75 8 2
                                    

               "Awak boleh tak  tolong ayunkan buaian  saya?" tanya Adelia yang sedang duduk di atas buaian sambil memandang ke arah budak lelaki yang sedang memandang ke arah langit,menikmati pemandangan yang indah.

"um okay" lelaki itu menjawab lalu pergi ke arahku dan ayunkan buaian yang sedang kududuki.Aku tertawa girang apabila buaianku diayunkan olehnya.Sebaik sahaja dia berhenti mengayun buaian ku aku terus bertanya.

 "Awak,nama awak apa?" tanyaku ingin tahu.Mana la tahu boleh berkawankan?

"Khalish" jawab lelaki itu sepatah tanpa memandang muka ku.

"oh saya Adelia!" aku menghulurkan tanganku untuknya menyambut tanganku tetapi dia hanya memandang tanganku kemudian memandangku.

"Haram." Aku terus menurunkan tanganku sambil tersenyum untuk menutup rasa malu yang dah membuak-buak dalam diriku.

"Awak umur berapa?" tanyaku lagi.

"10 tahun,kau?" kau?! ugh kasarnyaaa cakap la awak saya haihh kitonyo manjoo.

"9 tahun uhm nak...nak berkawan tak?" tolonglah cakap nak cukup lah malu pasal tadi.Dia memandangku atas bawah.

"hmm okay nak"  fuhh nasib baik tak tolak, yayy dah ada kawan baruu.

"nah" tiba-tiba dia mengambil tanganku dan meletakkan gula-gula di tapak tanganku.

"aik? tadi cakap haram?" pelik betul lelaki ni,tadi cakap haram.

"lupa kita budak-budak lagi,kalau dah besar baru haram." katanya sambil memandangku dengan muka yang tidak berperasaan.

"ouh hm okay..."aku tersenyum memandang dia,dia ni macam tak reti nak senyum je dari tadi muka dia serius.

"okaylah aku nak kena balik dah ni,nak aku hantar kau balik tak?"tanyanya kepadaku.

"hm nakk hehe terima kasihh" kami berjalan bersama-sama ke arah rumahku lah rupanya dia jiran aku je,boleh la hari-hari nak jumpa hehe.

------------------------------------------------------

"Tadi balik dengan siapa hm?" tanya ibuku apabila nampak aku keluar dari tandas.

"Tu kawan baru Adel nama dia Khalish" jawabku sambil mengambil telekungku dan menyarungkannya ke tubuhku.

"Ohh dah la Adel solat maghrib dulu ibu pergi masak kejap tau" ibuku pun meninggalkan bilikku untukku solat.

Selesai sahaja aku solat aku terus pergi ke dapur dan makan makanan yang sudah disediakan oleh ibuku tercinta.

"Ibu, abah balik kerja pukul berapa eh hari ni?" tanyaku sambil membasuh pinggan yang aku gunakan tadi.

"pukul 12.30 pagi,kenapa Adel tanya?" ibuku menutup lebihan lauk yang ada di atas meja supaya tiada lalat yang hinggap ke makanan-makanan itu.

"Adel nak tanya abah boleh ke dia belikan buku aktiviti matematik sebab pagi tadi cikgu suruh beli,katanya senang untuk buat latihan sebelum peperiksaan datang."Aku menerangkan kepada ibuku yang sedang tengok tv.

"ohh okay,Adel ada kerja sekolah tak?" tanya ibuku sambil tersenyum memandang ke arahku.

"Ada,Adel nak pergi buat la ni."Aku menjawab pertanyaan ibuku itu.

"lepas dah siap nanti pergi makan buah tembikai tau ibu dah potong dah,ibu simpan dekat dalam peti ais"kata ibuku yang pandangannya sudah dialihkan semula ke arah tv.

"okay" aku pun pergi ke bilikku untuk menyiapkan kesemua kerja sekolahku,walaupun esok cuti tapi masa itu emas ye jadii lebih bagus kita buat awal-awal bila ada masa.

Tahu-tahu aku tertidur dimeja belajarku.

"Adell bangun" Abahku mengoncangkan tubuh ku.

"ya?" aku memandang abahku dengan muka yang masih mamai dah la dah pukul 1 ngantuk woo.

"nah duit untuk buku latihan matematik tu" dia menghulurkan duit yang berjumlah RM 50.

"harga buku tu 25 ringgit je lagi 25 ringgit ni nak buat apa?"tanyaku.

"ambil je mana tahu Adel nak beli apa-apa" ayahku meletakkan 50 ringgit itu ke atas mejaku lalu pergi menutup pintu bilikku dan meninggalkan ku yang masih mamai.Aku pun berlalu ke katilku dan teruskan tidurku di atas katil.

------------------------------------------------

Sudah 5 tahun kami berkawan tapi sejak kitaorang mula berusia 13 tahun kami mula jarang berbual dan berjumpa untuk menjaga batas.Sekarang umurku ialah 14 tahun.

    Tiba-tiba guruku menyuruhku dan Khalish untuk menghias satu poster dan sekarang kami di taman dengan canggungnya aku memandangnya.

"awak dah ada idea ke nak buat macam mana?"tanyaku.

Dia membuka telefonnya dan menunjukkan beberapa design yang sudah dia buat secara digital.

"Awak pilih la nak yang mana,takpun guna idea awak ke." katanya dengan muka yang tak reti nak senyumnya itu.

"okayy" cantik-cantik design dia!

   Sambil-sambil aku melihat design yang dia sudah buat di dalam telefonnya itu tiba-tiba aku mendapatkan satu panggilan dari telefonku,aku pun menjawab panggilan itu alangkah terkejutnya aku bila mengetahui bahawa ibu dan ayahku meninggal dunia akibat kemalangan semasa memandu kereta.Aku rasa ini bagaikan mimpi,orang yang aku sayang dah tiada? orang yang selalu bagi semangat untukku sudah pergi buat selamanya? air mataku sudah mula mengalir bagaikan air terjun.Khalish memandangku dengan riak yang terkejut.

"Adel? kenapa awak menangis?" dia bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arahku.

"m-mak ayah saya dah takde dengan saya dah Khalishh...selama-lamanya saya akan keseorangan.Siapa yang nak membebel dekat saya dah lepas ni? siapa yang akan berikan semangat dekat saya lepas ni...?" Aku menangis teresak-esak.

"I will Adel I will...I will be by your side every day Adel.Anytime you need me you can just call me.Saya janji saya akan jaga awak sampai akhir nafas saya Adel."  Katanya sambil memandangku.

   Tapi apakan daya aku dihantarkan kerumah anak yatim tapi sebelum aku dihantarkan disana Khalish pesan kepada ku untuk selalu melihat bulan pada jam 9 malam bersama dengannya walaupun berbeza tempat tetapi kami masih di bawah langit yang sama.Kami hanya dapat berborak melalui telefon sampailah ada sepasang kekasih yang  kaya dengan semua pakaian berjenamanya itu,dan aku dipilih sebagai anak angkatnya.Aku fikir hidupku akan jadi lebih bahagia dengan kasih sayang mak ayah tapi aku silap,mereka mengambilku dan menjadikan ku seolah-olah bibik mereka yang keji.


Terima kasih sebab baca cerita yang tak berapa ni.Kalau ada kesalahan apa-apa tolong tegur tau,tapi kalau nak tegur jangan sampai menghina tau.

Jangan lupa vote tau hehe masehh cintaa.
nah bungaa💐

Adelia[OG]Where stories live. Discover now