Bab 18

673 14 2
                                    

Pelukan dilepaskan Yani. Dia memandang ke dalam bebola mata Nisa buat seketika, melihat dan menatap dengan dalam-dalam. Kekasih hatinya itu sedang kesedihan. Yani tidak betah melihat Nisa begitu. Baginya, kesedihan Nisa adalah kesedihannya juga.

“Nis, sayang… Cerialah sikit. Kita tengah ada kat tempat paling ceria ni. Takkan nak buat muka monyok je dari tadi?” Yani cuba memujuk Nisa untuk kesekian kalinya.

Nisa yang sedang duduk di bangku hanya memandang kosong ke wajah Yani yang sedari tadi cuba menceriakannya. Lokasi ini, taman rekreasi yang sepatutnya mampu menceriakan hatinya tidak dapat menceriakan sebagaimana hari-hari biasa.

“Kalau kau tak nak ceria, nanti aku pun nak monyok macam kau jugalah. Biar kita sama-sama monyok. Kemudian kulit muka kita jadi kerepot dan nampak macam nenek-nenek.” Yani mula memadam senyuman pada wajahnya. Kemudian dia menambah, “Makcik Nisa atau Nek Nisa lebih sesuai dengan wajah kerepot macam ni?”

Nisa hampir tertawa melihat Yani yang cuba membuat wajah kerepot dengan kulit bibirnya dimasukkan ke dalam, seakan-akan giginya hilang semua. Kemudian kulit pipinya juga dipaksa menjadi berkedut-kedut. Nisa tidak tahan memandang wajah Yani begitu. Dia menahan tawa dan tersenyum sedikit.

“Ha… Senyum pun kau. Aku baru ingat nak cium kau dengan rupa macam ni. Tapi, tak jadilah.” Yani menggaru-garu bawah dagu Nisa sambil mulutnya memuncung dengan gaya mahu bercium.

Nisa cepat-cepat menampar lengan Yani.
“Orang nampak. Malulah…”

“Aku tak nak berhenti selagi kau tak happy.” Yani terus menggaru dagu Nisa. Kemudian dia geletek pula pinggang Nisa, membuatkan Nisa terjerit.

“Okay, okay. Aku mengalah. Aku senyum. Aku senyum.” Kata Nisa sambil tangannya memegang lengan Yani, menahannya daripada terus menggeletek pinggang.

“Okay. Aku stop. Sekarang, kau kena ceritakan apa punca kau jadi monyok macam ni.” Yani membetulkan duduknya di sebelah Nisa.

Nisa berdiam seketika, memberi otaknya menyusun gambaran perkara yang berlaku sehingga membuatkan dia jadi tidak gembira begini.

“Pagi tadi… Kak ipar aku tu la. Benci betul aku dengan dia. Baru hari pertama duduk kat rumah tu, dah nampak macam semua orang nak menangkan dia, bagi perhatian kat dia. Benci betul!” Nisa memulakan bicara ceritanya dengan meluahkan perasaan bencinya kepada Wani, kakak iparnya itu.

“Apa yang dia dah buat?”

“Kau bayangkan, aku nak duduk sebelah abang aku sendiri pun emak aku tegur. Tak bagi duduk manja-manja kat situ. Ada ke patut, mak aku suruh bagi peluang kat kak ipar aku tu pula? Kau rasa patut ke, aku sebagai adik kandung yang sejak lahir lagi hidup dengan abang aku tu nak kena mengalah dengan kak ipar?”

Yani menggelengkan kepalanya. Dia perlu bersetuju sahaja dengan kata-kata Nisa. Kerana hanya dengan cara itu sahajalah dia boleh bantu Nisa mengurangkan beban di dada dan fikirannya.

“Lepas tu, aku cakap nak join diorang pergi bercuti kat pulau mana entah, emak marah aku. Aku nak ikut pergi bercuti je pun. Bukan nak rampas abang aku tu daripada si Wani tu.” Sambung Nisa lagi. Ada riak benci pada wajahnya semasa menyebut nama Wani. “Benci betul aku dengan dia. Perempuan tak guna!”

Yani tertelan liur mendengar kata-kata terakhir Nisa. Tapi, dia tak mampu berbuat apa. Risau kalau tersilap bicara, akan buatkan hubungan mereka pula retak.

Yani menggosok belakang badan Nisa. Kemudian tangannya berhenti betul-betul di tengah belakang badan. “Nis, kau tak pakai bra?”

“Tak. Aku tak ada mood. Semuanya sebab si Wani tu la. Hilang mood aku semuanya.”

“Kalau kau tak ada mood, meh sini ikut aku. Aku nak belanja kau makan ais krim.” Yani mengajak Nisa berjalan menuju ke arah penjual ais krim bermotor yang baru sahaja berhenti di laluan masuk ke taman rekreasi, tidak jauh dari kerusi mereka.

Semasa berjalan, sempat pagi Yani mencuit bahagian tepi buah dada kanan Nisa. Kemudian dia berlari ke arah penjual dengan harapan Nisa akan mengejarnya. Tapi, Nisa sekadar mengacah-acah mengejar. Hanya beberapa langkah dan kembali berjalan seperti biasa sehingga tiba kepada Yani yang sedang memilih ais krim.

“Nis, kau nak yang mana?” Tanya Yani sebaik Nisa berdiri di sebelahnya. Di tangan Yani sudah memegang ais krim berperisa coklat.

“Aku nak ais krim potong je la. Strawberry ada tak?”

“Are you sure?” Yani bertanya kepada Nisa, meminta kepastian supaya dia tidak tersalah pilih. Kemudian Yani menundukkan sedikit wajahnya merapati Nisa dan berbisik, “Atau, kau nak ‘ais krim’ abang kau?”

Nisa menampar lengan kiri Yani. “Ada-ada je la kau ni.”

Mereka berdua menikmati ais krim masing-masing sambil berjalan kembali ke tempat duduk tadi.

“Aku nak tanya sikit, Nis. Kau pasti ke nak buat something kat kakak ipar kau tu?”

Tanpa berfikir panjang, Nisa laju sahaja menjawab pertanyaan daripada Yani, “Of course la aku pasti. Aku tak suka kat dia. Dia sebabkan aku tak dapat bermanja-manja dengan abang aku lagi.”

“Tapi, macamana kalau sebenarnya kakak ipar kau tu baik je orangnya? Kan kita dah berdosa buat dia macam tu?” Sengaja Yani menggunakan perkataan ‘kita’ bagi tidak menampakkan yang dia agak kurang bersetuju dengan keputusan Nisa.

“Tak ada maknanya. Dia baik atau tidak, aku tak peduli.”

“Kalau macam tu, aku ikut je la apa keputusan kau.” Yani bersetuju sahaja dengan Nisa. Tetapi, dia masih lagi mahu Nisa memikirkan semula keputusannya itu. “Jom kita balik rumah kau nak tak? Aku tak puaslah jilat ais krim ni. Nak jilat yang lain pula. Maybe ‘karipap’ pula ke?”

Nisa tersenyum dan memandang ke arah Yani, kemudian dia mencuit hidung Yani, “Jom! Tapi, kau tak boleh makan ‘karipap’. Sebab, ‘karipap’ tengah berdarah sekarang ni.”

Yani berpura-pura membuat wajah kecewa. Tapi, kemudian dia kembali tersenyum selepas Nisa menarik tangannya menuju ke arah basikal.

Be My SideTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang