HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

72 0 0
                                    

Kisah ini pernah berlaku anggaran pada tahun 2000. Di sebuah kampung kecil di kawasan pedalaman yang jauh ketinggalan dari aras kemajuan dan kecanggihan teknologi seperti di bandar.

Penduduk kampung yang tinggal hanya 130 orang sahaja.Kebanyakkan mereka yang dulu menetap di situ berhijrah ke bandar dan kawasan perkampungan yang lebih ke arah kemajuan.

Terdapat Dua orang sahabat baik Man dan Ayol, berusia lingkungan 20an. Dua orang pemuda yang telah lama membuka perniagaan kecil-kecilan di kampung, dengan menjual burger. Gerai mereka dibuka pada jam 7 malam setiap hari tetapi tidak pada hari khamis malam jumaat.

"Yol, ada apa kau panggil aku? Nak tambah gaji merdeka ke? Hehehe..."  Usik man. Kelihatan jelas keriangan di wajah man yang baru saja sekembali dari pekan bertemu dengan kekasih hati.

"Memang aku nak bagi gaji merdeka pun. Malam ni kita buka kedai nak?" tanya Ayol sambil membasuh perkakas perniagaan di bawah rumahnya.

"Uish, gila kau malam ni kan malam jumaat, tak nak aku!"

"Apa yang kau takutkan sangat, aku kan ada. Malam-malam lain OK je. Apasal malam jumaat tak boleh?"

Man menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal, badannya bersandar di tiang rumah sambil memerhati Ayol dari belakang.

"Kampung kita ni kan ada pantang larang. Setiap khamis malam semua penduduk kampung tak dibenarkan berjual beli. Kalau berdegil juga kau tahulah apa yang datang. Takkan kau lupa?"

"Aku tahu, tapi masa masa macam nilah kita nak buat duit. Ramai anak anak kampung kita ni balik bercuti. Lagi pun barang barang burger banyak lagi, nak dekat tarikh luput dah."

"Ish, kerja gila ni Yol."

"Tak ada apalah. Aku ada sekali, kan? Kalau hantu ke, saka ke datang, biar aku tangankan dia orang. Malam ni kita buka, OK?" pujuk Ayol kemudian menunjukkan thumb up.

Man serta merta dilanda rasa gelisah, tak sedap hati dibuatnya dengan permintaan kawannya itu. Dia terpaksa akur dengan arahan Ayol memandangkan dialah yang memberi pekerjaan pada Man yang sebelum ni hanya menganggur.

Pagi itu Man pulang dengan perasaan bercampur baur. Hatinya berat hendak menolong Ayol pada malam itu.

___________________________________________

"Man, roti burger kau potong yang ni dulu. Habis kan dalam kotak ni," jari Ayol menunjuk ke arah kotak di tepi kerusi van.

Gerai kecil yang terletak di tengah-tengah kampung di bawah pokok akasia besar, di mana kawasan orang kampung sering keluar masuk.

Man membuka gerai burger, diangkat satu persatu barang dari van masuk ke dalam gerai kecil milik Ayol.

"Ni roti dah luput semalam ni Yol. Boleh pakai lagi ke? Sakit perut orang karang, Yol. Kau jangan buat main."

"Banyak bunyilah kau ni. Boleh lagi tu, asalkan tak berkulat."

Man menggelengkan kepala melihat sikap kawannya yang terlalu berkira dalam perniagaan, takut sangat akan kerugian.

"Gila punya tokey. Nak pergi hongkong balik hari ke apa?" bisik Man perlahan sambil mengangkat kotak roti.

Hari khamis malam jumaat pada tarikh itu betul-betul membawa keuntungan kepada Ayol seperti mana yang dijangkakan.Tak menang tangan mereka berdua menguruskan pesanan dari pelanggan.

Pesanan pada hari tu meningkat 3 kali ganda berbanding hari-hari biasa. Tambahan anak-anak perantau yang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Hari Kebangsaan .

Jam menunjukkan waktu tepat 11 malam. Cahaya bulan yang terang pada malam itu kian hilang disembunyikan awan tebal. Langit semakin gelap menunjukkan tanda-tanda hendak hujan. Kelihatan kabus halus mula kenampakkan di jalan-jalan kecil kampung. Angin mula bertiup lembut menerpa tepat ke arah muka Man dan Ayol dengan suhu semakin sejuk .

Kisah-kisah seram tokWhere stories live. Discover now