AKIBAT MULUT BADAN BINASA

114 1 1
                                    

Tok pernah merawat di sebuah rumah pesakit .. masa tok datang ke rumah nya ada 4 orang  dalam rumah tersebut...pesakit, suami pesakit dan 2 anak nya...masa sesi ruqyah, tiba2 tok perasan ada 2 orang masuk ke rumah..seorang lelaki seorang lagi perempuan.. Muka mereka gelap dan berbadan gempal...tok fikir mungkin jiran atau saudara mereka jadi tok biarkan ...

Semasa ruqyah di jalankan pesakit mula kerasukan dan menjerit2..
"Panas !! korang semua kenapa sibuk hal aku ha???!! berambus lah korang semua!!"
"Kau ni ada masalah apa dengan jasad ni?
"Aku dendam dengan dia ni !! ..aku nak dia menderita!! "
"Yelah... Sebab apa kau dendam?"
"Aku dendam ! sakit hati ! sebab dia kutuk2 aku perli2 aku dkat Facebook dia!!"

Tok pandang 2 orang yang hadir tadi..mereka gelak terbahak2 sambil tunjuk2 jari nya pada pesakit kerasukan...tok pelik.. dahi tok berkerut rasa xpuas hati ..kenapa orang ni gelak kan pula....tok malas nak melayan ...tok teruskan soalan tok pada pesakit...
"Dia Hina Kau apa? dia perli Kau apa? sampai Kau marah"
"Dia sindir aku cakap aku tak laku, cakap aku busuk, hitam, tak laku !!"
"Kau tak boleh selesaikan cara baik ke? bukan dengan cara macam ini."
"Ahhh Kau diam ustaz, Kau apa tahu? hati aku ni sakit, aku nak dia rasa apa aku rasa..aku nak dia mampos lagi baik!!"

Sambil tu tok perhatikan lagi kedua2 orang yang pelik tu...dia tetap ketawakan..berguling2 gelak kan..,tok dh tak boleh tahan sabar..tok cakap pada suami pesakit
"tolong suruh 2 orang ni keluar..saya nak buat rawatan...mereka ganggu keja tok ni ..."
"Oh ..anak saya 2 orang ni ke tok?"
"Bukan..mereka berdua ni"
(Suami pesakit macam bingung..Muka nya berkerut seperti tak faham apa tok cakap)

"Ishh 2 orang belakang tok ni..mengacau tergelak2..tok nak buat rawatan jadi terganggu"
"Eh tok ...tok maksud kan siapa ni? saya betul2 tak faham ni"
"Allah kamu ni..yang belakang tok ni..lelaki dan perempuan ni"
"Eh tok, mana ada siapa2 belakang tok ni, aduhaii sumpah tok kami berempat je dalam rumah ni termasuk tok 5 orang"
"Eh...kamu ni,...kamu ni betul ke tak?"
"Sumpah tok, takda siapa belakang tok"

Terkejut tok..ehh kenapa aku nampak ada dia nampak takda...tok berhenti sekejap rawatan Dan tanya "korang berdua ni siapa? boleh tak jangan ganggu kerja saya?"
Suami pesakit tanya pada tok.."tok marah siapa ni? saya tak faham lah"
"Cisss tak guna..rupanya yg datang itu bukan manusia..mungkin apa yg tok nampak..mereka tak nampak.

Tak mengapalah abai kan lah mreka ...tok terus kan rawatan.tok tanya pada jin yg merasuk pesakit tersebut,
"Siapa tuan kau?"
"Aku tak nak bagi tahu"
"Kau jgan uji kesabaran aku, siapa tuan kau?"
"Belakang Kau tu lah bo**h"
Fahamlah tok sekarang..tok bukan berhadapan dgn 1 jin saja.. tapi  dengan 2 jin yg mnyerupai tuan penyihir.
Tok toleh belakang , tok bagi amaran ..lebih baik kau balik, jangan kau kacau kerja aku, kalau tidak tau lah apa aku nak buat ...(gangguan2 macamni kita kena ugut, kena berani bagi amaranj)

Tok toleh sekali lagi, kedua2 orang tersebut sudah tiada ...pesakit yg tok ruqyah terus kerasukan....
"Kau jangan kacau urusan aku ! aku takda masaalah dgn kau ! aku nak orang ni merana..mati perlahan2 !!"
"Eh ...Kau ni sudah melampau, Kau memang nak mati ni"
Tok terus bacakan "أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِ
Audzubillah himinas syaitoon nirrojiim (7x)
terus pesakit tumbang..
(Kebiasaan orang terlepas pandang..doa yang pendek macamni boleh menghalau Jin & syaitan yg menganggu kita)

Bila pesakit tersedar, tok cakap...lebih baik kamu padam apa yg kamu tulis dekat fb dan  minta maaf pada orang yg kamu tulis dekat fb tu...kadang2 kata2 kita ni membawa padah pada kita. nampak orang yg kita mngata tu seperti buat tak tahu apa kamu tulis, hakikat nya mereka berdendam & mendorong mereka ke arah syirik..
Pesakit tersebut anguk2 kan kepala nya...
Tok mahu kamu pergi minta maaf dengan orang tersebut...kalau tidak perkara ini tidak akan terhenti di sini...
Sebab itulah pepatah orang tua2 pernah mengatakan, Sebab mulut badan binasa ..hati2 lah bila kita nak mengata & mengutuk orang..kita nampak remeh, takda apa ..tapi kita tak tahu mreka sakit hati sehingga kan  mendorong mereka melakukan perkara syirik.. Akibat nya diri sendiri yang akan merana ....

Tok dapat tahu pesakit tersebut selepas buat rawatan hanya baik seminggu sahaja...lepas tu kena balik.. bermacam2 perawat dia jumpa..semua sembuh sekejap sahaja selepas itu jadi balik..selalu bercakap bahasa yg tak faham, kadang2 berlari dalam keadaan telanjang di kawasan rumah.
kesian si suami malu ... aib lagi... kadang2 menjerit, menangis...mungkin orang yang dia sakiti tak boleh nak maafkan apa yg pesakit ini telah lakukan.... waAllahhualam.

SEMOGA KISAH INI MEMBERI PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA.

Kisah-kisah seram tokWhere stories live. Discover now