H.S | BAB 16

701 57 2
                                    

"She's mine and only mine."

Nampaknya, detik-detik yang ditunggu oleh mereka akhirnya muncul. Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Jelas kelihatan Zariel segak dalam baju melayunya itu. Bersampin, bersongkok, uish memang nampak semart lah!

"Dekat mana aku letak, ni?" Zariel menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tiba-tiba pula suis motor hilang nokk!

Mati lah dia, kalau macam ni. Semua family dia dah bertolak dah, tinggal dia sorang aje dekat rumah sekarang ni. Pergi dengan kereta? Of course lagi melambatkan. Ko ingat jalan tak jam ke?

"Alahaii, kenapa aku tak perasan ek?" Suis motor tersebut diambil. Lah, rupa-rupanya duduk dekat bawah sofa noks. Sebab apa duduk dekat bawah sofa? Sebab boleh dik.

Lantas kakinya melangkah menuruni anak tangga. Helmet dicapai. Garaj yang menempatkan sportbike sportbike miliknya itu dibuka. Jelas kelihatan tersusun rapi.

Zariel mempunyai 3 buah sportbike. Antaranya ialah Kawasaki Ninja H2R, Yamaha R1M dan BMW S1000R. Yang s1000r ni Zariel jarang naik sikit.

Terpaling kesayangan? Mestilah Kawasaki H2R miliknya yang berwarna matte black itu! Nama apa gaiss?? Haaa, tekaan anda salah! Gurauu.

Kiki The Black.

Atau nama comel yang diberi oleh Zariel ialah Baby Kiki. Disebabkan harini hari perkahwinannya, maka dia membuat keputusan untuk menaiki motor yang berwarna blue black itu. Motor apa gais? Yamaha R1M lah.

Sebab itu jugalah dia cari suis motor tak jumpa. Sebab dia jarang naik motor ni, tu suis pun tau ke mana dia taruk.

Lantas enjin dihidupkan. Broom broom. Hahaha. Nak tahu bunyi enjin Yamaha R1M, sila search YouTube ya.

Glove dan helmet dipakai. Sampin dirapikan. Uish, handsome siakk!

Belum sempat dia menolak motornya keluar, telefonnya tiba-tiba berdering. Mesti mama ni!

Eh bukan mama. Tapi Aiden.

"Kau pehal dho call aku ni? Aku dah lewat ni siakk!" Bebel Zariel ditalian. Aiden kalau tak buat hal, tak sah.

"Amboi.. rilek aaa bro." Terkekek Aiden mengelakkannya. Member tak sabar nak kahwin ni.

"Straight to the point, please. Kau nak cakap apa sebenarnya ni? Aku nak gerak dah ni." Telefonnya diselitkan di helmet. Lantas motor ditolak keluar daripada garaj tersebut.

"Aku sesat woi! Huhu.. tolong aquee." Jerit Aiden ditalian.

"Kau datang naik apa?"

"Hehe.. mestilah dengan motor kesayangan aku."

"Yalah yalah! Send location kau sekarang. Aku datang ambil." Zariel mengeluh. Dia memang dah lambat, tapi keutamaan rakannya juga penting.

"Lurve lurve!"

"Kau dengan Farrel ke?" Tanya Zariel. Motornya mula meluncur membelah jalan.

HIS SWEETHEART | OGWhere stories live. Discover now