Bab 3

43 1 0
                                    

Pada pagi itu..

"Err awak,bangun lah..nak solat subuh ni,"kata Amelia sambil menyentuh kulit suaminya menggunakan satu jari sahaja.

"Hm"itu saja yang dibalas oleh Tengku Adam.

"Kalau macamtu,saya solat sorang-sorang jelah," kata Amelia lalu ingin bangun dari duduknya namun tiba-tiba tangannya terus ditarik oleh suaminya.

"Wait for me,sayang" ujar Tengku Adam dengan suara serak basahnya itu.Fuhh gugur iman aku macamni!

"O-okey," balas Amelia kaku.

Setelah selesai menunaikan solat subuh berjemaah,Amelia ingin bangun namun tangannya drastik sekali lagi ditarik oleh Tengku Adam.

"Salam" kata Tengku Adam sambil menghulurkan tangannya.Amelia gelak  kaku lalu terus menyalam tangan suaminya.Baru saja dirinya ingin bangun,namun lagi sekali Tengku Adam menarik tubuhnya kedalam dakapan.

"Morning kiss takde ke?" soal Tengku Adam.

"Hah?! takde takde..mengada lah awak ni!" ujar Amelia dengan wajah yang sudah merah membahang.

"Emm nak jugak,kalau tak..aku langsung takkan lepaskan kau" ugut Tengku Adam dengan senyuman sinisnya.

"Ish! gatal lah dia ni! boleh tapi kat pipi jee" ujar Amelia lalu terus mengucup kedua dua pipi suaminya.

"Kat sini?" Soal Tengku Adam sambil memuncungkan bibirnya.

"Eee dia ni kannn!!" kata Amelia sambil memukul perlahan dada bidang milik suaminya namun Tengku Adam sedikit pun tidak merasa sakit.

"Orang takn-" belum sempat Amelia menghabiskan kata-katanya,sepantas kilat Tengku Adam menyambar bibir merah milik isterinya.Membulat mata Amelia Helena kerana tindakan drastik suaminya itu.

Amelia agak hanyut dengan belaian suaminya namun tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk.Amelia yang terkejut terus bangun dari tubuh suaminya lalu membetulkan tudungnya.

"Amelia!!Adam!!" jerit Mommy nya yang berada diluar bilik mereka.Amelia terus membuka pintu bilik tersebut.

"Ye mommy?"soal Amelia sambil senyum kaku.

"Kamu buat apa? ish budak dua orang ni..dah..jom turun makan..Adam,kamu jangan nak bukan bukan.Dah siang dah pun," Amaran keras yang diberikan oleh Datin Fazrina itu membuatkan Amelia seram namun Adam masih lagi melakukan hal nya sendiri.Tak takut ke dengan mommy singa dia tu?

"Sayang,malas lah nak jalan..dukung aku boleh?" pinta Adam yang mengada-ngada itu.

"Manalah larat saya ni nak dukung awak..awak tu dah lah bapak gajah! Awak jalan lah sendiri byeee" kata Amelia lalu terus berlari untuk turun ke tingkat bawah.Tengku Adam yang tidak berpuas hati itu pun terus mengejar isterinya.

"Sayanggg!! ish tunggu lah !!"Laung Tengku Adam sambil berlari mengejar Amelia yang sudah berada di dapur.

"Ya Allah budak dua orang ni! Apa benda ni main kejar-kejar pagi-pagi ni?tak ada kerja ke ha?!macam budak kecil je,"kata Datin Fazrina sambil bercekak pinggang.Bertuah sungguh anak dan menantunya itu! Perangai sama!

"Aaa abang tu yang kejar Melia mommy!" kata Amelia sambil menyorok di belakang mommynya.

"Adam! kamu ni dah kenapa?" marah mommynya.Tengku Adam mencebik.

"Orang juga yang kena..Helena yang ajak main," ujar Tengku Adam sambil membuat riak wajah merajuk.

"HAHAHAH kena marah!! padan muka!" Amelia menganjing suaminya . Rasakannn!!

"Dah sudah! duduk..tak baik gaduh depan rezeki" tegas Mommynya lalu menyeduk nasi dan diisi kedalam setiap pinggan.Tengku Adam mengambil tempat disebelah isterinya.Wajah isterinya ditenung dengan riak yang tidak berpuas hati.

Dia Takdir Terindahku Where stories live. Discover now