Grow up

16 2 1
                                    

"Abang, tolong lah Izan."pujuk Tiftazani. Dia membuntuti Taufiq yang baru sahaja masuk ke bilik nya itu.

Taufiq tersengih lalu duduk disofa berangkai diruangan itu.

"Nak tolong apa?"tanya Taufiq dengan nada suara yang selamba. Majalah diatas meja dibelek perlahan.

"Abang buat tak tahu je kan. Tolong lah pujuk papa. Kita pergi hari ni."

"Pergi mana?" Taufiq sengaja menyakat adiknya itu. Suka benar dia melihat wajah keresahan Tiftazani.

"Pergi merisik. Jomlah. Pakcik tu kata suruh mak bapa Izan datang. Please. Tolonglah pujuk papa."

"Izan pergilah cakap kat papa. Mustahil dia tak nak dengar. Abang dengar dia tak busy sangat hari ni."balas Taufiq yang masih mahu menyakat adiknya itu.

"Abang macam tak tahu je kan yang Izan tak berapa ngam dengan papa. Dia mana nak dengar permintaan Izan ni."adu si adik yang sudah duduk memeluk tubuh dibirai katil.

Taufiq mengeluh. Majalah ditangan di letakkan kembali ke atas meja. Dia mengangkat muka memandang Tiftazani yang sedang duduk memuncungkan mulut. Bila dia begitu, mirip benar wajahnya dengan Taqriz.

"My little bro... Pernah tak selama ni papa tak penuhi permintaan engkau? Abang rasa tak pernah."kata Taufiq.

"Itu yang abang rasa. Abang bukan tak tahu. Papa kuat sangat menyakat. Ada sahaja yang nak digaduhkannya dengan Izan. Dengan abang, papa tak pernah nak bantah apa-apa."kata Tiftazani dengan kesal. Taufiq mengeluh. Dia berdiri lalu berjalan mendekati siadik.

"Mana ada. Papa layan abang sama saja. Kau tu sahaja suka cari gaduh dengan papa. Pergilah cakap dengan Papa. Papa kalau kau slow-talked dengan dia okey sahaja tu. Tak percaya cuba tanya kat mama."Taufiq masih mahu adiknya yang berhadapan dengan papanya.

"Abang..."rengek Tiftazani lagi.

"Lailahailallah. Budak ni. Cuba dulu boleh tak? Tak elok kalau abang yang cakap. Yang nak kahwin tu engkau bukan abang. Kalau kau cakap dengan papa. Insya-Allah aku back up. Call papa."arah Taufiq.

Tiftazani kalut mencari telefon pintar nya.

"Sekarang ke?"

"Sekaranglah. Takkan tahun depan." balas Taufiq dengan nada sarkastik.

"Amboi jangan lah marah."omel Tiftazani.

Semakin berdenyut kepala Taufiq dengan perangai adiknya itu. Itulah gatal sangat nak bernikah. Tapi takut nak cakap dengan ayah sendiri.

"Masa bila pula aku marah ni?"

"Tu, nada tinggi macam tu."

"Nak aku tolong ke tak?"ugut Taufiq.

"Okey, okey, okey." Tiftazani beralah. Dia segera mendail nombor papanya.

Oh Shi.. video call. Belum sempat dia menekal butang cancel panggilannya disambut. Kelihatan wajah ayahnya diskrin telefon.

"Asalamualaikum."

"Walaikumsalam. Hah, ada apa Izan call papa?"tanya Sayyid Taib.

Tiftazani berjeda. Beberapa kali dia menjeling Taufiq memberi isyarat supaya abangnya itu dapat membantunya. Namun, dilihatnya Taufiq buat tak endah.

"Err... I was thinking. Papa free tak hari ni?"tanya Tiftazani. Sayyid Taib mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"Kalau tak free takpe lah."Tiftazani ingin memutuskan talian

"Izan nak apa ni? Cakap terus terang boleh tak?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Remember YouWhere stories live. Discover now