Ting tong...
Bunyi loceng rumah yang ditekan beberapa kali itu membuatkan Amanda yang baru sahaja selesai membancuh segelas milo melajukan langkahnya untuk ke ruang tamu.
"Kejap..." sahut Amanda sambil menyarungkan tudung di kepala. Tudung itu memang sudah disediakan dari awal-awal lagi kerana tengah hari nanti dia sudah berfikir untuk order grab food. Jadi tak perlulah dia berulang kali naik turun tangga.
"Assalamualaikum," ucap gerangan yang di luar sebaik sahaja Amanda membuka muka pintu.
"Waalaikumsalam," balas Amanda perlahan. Wajahnya sudah berkerut apabila melihat seorang perempuan yang sedang berdiri tersenyum manis di hadapannya ini.
Macam pernah nampak? Tapi di mana? Dan siapa? Tak kan...
Makwe baru Raden ke?
Ah! Mengarut!
"Puan? Puan okey ke?" soal perempuan tersebut.
Mendengar panggilan itu, baru lah dia teringat... INI LAH DIA ORANG YANG TAK NAK KAWAN DENGAN DIA 5 BULAN LEPAS TU!
"Eh... tak ada apa... Masuk lah dulu," laju Amanda mempelawa gadis yang kelihatan agak muda itu masuk. Ya lah. Tetamu haruslah dilayan dengan baik.
Gadis itu pun mengekor Amanda tanpa membantah. Apabila disuruh untuk duduk, dia duduk. Senyuman di bibir langsung tidak lekang dari tadi.
"Kejap saya buatkan air," ujar Amanda sebelum ingin mula mengatur langkah ke dapur.
"Eh! Puan, jangan!" laju gadis itu menghalang. Tangan Amanda ditarik lembut supaya Amanda turut duduk di atas sofa di sisinya. Gadis itu kemudian bergerak menjarakkan diri mereka sedikit.
Amanda yang terkebil-kebil itu hanya menurut sahaja. Gadis itu hampir saja tertawa kecil kerana riaksi Amanda yang kelihatan agak polos itu.
"Puan.... Nama saya Irdina Afiyya. Puan boleh panggil saya Dina. Sebenarnya macam ni. Tengku minta saya temankan Puan sepanjang Tengku tak ada ni."
Dengan senang hati, gadis itu berterus terang tujuannya ke sini. Dia telah menerima panggilan dari Raden semasa melatih anak-anak remaja di pusat latihan silat milik tunangnya semalam.
Lelaki itu meminta bantuan dia untuk melihat-lihat keadaan Amanda. Macam-macam pesanan yang dititipkan. Jangan biar Amanda itu lah. Suruh Amanda itu lah. Suruh Amanda ini lah. Dia pun seperti belatuk saja menyiakan arahan tuannya.
"Ouhh..." Amanda membulat mulut sambil mengangguk faham. Ibu mengandung itu menayang senyum selepas itu. Yeay! Dia ada kawan!
"Minum milo tak?" soal Amanda tiba-tiba. Irdina hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Kejap. Tadi saya ada buat milo, tapi tak ada niat nak minum pun." Kata Amanda, laju saja dia berdiri untuk ke dapur.
"Eh, puan!"
Irdina mengurut dadanya sendiri. Terkejut dia dengan cara Amanda berdiri tadi. Bahaya betul! Tak padan dengan perut besar! Agaknya mungkin itu sebab mengapa Tengku arahkan dia untuk temankan Amanda hingga malam.
Tak sampai seminit, kelibat Amanda sudah menjamah deria penglihatannya. Puannya itu sedang memegang kemas tangkai mug yang bercorak teddy bear dengan sebelah tangannya. Manakala sebelah lagi memegang perutnya yang membulat itu.
Comel! Gelas dengan tuan nampak serupa je!
"Nah! Minum lah." Amanda menghulur gelas tersebut pada Irdina. Dengan penuh hormat, Irdina menyambutnya.
"Terima kasih," ucap Irdina. Dikacau sedikit air dengan sudu teh yang ada sebelum dia menghirup sedikit air milo suam yang dibancuh oleh Puan Amandanya tadi.

YOU ARE READING
C| Raden's Queen
Romance[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'a...