Bab 2 🌹

11 1 0
                                    

Sebaik sahaja melangkah kedalam ofis, Aku melihat ramai orang sedang berkumpul didepan bilik Chief of staff 'Apa yang ramai sangat tu?' Bisikku dalam hati.

"Alright people,You're new COS is... Hareth Akasyah!" Bosku eh salah bos 'lama' ku berkata. Siapa pula lah COS baru kami ni sudah tiga kali kami bertukar Chief of staff, Harap yang ini akan bertahan lama amin. Gerangan yang diumum tadi tiba-tiba muncul dari belakangku, "Hello people, I'm hareth as you already know. I hope we can work together" Dia menolehkan pandangannya kearahku sebelum matanya sedikit ternaik tetapi dia cepat mengawal riak wajahnya sebelum dia buat-buat tidak kenal.

'Ei dahla datang tah dari mana! Lepastu buat tak kenal pulak' tetiba rasa wap-wap panas naik ke muka. "Now everyone,get to work" laju semuanya bergegas membuat kerja harian mereka seperti biasa.

"Hui kau nak tahu tak?" "Astaghfirullah! Kau ni zetty.. bukannya nak bagi salam ke apa,main tergah je" Ha.. kan tak pasal-pasal kena sedas dengan aku. "Sorry lahh" habis digaru-garu kepalanya,
Zetty adalah antara satu-satunya orang Malaysia disitu termaksudlah diriku sendiri. Zetty kawan kesayanganku ini memang masuk air sikit, Ada aje lawak jenaka yang dilontarnya atau perkara yang kurang bijak dilakukannya. "Apa yang kau nak cakap tadi?" Aku bertanya sejurus sahaja aku duduk di tempatku.

"Aku dengar..ada orang kata bos baru kita ni anak CEO syarikat ni!" Tiba-tiba saja dia menjerit kecil pada hujung ayatnya. "Perlahanlah sikit kau ni..kalau dia dengar macam mana?" Aku mendengus perlahan, geram dengan sikap tak ingat dunianya. "Apa masalahnya kalau dia anak Big Boss?" Tak faham betul aku dengan perangai kawanku yang seorang ini, "Yalah masa ni lah kau perlu bersinar! Mana tahu ada jodoh? Kau kan dah lama membujang" Dia senyum sinis kearahku. Memang taklah aku nak goda Mr.Grumpy pants tu! Bila mengingatkannya hati terus rasa membara-bara penuh amarah, Apa namanya? Har.. Hareth? Haa ya ya.

"Woi..Woi! Aku baru bagi cadangan kau dah mengelamun awal-awal?" Dia tutup mulut menahan geli hati, "Eh kau,mentang-mentang dah bertunang kau gelakkan aku ye?" Aku bertanya muka dah serupa Donald duck sebab memuncungkan bibir,merajuklah kononnya. Apa salahnya manja-manja dengan kawan sendiri?

Akhirnya,Tiba juga waktu makan tengah hari. Zetty keluar sedikit lewat dariku atas sebab kerjanya yang belum siap. Kami berjanji akan berjumpa disebuah Café berhadapan dengan StarNight Entertainment,Aku dan zetty ni memang boleh dikira pelanggan tetap di Café itu, makanannya enak! Tambahan pula murah dan dekat,memang hari-hari la kami kesini. Tengah aku berangan-angan tiba-tiba terasa badanku basah... Ya allah! Siapa pula langgar aku ni!

"What the.." Aku dengar suara itu berkata, hmm macam pernah dengar..
Cepat-cepat aku mendongakkan kepala keatas untuk mendapatkan kepastian. HAH memang dia! Kenapa la aku selalu jumpa dengan mamat ni pada masa-masa macam ni! Habis basah berjeruk baju blouse putih ku, Terkena kopi pula tu! Memang kena sental pakai Clorox la jawabnya

"Are you blind? Awak tak nampak ke badan saya yang sebesar alam ni?" Eh mamat ni,dia yang langgar aku pulak yang salah! "Awak yang langgar saya! Saya duduk tepi pintu tunggu awak keluar" aku membalas,tangan disilang di atas dada. "Habis baju saya! Sekarang baru tengah hari,ada separuh hari lagi untuk kerja,takkanlah saya nak pakai blouse kotor ni!" Aku membebel panjang-panjang supaya dia faham.

"Not my problem" Dia menjongketkan sebelah bahu. Senang-senang je kau ye? Haa dah keluar dah ayat gangster kampung masa sekolah menengah dulu. "You can't just walk away after pouring coffee on my shirt!" Naik darah aku bercakap dengan dia ni
"Well you should've use all four of you're eyes" Dan dengan itu dia pun terus berjalan meninggalkan aku dengan blouse kotorku bersendirian.
Cis! Suka-suka dia je bla macam tu! Geramnya akuu!!

Sebaik sahaja habis rehat,memang seharian aku bad mood. Orang-orang ditempat kerja semuanya pandang aku seakan-akan aku ni gorila dalam kandang! Dan bila aku terserempak dengan mamat Hareth tu boleh pula dia senyum sinis padaku Yallah geram sungguh! Tak apa.. two can play that game kau tunggu sahajalah Hareth Akasyah... Masa kau akan tiba!

Owned By HarethWhere stories live. Discover now