Bab 2

59 1 2
                                    

Amelia : Adam? Are you Tengku Adam?
Adam : yes..I am Tengku Adam.Your Favourite crush.
Amelia : Hello tu dulu je ek..jangan nak mengungkit.
Adam : sukahati aku lah..btw esok aku nak jumpa kau..dekat 📍location.

Amelia sekadar mem'bluetick' sahaja mesej dari Adam itu.Yang paling dia tidak sangka,crushnya zaman highschool dahulu kala yang sering jual mahal itu yang memulakan bual.Tidak sangka mereka berjumpa semula.

Keesokan paginya..

"Mama, harini orang nak keluar lagi tau,tapi sekejap je mama dont worry okayy" kata Amelia sambil mengenyitkan mata sepetnya kepada mamanya.

"Betul eh..kamu balik lewat lagi,memang mama suruh kamu kahwin! biar suami kamu pula yang kawal kamu ni" ugut Datin Zafrina.

"Ish! orang muda lagi..taknak kahwin lagi..orang nak enjoy dulu" kata Amelia sambil mencebik.

"Enjoy enjoy juga..mama dengan papa ni dah semakin berusia..nak la juga merasa ada cucu" Perli mamanya.

"Erk..cucu? orang kahwin pun belum mama dah cakap pasal cucu" balas Amelia selamba.

"Kalau macamtu,kamu kahwin lah" kata Papa pula.

"Siapa je yang nak dekat anak papa ni?Takde pa" balas Amelia.

"Siapa cakap,tu yang duk comment dekat instagram kamu tu..apa? and papa dan mama akan jodohkan kamu dengan anak Dato' Tengku Fahrin Louise tu" tegas Dato' Zariff.

"Hah?siapa anak dia?Kenapa pula Melia kena kahwin dengan anak dia?why papa?mama?" Amelia yang tadi hanya bermain-main, kini sudah serius.Bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut Amelia Helena.

"Kamu akan tahu semua tu pada minggu depan.." tegas papanya lagi lalu segera meninggalkan ruangan keluarga yang terdapat dirumah mereka itu.

Amelia naik ke biliknya.Otaknya bercelaru.Sudahlah baru bertemu dengan crushnya yang sudah bertahun tahun tidak bersua muka.Inikan pula,kena kahwin paksa pula! Arghh masalah betul.

Tepat jam 4 petang,Amelia sudah bersiap siap untuk berjumpa Adam seperti yang telah dijanjikan.Amelia pun memandu keretanya menuju ke lokasi yang telah diberitahu Adam semalam.

Setelah tiba di sebuah cafe,mata Amelia pun melilau mencari kelibat Adam.Akhirnya,matanya tertumpu kepada seorang jejaka yang sedang duduk sambil bermain telefon.Amelia tergamam.Mamat ni pakai t-shirt pun dah handsome..apatah lagi kalau pakai baju melayu putih time dekat majlis perkahwinan kita..hikhik..

Tengku Adam yang perasan akan Amelia seolah olah sedang tersenyum sorang sorang itu pun menyergah.

"Helena..kau dah kenapa?aku tahu lah aku handsome tapi jangan lah sampai senyum sorang sorang..nanti orang fikir bakal bini aku ni orang gila pulak" Loyar buruk Tengku Adam.

"Eee tiber, takde siapa nak jadi bini awak lah..dah lah tak handsome" kata Amelia sambil memusingkan bebola matanya keatas.

"Yang tak handsome ni juga lahh crush pujaan hati kau masa highschool dulu" perli Tengku Adam sambil meneguk secawan kopi yang dipesan.Amelia mengetap bibir! Tak boleh jadi ni!

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Amelia.

"Saja..rindu," balas Tengku Adam selamba.

"Cis,rindu konon,awak bukan ke tak suka saya.." Sinis Amelia.

"It's just talking in the mouth not in the heart,dear." Balas Tengku Adam sambil merenung anak mata hazel milik Amelia.

"I like your beautiful eyes,"puji Tengku Adam.Amelia tersipu malu.

Dia Takdir Terindahku Where stories live. Discover now