Merentas masa.

167 6 0
                                    

Tiba-tiba muncul si Kamal dari mesin masa yang tercipta dari tahun 50-an.

Bertanya Kamal ,
Manusia zaman ni cerita nya bagaimana?
Boleh terangkan dengan ringkas?

Mari dengar cerita.
Zaman ini,
Kanak-kanak nya tiada bermain bersama,
Yang ada masing-masing berkurung dalam rumah menekan butang permainan tanpa setitik peluh dan lelah.

Kaum lelakinya,
Berebut menelan pil bagi naik ketul-ketul sekitar kawasan bisep nya.
Bagi timbul 6 petak di bahagian perut dia.
Tak perlu senam sangat.
Cukup dengan suntikan.
Memburu gadis jelita untuk jadi tayangan seperti trofi untuk dibangga.

Kaum perempuan dia,
Teruja mencari 'life goal', sibuk dengan cobaan tunjuk bahagia.
Yang palsu dari hujung rambut sampai hujung kaki semua.
Tak sabar jadi popular.
Berebut kekasih, obses dengan kehidupan sempurna.

Begitulah cerita.
Paling ringkas sahaja.

Terdiam Kamal.
Dia masuk pintu mesin tanpa kata.
Balik semula ke zaman dia.
Terus dia musnahkan mesin masa.
Dia berdoa, hidupnya tak panjang dan takkan jumpa manusia di zaman seperti cerita yang tadinya.

Monolog sendiriWhere stories live. Discover now