Princess Ariel's Cosplay? || Part 5.

3 0 0
                                    

Aku buka mata pelan-pelan... masih di dalam jet tersebut serta... dalam air.

Aku melihat sekeliling, orang masih tidak sedar. Aku membuka seatbelt milik private jet itu, lalu berenang menuju ke papa.

Aku cuba bangunkan dia, tapi dia tak sedar. Aku beralih ke arah mama. Tak sedar. Aku beralih lagi ke abang-abang aku. Tak sedar jugak. Satu jet tu aku bangunkan. Tak sedar. Kecuali... pilot.

Aku pergi berenang menuju ke arah pintu untuk masuk ke ruangan hadapan, I mean tempat pilot.

Aku cuba buka pintu tak boleh, aku main hentak-hentakkan pintu tu pun tak boleh. Waitt... baru aku sadar..

' japp... camna aku boleh nafas? Aku dah mati ke? ' -batinku.

Aku panik la. Sape je tak panik. Aku pegang-pegang badan aku. Masih pulak boleh pegang.

Aku pegang-pegang benda kat dalam jet tu pun. Masih boleh dipegang.

Takde nak buat ape-ape. Aku pergi keluar. Pergi ke depan tempat pilot tu la.

Bila je tengok hadapan. Cermin pecah, and... takde orang kat situ. Mungkin pilot tu tinggalkan kami sebelum mendarat ke laut? Eh, takkan la kan. Takde pun dengar cermin pecah.

" Cece sudah sadar??... "

suara itu buatkan aku terkejut nak mampos. Nasib tak carut. Aku berpusing ke belakang.

Seorang lelaki, pakai baju... PILOT?!

" camne encik masih hidup? " -aku.

" sebab... saya masih bernafas lah. " -katanya.

" E-ehh.. iyaa juga kan... " -aku.

" mari.. saya bawa kamu ke pulau. Di sana ada kakek sama nenek kamu. " -katanya lagi.

Btw, nama pilot ini Sir Khai.

" kakek sama nenek selamat?? " terkejut ku.

Sir Khai mengangguk.

" tapi kenapa duluan? " - aku.

Dia mengangkat bahunya sambil menggeleng. Tandanya tidak tahu. Dia terus berenang ke atas.

" baiklah.. " jawabku sambil mengikutinya pergi ke atas paras air laut.

Ketika sudah sampai di paras air laut, sudah menampakkan sebuah pulau di hadapanku.

Sir Khai terus berenang ke hadapan dan diikuti olehku sendiri.

Apabila kaki ku sudah memijak pasir pantai, aku terus baring. Penat agaknye. Main swing-swingkan tangan dan kaki di laut tadi kot.

Aku mengumpul nafasku, lalu nampak Sir Khai yang tengah cari seseorang.

" encik cari siape?.. " soalku. Mengangkat kepala ku untuk melihat lebih jelas.

" dimana mereka bertiga?? " soalnya kepadaku. Mukanya macam panik. Bulat matanya, kepalanya masih belok sini belok sana.

" mereka bertiga? Kakek, Nenek sama Sir Leon? Mana saya tau, saya baru sampai. " -aku.

" barang kita pun hilang, Cece ! " -Sir Khai.

Aku pun melihat sekeliling, mungkin ada barang lah. Tapi memang betul, takde.

" Tuan Maven !! " jeritnya. Mencari keberadaan kakekku.

Apabila langkah Sir Khai mulai masuk hutan, aku mengikutinya dari belakang.

" Tuan Mav- ! "

" Kakek !!! Nenek !!! Sir Leon !!! " tolongku. Untuk mengikut mencari keberadaan mereka bertiga.

" Cece jangan ikut saya. " katanya, memusingkan badannya.

" mengapa? Saya mau tolong cari juga. " -aku.

" di dalam sana bahaya. Lebih baik Cece tunggu di sini, atau tunggu di pasir sana sambil lihat pemandangan lautan kah apa. Asalkan jangan masuk hutan seorang diri. Bahaya ! " larangnya.

" B-baiklah.. "

...

Sudah 15 minit aku menunggu kebalikkan Kakek dan Nenekku serta dua orang pilot.

Aku melihat pemandangan lautan sambil mendengar deruan ombak pun jadi bosan. Aku menghela nafas, berdiri dan pergi ke bukit yang sederhana ketinggiannya, di sebelah lautan.

Aku berlari lalu lompat ke laut dan berenang lagi ke tempat jet kami yang tenggelam itu.

Apabila sudah sampai ke tempat yang hendak kupergi, aku berenang ke sekeliling jet tersebut. Dengan begitu risau perasaanku, kerana orang di dalamnya menghilang.

Aku memasuk badanku ke dalam jet untuk mencari mereka, tetapi tidak ada. Dalam bilik pun tidak ada.

Apakah mereka sudah sedar??

Lama kelamaan aku berada di dalam situ, aku pergi keluar. Dan memandang lama ke arah jet tersebut.

Begitu sunyi di dalam lautan, sampaikan dengan bunyi ada orang berenang dengan lajunya di belakang aku. Ia membuatkan aku terkejut dan memusingkan badan sendiri.

Aku melihat ke kiri, ke kanan. Tidak ada apa-apa. Sekali lagi, bunyi itu diulangi dari belakang ku.

Aku? pusinglah badan. Haa sudahh.. takut la tuuu...

Bola mataku beralih ke kiri dan ke kanan.

Aku mendiamkan diriku dahulu, supaya dapat mendengar jejaknya.

Tidak lama kemudian, bunyinya semakin dekat. Aku terus memusingkan badanku ke belakang.

Mata ku membulat, apabila ternampak seorang lelaki, berambut hitam, matanya sebelah merah dan sebelah biru, kacak jugak mukanya, ada kaki, kulitnya tanned camtu.

" mu siapa? " tanyanya.

" kamu... sama sepertiku??!! " -aku.

( To Be Continue... )

SULTAN'S BUT WOUNDEDWhere stories live. Discover now