik gadis itu.

"Kenapa bawa saya kesini? Saya nak balik." Alvira berura-ura ingin bangun. Haleeq menahannya.

"Hey , sekejap. Macam mana kalau aku kata aku culik kau?" Haleeq tersenyuman manis lagi dengannya. Alvira sudah kelabah.

Alvira berlari pantas keluar dari bilik. Turun ke bawah. Sedangkan Haleeq? Masih santai turun dengan tenang.

Alvira keluar dari Villa itu. Kosong! Tiada jalan raya! Malah disitu lapang! Kawasan Villa itu berpagar. Pengawal ramai disitu. Wahal mereka mengawal sekeliling Villa itu.

Dikawal dengan ketatnya! Ada peluang ke untuk dia keluar?

"My Darling? Dah, sampai luar dah? Masuk lah, panas berdiri di luar situ." Pujuk Haleeq melambai tangan kearah Alvira. Alvira menelan air liur. Kesat. Takut.

Satu saja soalan yang muncul di benak otaknya.

Adakah dia akan selamat dengan Lelaki ini?


MEJA MAKAN SUNYI , tiada mulut yang membuka kata. Banyak sebenarnya soalan yang Alvira mahu lontarkan. Begitu banyak! Tetapi apakan daya , perasaan takut sekarang ini menguasai dirinya.

"Sayang , kalau mahu tanya. Tanya saja lah." Kata Haleeq dengan lembut menegur Alvira. Alvira tampak masih takut. Itu membuatkan Haleeq menghela nafas berat.

"Aku tahu apa yang aku buat ini salah. Aku masih waras dan sedar apa yang aku lakukan." Ujar Haleeq. Namun, tiada balasan yang keluar dari mulut Alvira.

"Begini lah kita buat perjanjian. Kau mahu?" Tanya Haleeq. Alvira masih berdiam yang membuatkan Haleeq sekali lagi menghela nafas.

"Tolong lah jawab. Aku tidak bercakap dengan dinding bukan?" Tegur Haleeq. Alvira akhirnya membuka mulut.

"Kenapa culik saya?" Itu soalan yang keluar dari mulut Alvira. Haleeq mengangguk.

"Sebab aku obses dengan kau." Balas Haleeq dengan tenang. Dia duduk bersandar di sofa. Meregang kan segala ototnya.

"Obses? Dengan perempuan yang tak sempurna macam saya ni?" Soalan yang dilontarkan oleh Alvira.

"Tak sempurna? Kau fikir aku? Sempurna ke? Jangan cakap tentang sempurna Alvira. Semua makhluk di atas muka bumi ni semuanya tak sempurna. Termasuk aku." Haleeq mula berhujah. Alvira terdiam. Haleeq bangun dari duduknya. Alvira tersedar dan terus membuka langkah untuk berlawan.

"Wohh! Hold up, girl. Come on! Jangan takut sangat." Haleeq mengeluarkan keluhan. Dia bercekak pinggang dihadapan Alvira.

"Ok , let's make it clear. Aku tak ada senjata atau benda tajam untuk cederakan kau. Look , I have nothing in my pocket. Kecuali ada duit. My dompet. That's it." Terang Haleeq mengeluarkan dompet duitnya.

"Apa aku kesah dengan duit kau! Aku nak keluar dari sini lah!" Balas Alvira dengan suara yang lantang.

"Aku ingatkan perempuan nak duit je. Rupanya aku salah tafsir." Ujar Haleeq melihat isi dompetnya. Tebal. Mampat. Tidak banyak warna. Hanya ada warna purple sahaja.

"Tak semua perempuan nak duit! Kau ingat aku ni perempuan yang gila kan duit? Aku kesah lah semua tu." Balas Alvira dengan tegas. Bila bila masa saja penumbuk boleh melayang dimuka Haleeq.

"Kau nak aku buat apa untuk jadi lelaki kau?" Tanya Haleeq dengan keyakinan yang dia ada.

"Kalau betul kau nak jadi lelaki aku. Lepas kan aku dari sini. Aku nak balik rumah aku." Balas Alvira.

"Boleh. Tapi dengan syarat , kalau kau tak jadikan aku lelaki kau. Aku akan kurung kau dekat rumah ni. Tinggal dan duduk dengan aku. Hadap aku 24 jam." Haleeq menyangkan muka bangganya. Alvira tidak menjawab apa apa.

"I take your silence as a yes." Ujar Haleeq dengan tersenyum manis.

"Qriys!" Jerit Haleeq dengan kuat.

"Sediakan kereta." Arah Haleeq tanpa melihat Qyris sebaliknya dia melihat wajah Alvira.

MANSION TUAN AXEL tersegam indah. Kereta yang dipandu Qyris itu sunyi di dalamnya. Haleeq hanya memandang keluar tingkap. Alvira? Hanya membuang muka melihat ke tingkap juga.

Sampai saja dihadapan Mansion Tuan Axel itu , Alvira hendak membuka pintu. Tangannya terhenti apabila satu suara menegurnya.

"Ingat apa aku kata dekat rumah tadi. Aku akan datang balik selepas sebulan." Tegur Haleeq. Alvira hanya beriak biasa dan keluar.

"Assalamualaikum!" Laung Alvira dari pintu pagar selepas melihat kereta Haleeq sudah meluncur pergi.

"Adik! Lambat balik. Abang risau tahu tak? Adik, ok? Tak ada apa cedera?" Soalan dari Antonio bertubi keluar.

"Adik ok abang. Jangan risau. Mari , masuk." Alvira menggapai tangan abangnya dan masuk kedalam. Penat sungguh harini.

"Adik pergi mana? Nasib Ayahda dan Umi dah tidur." Tanya Antonio lagi setelah masuk ke dalam rumah.

"Adik pergi , mall. Cari barang." Ujar Alvira berbohong dengan Antonio.

"Mall? Mana barang nya?" Tanya Antonio lagi. Dilihat sisi adiknya.

"Yeah , mall. Adik tak dapat cari barang tu." Balas Alvira dengan yakin. Debaran cuba disorokkan.

"Adik nak naik bilik lah. Penat ni." Pamit Alvira dan naik ke atas. Tinggal Antonio sendiri di ruang tamu.

"Kenapa aku rasa Adik macam ada sorokkan sesuatu? Atau perasaan aku jer?" Gumam Antonio bertanda tanya. Dia pun akhirnya naik ke biliknya.

Malam pun sudah tua.

TBC!!

𝐓𝐇𝐄 𝐔𝐍𝐓𝐎𝐋𝐃 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 𝐔𝐒 [ C ]Where stories live. Discover now