Teaser 1

3.6K 63 1
                                    

"Sayang, memang atas kertas I suami dia, dia isteri I, tapi kami tak ada perasaan cinta. Kami kahwin sebab family. I tak yakin pun perkahwinan kami akan bertahan lama sebab I cintakan You sayang. I sayangkan hubungan kita..." Faleeq memujuk Tasnim yang pasti terluka dengan perkahwinannya ini.

Mereka bercinta hampir 5 tahun namun terpaksa akur seketika dengan dugaan yang tiba-tiba singgah.

Wawa yang masuk ke dalam bilik tidur terpaku langkah saat melihat, Faleeq sedang bercakap melalui panggilan telefon dengan seseorang.

Terdengar jelas apa yang dibualkan suaminya itu.

"I tak percaya. Lambat-laun you mesti akan jatuh cinta dengan perempuan tu dan tinggalkan I. Kesudahannya dah boleh baca. Dalam filem, dalam drama, dalam novel biasanya berakhir macam tu. I cuma mampu melihat dan gigit jari. Hari-hari hidup bersama perempuan tu, mesti akan wujud perasaan cinta dan sayang. Dari ambil risiko baik kita akhiri saja hubungan kita walaupun I cinta dan sayangkan you. Lebih baik dari I mengharap dan kecewa lagi teruk kemudian hari." Tasnim, kekasih hatinya menjawab.

Faleeq mundar-mandir dengan reaksi kecewa. Tak ketahuan dibuatnya mendengar keputusan Tasnim. 

Wawa nampak jelas, betapa suaminya itu kecewa dan luka. Dia hela nafas panjang. Meredakan perasaan sendiri.

"Sayang, janganlah macam tu. Jangan mengalah dengan mudah. Takdir ni, kita tak minta, kita boleh ubah ikut apa yang kita nak, sebab kita manusia biasa yang berhak bahagia, berhak tentukan apa kita mahu. Nama pun drama, filem, novel, kisah tu dicipta, direka. Bukan kenyataan pun ! You tak payahlah samakan hal rekaan dengan masalah kita." Faleeq memujuk Tasnim lagi.

"Apa jaminan yang you nak bagi? Boleh ke, I percayakan you?"

"Of course. You harus percayakan I. You jangan risau, hari-hari kita akan contact, kita akan jumpa, kita akan spend time, macam biasa sayang. Cinta kita akan tetap bersemi. Tak ada yang akan berubah. I janji dengan you." Faleeq begitu fokus pada bercakap dengan buah hatinya hingga tak sedar isteri yang mendengar di belakang.

Wawa tak dapat nafikan, hatinya agak pedih mendengar bicara itu. Fikirnya, bercinta selepas kahwin dengan restu orang tua, lebih berkah dan dirahmati, rupanya dia silap.Dia berkahwin dengan lelaki yang sudah mempunyai kekasih.

"Habis tu isteri you macam mana? Kalau dia tahu pasal kita?"

" Dia tak ada hak nak pertikaikan you dalam hidup I."

Wawa hela nafas dalam-dalam menghadam semua itu. 

"I tak nak percaya tapi I nak you buktikan. I tak mahu, dikecewakan kemudian hari. I akan tengok apa usaha you untuk pertahankan cinta kita."

"I janji sayang. I tak pandang perempuan selain you. 5 tahun I setia, akan pastikan hati I tetap sama dan bertahan. You gadis idaman I, paling sempurna di mata I, hati I, seluruh jiwa raga I untuk you sorang jer."

"Ye ke? Malam ni, malam pertama you dengan dia, entah-entah you akan tidur dengan dia. Lepas tu, dia pun mengandung. Then you akan mintak putus disebabkan anak. Mana ada kucing nak tolak ikan depan mata." 

"Tak mungkinlah you. I bukan lelaki macam tu. I ada taste, okey. Jauh beza you dengan perempuan tu. I tak suka, dengan dia. Geli rasanya bersanding sebelah dia. Dahlah pendek, kemetot, gemuk, buruk, hitam, kolot. Semua pasal dia, I takkan suka. I tak akan sentuh dialah, jangan risau. Pegang kata-kata I ni..."

Wawa terlopong dikutuk sebegitu rupa. Ini dah lebih, sampai body shaming dia.

"You saja nak sedapkan hati I kan. I datang tau masa majlis kahwin you tadi. Dia tinggi lampai, badan slim macam model, putih gebu, kulitnya cantik, rupanya cantik, baju kahwin pun up to date walaupun bertudung,  berlawanan dengan apa yang you cakap."

Faleeq yang mendengar tergelak sendiri. Berakhir dengan tawa mengejek.

"Ye ke? I tak nampak pun dia macam tu? I nampak tak elok pun. Dia siapa?  Dia bukan siapa-siapa pun. So tu termakna, mata I ni hanya pandang you sayang. You saja paling terindah di mata I. Tak ada siapa dapat melawan you dalam hati I. Kedudukan you tak terjangkau oleh sesiapapun didunia ini. Percayalah." Faleeq memuji penuh perasaan.

Mengecil mata Wawa merenung suaminya itu. Cakap besarnya.

"You, kalau bercakap, tak cairkan hati I tak sahkan. Sweet tahap potong kaki. Pandai ambil hati I padahal tadi I takut, I risau, I sedih sangat fikirkan pasal hubungan kita ni. Hala tujunya macam mana. Tapi sekarang, I dah makin yakin you.."

Faleeq tarik nafas lega. Sejak semalam dia pujuk, akhirnya lembut hati Tasnim.

"Yes! Itu yang I nak dari you. Faham keadaan I. Jangan fikir yang bukan-bukan. I janji, musibat ni takkan lama. Kita akan kahwin dan hidup bahagia. Ya sayang?"

Wawa terkedu. Musibat dia kata aku?

"Yelah. Malam ni, you jangan tidur dengan dia tau."

"Tak sayang. I rela tidur atas mangkuk tandas dari tidur atas katil dengan dia. You janganlah risau. Kalau I nak buat hal, tak payah tunggu kahwin masa bercinta I dah curang tau. Tapi takkan? I setia walaupun ramai perempuan kejar I. You jer yang tak percayakan I!"

"Yea, I percayakan you."

Faleeq senyum bahagia. Lega sangat hatinya saat ini.

"Lega hati I sayang. Kalau you nak kita video call sepanjang malam pun tak apa, sebagai bukti i memang tak tidur dengan dia."

Tasnim tergelak lucu.

"Boleh juga tapi tak payahlah. I yakin dengan you."

"Percayalah, I always love you, so much!"

"Me too sayang love you...muah..."

"Muah..muah..muah..."

Faleeq mencium skrin telefon. Saling membalas ciuman melalui talian dengan Tasnim.

Gayanya itu dipandang Wawa mual.

"Bye sayang!"

"Bye sayang, take care ya. Good night sayang."

"Good night sayang..."

Talian mati. Faleeq menarik nafas lega sangat masalah yang rumit sudah selesai. Dia sudah dapat semula, Tasnim yang dicintainya.

Sebaik saja Faleeq berpaling ke belakang..

"Mak!!!" Terkejut beruk lelaki itu melihat Wawa tercegat di situ.

Faleeq mengosok dadanya dan matanya merenung dalam-dalam susuk tubuh yang berdiri di belakangnya. Perempuan yang memakai gaun tidur dari fabrik satin dan berambut panjang lepas, paras pinggang.

"Kau siapa ni? Macam mana boleh masuk bilik aku?" Faleeq rasa pelik.

Dia tak kenal siapa tiba-tiba saja ada dalam biliknya.

"Aku terima nikahnya Hawa Mashetah binti Firdaus dengan mas kahwinnya, 1000 ringgit tunai..."

Mendengar itu membuka luas mata Faleeq mengamati wajah perempuan ini.

"Kau...kau?"

"Dah lupa, akad nikah siang tadi?" Wawa menebak rambut ikalnya bergaya.

Faleeq terpaku di tempat duduknyaa. Rasa tak percaya apa yang dilihatnya.

"Kau Wawa tu?"

Faleeq tercengang. Apasal muka dia lain lepas buka tudung? Diamati hingga mata berkedip-kedip.

Wawa menapak perlahan ke arah Faleeq.

"Iyalah. Siapa lagi yang punya hak nak tengok rambut saya ni dan duduk sebilik bersama saya kecuali suami saya seorang?" Wawa mengibas rambutnya yang wangi hingga mengenai pipi Faleeq.

Tertelan terus air liur Faleeq.
Faleeq terpaku sekejap disapa haruman rambut Wawa yang tak hilang-hilang hinggalah dia tersedar dari keasyikan itu.

Tak boleh jadi ni...

Faleeq tarik nafas dan lepas. Meredakan nafas yang tiba-tiba semput. Dah kenapa aku ni?

Psttt: Dah lama nak buat cerita kahwin paksa versi sendiri. Korang nk baca tk citer klise ni?

MAJLIS KAHWIN PAKSA FALEEQ DAN WAWA Where stories live. Discover now