#saya sarankan untuk baca sambil dengar lagu ni ;D
───── ⋆⋅☆⋅⋆ ─────
"Ddy...(Daddy...)" Amanda menunduk apabila terasa kain batik yang dipakainya ditarik-tarik lembut dari bawah.
"Adik... Dah bangun?" Tubuh kecil Amsyar di angkat ke dalam dukungan. Dia tersenyum saat si kecil itu melentokkan kepala pada bahunya. Belakang tubuh Amsyar ditepuk-tepuk lembut.
"Macam mana boleh sampai ke dapur ni?" Senyap sungguh. Sampai bunyi sikit pun tiada.
Anak kembarnya kini sudah berusia 8 bulan. Masing-masing sudah pandai merangkak biarpun kerap-kerap jatuh. Mulut pun sudah pandai memanggil orang walaupun semuanya mereka gelar 'Daddy'. Bila nak reti sebut mummy pula pun tak tahu lah.
Namun Amanda sebenarnya tidak berapa kisah sangat tentang itu. Walaupun panggilan Raden adalah perkataan pertama yang mereka pandai sebut, tetapi hakikatnya kembar itu sama manja saja dengan dia dan Raden. Lagipun tiada guna cemburu dengan suami sendiri.
"Adik teman mummy masak, ya?" Amsyar didukung kemas dengan tangan kirinya. Tangan kanan pula sibuk mengacau kuah kastard di dalam kuali. Bagi sentuhan terakhir, dua titis esen vanilla dititikkan ke dalam kuah yang sudah cukup rasa itu bagi menghasilkan bau wangi.
Kuah itu dikacau beberapa saat lagi sebelum api ditutup. Puding roti ni bukan untuk dia sebenarnya, tetapi untuk keluarga suaminya. Petang nanti mereka akan bertolak ke rumah Tengku Rozaimi. Saja berkumpul adik-beradik.
Sudip yang digunakan tadi diletakkan di dalam kuali terlebih dahulu. Kebiasaannya dia akan terus basuh, tetapi dalam keadaan sekarang agak sukar. Amsyar masih di tangan. Terpaksa lah tangguh dulu. Penutup kuali diambil untuk menutup kuah kastard tadi daripada terdedah.
Baru saja Amanda mahu tunduk untuk mengambil penutup kuali itu, ada satu tangan yang lebih pantas melakukannya. Amanda hanya tersenyum melihat penutup kuali itu dibasuh dan dikeringkan oleh Raden sebelum digunakan.
Nampaknya Raden sudah terbiasa ikut cara dia. Jika tidak selalunya Raden akan bergaduh mulut dengan dia. Dia kata, basuh dulu. Raden kata, sebelum simpan dah basuh jadi nak buat apa basuh lagi. Dia balas balik, kalau lipas lalu macam mana? Raden diam.
"Adik kacau sayang buat kerja ke?" Amsyar diambil dari dukungan Amanda. Tubuh kecil Amsyar ditepuk-tepuk lembut apabila anak bujangnya itu merengek kecil tanda membentak kerana posisi selesanya ditukar.
"Tak lah. Ameer mana? Tidur lagi?" soal Amanda. Tangannya naik mengusap kepala Amsyar supaya si kecil itu kembali tenang.
"Ya... Puding dah siap ke?" Amanda mengangguk. Tadi sewaktu dia ke ruang tamu selepas selesai membakar roti, tiga beranak itu sedang tidur. Jika diingat balik, comel je. Raden telentang. Ameer tertiarap di atas badan Raden. Amsyar pula sembunyi elok saja baring di atas lengan kiri Raden.
"Tinggal nak pindah kuah dalam bekas. Tak boleh nak buat lagi, duk dukung adik tadi." Baru sahaja Amanda ingin bergerak untuk mengambil bekas dari kabinet dapur, tangannya laju disambar oleh Raden.
"Biar abang buat yang tu kejap lagi. Abang nak cakap something ni." Lengan Amanda ditarik ke arah ruang tamu. Tiba di sana, Amanda ditolak perlahan duduk di atas sofa.

YOU ARE READING
C| Raden's Queen
Romance[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'a...