49: Malam Itu

163 9 2
                                    

KENDERAAN dipandu selaju yang mungkin. Lebuhraya yang lengang di waktu malam ibarat miliknya seorang. Fikiran kusut membuatnya melepaskan gian dengan menekan pedal minyak lebih kencang. Dengan begitu kebuntuan di jiwa dapat sedikit berkurang.

Masih belum reda kesal angkara pertengkaran dengan Zahaedy tadi. Maleeq tak habis fikir macam mana sepupunya itu boleh tahu dia ada simpan rahsian pasal Puteri? Tak masuk akal betul.

Ditambah pula dengan perubahan sikap Tan Sri yang menjadi sedikit dingin dan tegas, seolah memberi gambaran bahawa dirinya tak akan mendapat peluang mendekati Puteri di masa akan datang.

Dalam sedang asyik melepaskan dendam perasaan di atas jalan raya, Maleeq perasan akan sebuah kereta yang datang menyucuk rapat dari belakang. Berkerut keningnya! Malaun mana pula nak test power ni? Sekarang ini dia sedang tidak berminat untuk berlumba. Maka signal ke kiri diberi agar kereta berkenaan dapat menggunakan lorong kanan sesuka hati dia.

Tetapi kereta tersebut bukannya mahu memotong. Justeru dia kembali mengekor di belakang Maleeq. Menyucuk rapat seperti sengaja. Maleeq mula berasa tidak senang. Signal kanan ditukar pantas, keretanya pun berpindah lorong. Dan lagi sekali, kereta belakang juga membuat perkara yang sama.

Ugh, tak boleh biarkan! Ada yang nak main rupanya. Cermin tingkap lalu diturunkan. Aircond dimatikan, pedal clutch dipijak lebih dalam kemudian batang gear ditolak ke nombor satu. Pedal minyak ditekan lebih laju. Kereta memecut ke hadapan meninggalkan bunyi tayar yang tersagat di atas tar.

Seketika berlaku kejar-mengejar antara dua buah kenderaan berkuasa kuda cukup tinggi di atas lebuhraya Duke menuju Putrajaya. Kedua-dua jentera power saling memecut mempamer skill masing-masing.

Maleeq turunkan kelajuan apabila sebuah lagi jentera berkuasa tinggi muncul dan mahu menghimpit kenderaannya. Maleeq biarkan kereta itu mendahilui, dia mahu tahu apa yang mereka mahukan.

Kereta Maleeq telah diapit oleh dua jentera tidak dikenali. Masing-masing seperti mahu membuat provokasi. Tetapi Maleeq masih kekal tenang. Dia tahu bagaimana hendak menghadapi.

Sehinggalah salah sebuah dari kereta berkenaan berjaya memintas di hadapan. Kereta itu meliuk-liuk di tengah highway membuat pergerakan zig-zag. Maleeq mulai naik angin. Macam beruk baru bawa kereta saja. Phui!

Tetapi setelah itu, kereta tersebut mula memberi isyarat ke kiri yang memberi makna dia mengajak berhenti. Baiklah, Maleeq turuti. Nak tahu apa mereka hendakkan darinya.

Seorang dari salah satu kereta tersebut keluar. Berjalan mendada macam hero Tamil. Datang menghampiri ke tempat Maleeq lantas mengetuk cermin keretanya. Maleeq pun keluar.

"Apa hal?" soal Maleeq.

Seorang lagi keluar. Maleeq cuba cam muka-muka itu tapi tetap tak kenal. Siapa mereka ini sebenarnya?

"Boss nak jumpa kau," kata lelaki itu. Dia mahu Maleeq ikut dengannya.

"Boss? Boss kau, bukan boss aku. Apahal pula aku kena ikut cakap dia?"

Betul juga!

Tapi lelaki itu malah berang. "Kurang ajar kau ni. Orang dah ajak cara baik tu ikut jelah. Jangan sampai aku guna cara kasar untuk heret kau."

"Wow, macam ni cara baik kau?" Maleeq mencibir, tak gentar. "Aku tak kenal kau dan aku tak kenal boss kau. Kalau dia nak jumpa aku, datang sini. Nak suruh aku menghadap kat dia? Jangan mimpi!"

"Bedebah kau ni." Lelaki itu lantas mengajak kawannya untuk meringkus Maleeq dengan cara mereka. Tetapi nampaknya mereka silap. Orang di hadapannya itu bukanlah lelaki bertangan kosong.

Telah berbekal kemahiran membela diri yang pernah dituntut bersama kedua sepupunya satu ketika dahulu, setakat menghadapi dua orang abang sado ini buat Maleeq dah boleh pejam mata saja. Kalau tidak masakan dia boleh jadi ejen perisik yang handal.

MY ROMANTIC MR. SPY (MISI: MENCARI MAMA)Where stories live. Discover now