Chapter 36 : Melawan Kedinginan,bahagian 1

79 18 2
                                    


Istana Mentari

Situasi di seluruh Istana tiada yang luar biasa,para kesatria meronda dan melakukan latihan. Mereka bertegur sapa dengan maid istana,ada yang sedang berehat di kafe serta bergurau senda.

Manakala di satu sudut di mana bilik kerja seseorang,di dalam bilik yang gelap itu...

"...insiden kejar-mengejar berlaku di tengah-tengah kota Green.." seseorang menonton berita melalui tablet 10 inci.

"Pihak polis mengalami kesukaran kerana kenderaan yang digunakan telah diubah suai..." Tambah pembaca berita dan individu yang menonton tersenyum.

Melihat dari lokasi kejadian,ada sebuah kenderaan jenis supercar terbalik di tepi jalan.

"Heh.." individu hanya sekadar tersengih sahaja.

Lampu dinyalakan dengan tiba-tiba,Ikhwan menjeling ke arah suis lampu di mana Alisa berdiri.

"Abang kenapa biarkan bilik gelap?" soal Alisa hairan.

"Saja amik mood..hehe.." jawab Ikhwan tersengih.

"Hah? Haih abang ni..." Alisa hanya menggelengkan kepala dengan jawapan suaminya.

Ikhwan sekadar ketawa kecil,memusingkan kerusi dan bangun lalu menuju ke arah pintu tingkap. Memerhatikan keadaan luar istana,melihat kesatria yang menjalankan tugas.

"Apa yang abang fikir?" Alisa menyoal sebaik mendekatinya.

Ikhwan merangkul pinggang Alisa,isterinya sekadar tersenyum dan memeluk Ikhwan.

"Tiada apa.. cuma harap keamanan di negara kita dapat dikekalkan.." jawab Ikhwan dan Alisa mengangguk tanda setuju.

"By the dear.. your nieces.. where are they?"

"Zareena and Intan?"

"Yeah...who else?"

"About that...."

"Yeah?"

"Right now...they're in Rembulan.."

"Huh?"

Sementara itu di negara Rembulan..

Ribut salji tebal bertiup kencang,suhu mencecah negatif kosong berganda. Ada ke? Hentam jelah.

Nazryn menggigil-gigil menahan kesejukan,sambil memeluk tubuhnya dan cuaca di negara itu amatlah sejuk. Negara Rembulan adalah negara yang terkenal dengan suhu kesejukan yang luar biasa,musim sejuk lebih lama berbanding musim-musim yang lain.

Intan,Zareena,Aqirah juga Nazryn berada di satu kawasan di negara Rembulan. Suhu yang sejuk menyukarkan pergerakan mereka,ketika ini mereka sedang berehat untuk mengembalikan stamina dan tenaga masing-masing.

"Bapak ah.. sejuk betuuulll..." rungut Nazryn.

"Hey abang.. bukan ke kita dah pesan bawa baju sejuk? Ni tipis lah!"

"Luu..uupaaa...agagaha..." kata Nazryn dan Aqirah menampar muka abangnya namun tidak kuat.

"Oi kau tampar abang kau?!"

"Yelah.. menyusahkan orang jelah!"

Intan menghela nafas pendek melihat gelagat dua beradik itu,dia memeriksa keadaan sekeliling. Sunyi seperti tiada binatang atau manusia yang tinggal di situ,Zareena memerhatikan kawasan di situ. Aqirah pula menggunakan binocular,untuk memeriksa kawasan yang lebih jauh.

"Macam mana Qira?" Intan menyoal.

"Sama.. tiada kelibat makhluk ataupun haiwan liar.." jelas Aqirah.

Nazryn baru teringat sesuatu,dia menyeluk ke dalam beg dan mencari sesuatu. Membuatkan tiga gadis yang bersamanya,kehairanan dengan tindak-tanduknya.

TALE OF BROTHERHOOD : FINAL ARC™Where stories live. Discover now