Syukur, Terima Kasih

418 11 1
                                    

Kadang aku terasa malu bila berhadap tuhan.
Kerana nak dikira, segala nikmat pemberian dia tak pernah setimpal dengan segala tunduk ibadah aku padaNya.

Yang diberinya seluas lautan nikmat.
Yang aku, bangun tahajud pun susah buat.
Ini bukan cakap buka pekung.
Tapi, norma setiap manusia.

Setengah manusia menggunakan doa sebagai senjata meminta segala benda.
Ada ketika aku rasa, wajarkah aku pinta lebih sedang aku berat pegang tasbih?
Kadang aku hanya mampu terucap syukur.
Syukur segala nikmat serta ujian tuhan.
Tanda aku masih berada di bawah jagaan.

--

Monolog sendiriWhere stories live. Discover now