Bab 7

1 0 0
                                    

Sebaik sahaja aku melangkah kedalam cafè itu, aku terus depat melihat susuk badan Encik Hareth. Maklumlah macam yang dia pernah cakap, badannya sebesar alam.

"Encik Hareth nak apa?" Aku terus menanya setelah duduk didepannya, ya sedikit kurang ajar tapi itu tak penting sekarang ni. Dia memandangku pelik, macam aku pula yang mengajaknya datang ke sini malam-malam macam ni.

"Have a drink first Dahlia, you might not like what I'm about to say." Hah? Apa pula ni? Sepatutnya dia tak berkata apa-apa pun! Tengok sekarang aku dah mula gementar. "Apa maksud Encik?" Aku menyoal. "Just do as I ask Dahlia." Kali ini dia nampak tertekan, salah ke apa yang aku cakap?

Setelah aku memesan secawan coklat panas di kaunter, aku kembali duduk dan terus menatapnya seperti dia alien. "Jadi.." belum sempat aku menghabiskan ayat dia menyampuk "Saya ada satu tawaran untuk awak." Aku buntu. Tawaran apa pula ni?

"Tawaran apa ni Encik?" Aku betul-betul keliru. "Kahwin dengan saya. Saya akan bagi apa-apa sahaja awak nak, duit? Emas? Apa-apa sahaja." What the heck? Dah kenapa dengan mamat ni? Senang macam tu je dia ajak aku kahwin.

"Hah? Apa Encik cakap ni? Encik saya ni mainan ke main tawar macam tu je. Lagipun Encik ada tunang kan? kahwinlah dengan tunang Encik." Aku menjeling keatas memang taklah aku nak kahwin dengan dia.

"Please Eriena, saya perlukan pertolongan awak. I have to get married by the end of this month, and I'm sure as hell don't want to marry Mia. Tolong, saya akan bagi apa-apa sahaja. Awak nak kenaikan pangkat kan? Itu pun saya boleh bagi." Dengar sahaja kenaikan pangkat terus mulut aku bergetar hendak mengatakan setuju sebelum laju-laju aku mengetap bibir. Tawaran ini sangat menggugat self control yang masih ada didalam diriku. Macam mana dia tahu?

Tapi tawaran pekerjaan hanyalah sementara manakala perkahwinan itu selamanya. Aku menjadi gementar apabila Hareth memandangku mukanya tenang tetapi tangan yang digenggam erat itu mengatakan sesuatu lain. Aku mula mengingat kembali memori semasa duduk di Malaysia dulu, Mama selalu menanyaku bila lah anak daranya itu nak kahwin.

Encik Hareth pun bukanlah orang yang biasa-biasa, Paras rupanya pun boleh membuat wanita memandang dua kali.
"Saya setuju." Sedikit pun tiada bunyi gementar di suaraku walaupun jantung rasa macam hendak tercabut, dia nampak terkejut sebelum wajahnya kembali tenang dan dia tiba-tiba tersenyum.

Dah kenapa mamat ni? "Thanks Dahlia I owe you a lot, nanti saya akan bagitahu semula pasal perjanjian ni. You should go it's getting late." Dengan itu aku pun bangun dah terus keluar daripada cafè Cozy.

Semasa menunggu di perhentian bas tiba-tiba aku tersentap, Ya Allah apa aku dah buat!?

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Oct 17, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Owned By HarethDonde viven las historias. Descúbrelo ahora